Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Saturday, May 7, 2011

Ratu Kostmopolitan (2010)

1. Hujung sendang yang awalnya sebelah pendek sebelah panjang menjadi sama rata selepas Tari jatuh dari tiang.

2. Rambut di sebelah kanan yang pada awalnya terbelah dua bahagian tiba tiba menjadi lebat di bahu kanan hingga mendedahkan kalung leher yang pada awalnya hanya kelihatan sebahagian saja.

3. Sekali lagi, selendang Gina berubah kedudukan secara tiba tiba.

4. Selendang Gina lagi, semasa ambil gambar mayat, pada awalnya selendang berada dekat dengan leher, namun bila close-up saja, seledangnya berada di bahunya menutupi lengan bajunya.

5. Cara Gina pegang notebook berubah tiba tiba apabila bertukar syot.

6. Alas kaki yang ditindih kain tiba tiba menjadi tidak ditindih semasa batang kayu diangkat.

7. Malah, kain yang melekat pada batang kayu dikesan hilang secara tiba tiba pada syot wanita terkejut. Kain tersebut dilihat berselerak atas lantai secara tiba tiba.

8. Rambut Tari yang dilihat berada di bahu kirinya hilang dalam close-up sebelum kembali muncul dalam syot seterusnya.

9. Tangan Gina tiba tiba berubah kedudukan dalam syot close-up.

10. Tangan Zizi yang berada di celah dua pahanya berubah ke tepi pahanya secara tiba tiba. Zizi kemudiannya dilihat meletakkan tangannya kembali ke antara dua pahanya selepas itu.

11. Topi polis yang berada di atas huruf M kemudiannya berubah berada di atas huruf E. Topi kemudiannya berada di atas huruf M semula selepas itu.

12. Sekali lagi, selendang Gina yang mengikat rambut yang berada di bahu kirinya tiba tiba hilang pada satu syot sebelum kelihatan semula pada syot seterusnya.

13. Kelibat bayang krew filem dikesan dalam adegan kejar mengejar ini. Jika ianya bukan krew, sudah pasti ada motor yang sudah mengikuti di belakang dapat dilihat dalam gambar bawah.

14. Sewaktu ada bunyi tembakan, Gina dilihat memegang bakul biru. Bakul itu hilang selepas syot bertukar dan tidak kelihatan di mana mana kawasan sekitar.

15. Kaki seorang askar yang rebah ke dalam van pada awalnya kedua duanya melunjur keluar. Namun, syot seterusnya menunjukkan sebelah kakinya berada di dalam van sebelum bertukar kepada keadaan sebelumnya secara tiba tiba.

16. Kedudukan darah berbeza antara dua syot. Tapi kan, bukan ke Gina sepak anu dengan bola.. takkan sampai berdarah kot!.. siap ada asap lagi kalau korang perasan kat tempat kena sepak tu.

No comments: