Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Showing posts with label arkib indonesia. Show all posts
Showing posts with label arkib indonesia. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Love In Perth (2010)

 1. Dalam close up, tangan diorang tak berpegangan antara satu sama lain. Dalam syot jauh pulak, mereka berpegangan antara satu sama lain. 

2. Pelakon yang memandang kea rah pramugari tiba tiba memandang ke arah tingkap selepas tukar syot. 

3. Botol yang berada depan sedikit tiba tiba berubah ke tengah sedikit. 

4. Tangan gadis di belakang sekali tiba tiba saja berada di pipi selepas tukar syot

5. Gadis yang mencari buku kat rak hilang tiba tiba selepas tukar syot dan muncul semula dalam syot seterusnya. 

6. Rambut yang berada di bahu kiri Lola hilang selepas tukar syot close up. 

7. Seorang budak kelas Dhani pandang belakang dan letak siku atas meja rakannya itu. Tukar syot, terus budak kelas tersebut pandang depan tiba tiba. 

8. Sekali lagi, dua gadis yang sedang membaca buku di rak tiba tiba bertukar jadi sorang gadis saja selepas tukar syot. 

9. Gadis baju hitam kat belakang tu berjalan dari satu rak ke satu rak lagi sambil baca buku. Semasa syot seterusnya, gadis baju hitam tu kembali berjalan semula sekali lagi dari tempat yang sama ke tempat yang sama.  
10. Tiba tiba je dua tangan berada di kayu pool selepas tukar syot. 

11. Jerawat tetiba muncul kat tepi mata Dhani x sampai beberapa saat selepas syot bertukar. 

12. Troli yang ada iklan warna oren hilang selepas tukar syot.

Friday, February 10, 2012

Hafalan Shalat Delisa (2011)

1. Tangan ibu Delisa yang berada di bahu berada di kepalanya selepas tukar syot. 

2. Tudung Delisa yang diikat di leher sekejap berada di atas bahu kanannya dan sekejap berada di belakangnya semasa Delisa mahu tendang bola ke dalam gol. 

3. Sebelum tsunami, rumah Delisa berada di tepi pantai. Begitu dekat dengan pantai. Namun, semasa ayahnya Delisa pulang dan melihat rumahnya ranap dek tsunami, lokasi rumahnya berbeza sekali. Paling jelas bezanya adalah kewujudan tembok yang tak pernah wujud di belakang, kiri atau kanan rumah Delisa sebelum tsunami melanda. Jika penjelasannya tsunami telah menjejaskan kontur dan menghakis tanah, itu mungkin penjelasan yang agak baik juga untuk sebab kenapa tembok itu muncul dekat tapak rumah Delisa.

4. Tangan Sophie yang berada di kiri kepala Delisa berubah berada di kanan kepala Delisa secara tiba tiba lepas tukar syot. 

5. Tangan Delisa yang berada di dada bapanya berada di atas lengan bapanya lepas tukar syot secara tiba tiba.

6. Kaki Delisa yang kudung tidak dapat disembunyikan dengan baik semasa bapanya turunkan Delisa di tapak rumahnya.

7. Semasa syot Ustaz Rahman dengan Sophie, di belakangnya ada jip. Namun, semasa syot Ustaz Rahman saja, jip tak kelihatan walhal ustaz rahman dan jip tu jaraknya amatlah dekat. 

8. Baju Ustaz Rahman sekejap terbuka sebab ditiup angin, sekejap tertutup kemas di antara syot walaupun Ustaz Rahman tak sentuh pun baju dia untuk perbetulkan.

Thursday, December 15, 2011

Merantau (2009)

1. Semasa Yuda sampai ke bus stop, korang akan perasan ada seorang lelaki sedang mengangkat tin atas bahunya. Syot seterusnya menunjukkan lelaki itu tiada di bus stop secara tiba tiba sedangkan dia belum pun melangkah naik ke dalam bas semasa syot bertukar.

2. Kedudukan batang paip yang dekat dengan pintu semasa Joni bangun berubah menjadi jauh sedikit semasa Astri bawa adiknya pergi.

3. Semasa Yuda berjumpa dengan seorang lelaki yang begaduh di luar disko, ada dua gelas atas bar. Namun, tukar syot, hanya satu gelas kelihatan di atas bar.

4. Jika korang perhatikan betul betul, lelaki yang berada di atas daun pintu sebenarnya berubah kedudukan. Semasa awalnya, kedudukannya di tengah daun pintu yang berada dekat dengan dinding. Namun, dalam satu syot yang tak sampai satu saat, kedudukannya berada ke bawah sedikit dan perasan tak yang daun pintu tu berada ke tengah sedikit. Menunjukkan adegan itu disyot dua kali.

5. Kampit simen berubah posisi secara tiba tiba selepas tukar syot.

6. Semasa pertarungan dalam lif dengan Eric, kita sedar yang Eric tekan satu butang menjadikannya berwarna merah dan membuatkan lif terhenti seketika. Sedar atau tidak, dalam satu syot, butang tersebut tidak berwarna merah dalam satu syot, sebelum kembali merah dalam syot seterusnya.

Saturday, December 3, 2011

Pintu Terlarang (2009)

1. Gambar budak yang dekat dengan gelas tiba tiba menjauh dari gelas, ataupun gelas tu yang menjauh dari gambar selepas bertukar syot.

2. Rambut Gambir dari syot close-up berserabut di sebelah kanan. Namun, tukar syot je, rambutnya kemas secara tiba tiba. Keadaan bertukar tukar between syot.

3. Buku intisari rancangan berubah kedudukan dekat dengan pasu bunga secara tiba tiba lepas Gambir duduk.

4. Remote control muncul tiba tiba atas lantai lepas Gambir rebah.

5. Air mata Talyda hilang secara tiba tiba lepas tukar syot walaupun tiada siapa yang kesatnya.

6. Pintu ini dikunci dengan mangga. Tetapi bagaimana si Gambir kapak pintu di tengah dan kemudian dapat buka pintu dengan hanya tarik kunci selak di bahagian dalam ruangan dengan senangnya? Aduhai.

Thursday, June 2, 2011

Dalam Mihrab Cinta (2010)

1. Darah Shamsul Hadi di leher, dalam satu syot hanyalah sedikit dan tidak menyentuh baju. Dalam satu syot close-up, darahnya banyak dan meleleh ke dalam baju. Darahnya kembali menjadi sedikit apabila semua orang bersorak.

2. Sewaktu Borhan berikan surat khabar, dia berikan surat khabar tersebut yang berada dalam keadaan melintang (maknanya, Zizi tak payah lagi nak pusing surat khabar tu sebab posisinya sudah membolehkan dia untuk baca surat khabar). Namun, permulaan syot seterusnya menunjukkan Zizi mengalihkan surat khabar dari keadaan menegak kepada melintang.

3. Lepas flashback Shamsul Hadi mencuri, kedudukan tangan kanannya berada di atas sedikit. Namun, syot seterusnya menunjukkan tangan kanannya berada sama paras dengan tangan kirinya secara tiba tiba. Kedudukan tangannya berada kembali di atas sedikit semula selepas itu sebelum Shamsul melepaskan pegangannya di batang besi dan menyuruh adiknya supaya jangan menangis.

4. Evelope berubah secara tiba tiba. Awalnya, ia berada di bawah tangan sebelum tiba tiba berada di tepi tangan.

5. Tangan Zizi yang berada di atas paha Nadia berubah kedudukan menjadi berada di atas tangan Nadia secara tiba tiba.

Wednesday, May 18, 2011

Love Story (2011)

1. Rambut Ranti tiba tiba menutupi kalung di lehernya dalam satu syot sebelum kembali kepada keadaan sebelumnya.

2. Sewaktu Ranti berlari selepas lari melalui lantai, rambut Ranti yang berada di belakang tiba tiba berada di hadapan selepas bertukar syot.

3. Rambut Ranti yang lebat di sebelah kanannya berubah menjadi lebat di sebelah kiri secara tiba tiba selepas bertukar syot.

4. Malah, sewaktu Ranti berlari ke sekolah, rambut yang lebat di sebelah kanannya berubah menjadi lebat di sebelah kiri. Tukar syot seterusnya pula, kita akan lihat bahawa rambut di kiri dan kanan bahunya sama lebat secara tiba tiba.

Tuesday, May 10, 2011

Laskar Pemimpi (2010)

1. Rambut yang berada di hadapan bahu kiri tiba tiba berada di belakang bahu selepas bertukar syot secara tiba tiba.

2. Bakul wanita tua itu terjatuh mengiring di atas jalan. Namun, semasa wanita gemuk datang tolong, bakul tersebut berada dalam kedudukan telangkup.

3. Bayang boom mic kelihatan di satu sudut.

Monday, May 9, 2011

3 Hati 2 Dunia 1 Cinta (2010)





1. Hujung dua ikatan kepala Rosid yang pada awalnya berada di belakang kepala tiba tiba berubah apabila syot seterusnya menunjukkan satu hujung ikatannya tiba tiba berada di atas bahu hadapannya.

2. Beg Delia yang berada ditepinya tiba tiba berada di atas pahanya.

3. Tangan bapa Rosid dalam satu syot (gambar atas) berada di atas pahanya. Namun, dalam satu syot lain, dapat dilihat tangannya berada di atas penyandar kerusi sebelum kembali berada di pahanya berselang seli.

Saturday, May 7, 2011

Ratu Kostmopolitan (2010)

1. Hujung sendang yang awalnya sebelah pendek sebelah panjang menjadi sama rata selepas Tari jatuh dari tiang.

2. Rambut di sebelah kanan yang pada awalnya terbelah dua bahagian tiba tiba menjadi lebat di bahu kanan hingga mendedahkan kalung leher yang pada awalnya hanya kelihatan sebahagian saja.

3. Sekali lagi, selendang Gina berubah kedudukan secara tiba tiba.

4. Selendang Gina lagi, semasa ambil gambar mayat, pada awalnya selendang berada dekat dengan leher, namun bila close-up saja, seledangnya berada di bahunya menutupi lengan bajunya.

5. Cara Gina pegang notebook berubah tiba tiba apabila bertukar syot.

6. Alas kaki yang ditindih kain tiba tiba menjadi tidak ditindih semasa batang kayu diangkat.

7. Malah, kain yang melekat pada batang kayu dikesan hilang secara tiba tiba pada syot wanita terkejut. Kain tersebut dilihat berselerak atas lantai secara tiba tiba.

8. Rambut Tari yang dilihat berada di bahu kirinya hilang dalam close-up sebelum kembali muncul dalam syot seterusnya.

9. Tangan Gina tiba tiba berubah kedudukan dalam syot close-up.

10. Tangan Zizi yang berada di celah dua pahanya berubah ke tepi pahanya secara tiba tiba. Zizi kemudiannya dilihat meletakkan tangannya kembali ke antara dua pahanya selepas itu.

11. Topi polis yang berada di atas huruf M kemudiannya berubah berada di atas huruf E. Topi kemudiannya berada di atas huruf M semula selepas itu.

12. Sekali lagi, selendang Gina yang mengikat rambut yang berada di bahu kirinya tiba tiba hilang pada satu syot sebelum kelihatan semula pada syot seterusnya.

13. Kelibat bayang krew filem dikesan dalam adegan kejar mengejar ini. Jika ianya bukan krew, sudah pasti ada motor yang sudah mengikuti di belakang dapat dilihat dalam gambar bawah.

14. Sewaktu ada bunyi tembakan, Gina dilihat memegang bakul biru. Bakul itu hilang selepas syot bertukar dan tidak kelihatan di mana mana kawasan sekitar.

15. Kaki seorang askar yang rebah ke dalam van pada awalnya kedua duanya melunjur keluar. Namun, syot seterusnya menunjukkan sebelah kakinya berada di dalam van sebelum bertukar kepada keadaan sebelumnya secara tiba tiba.

16. Kedudukan darah berbeza antara dua syot. Tapi kan, bukan ke Gina sepak anu dengan bola.. takkan sampai berdarah kot!.. siap ada asap lagi kalau korang perasan kat tempat kena sepak tu.