Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Saturday, April 23, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa (2011)

1. Pertama, semasa raja Phra Ong Mahawangsa (Sultan Muzafar Shah) melintasi tepi meja, dapat diagak jarak antara Quran yang terbuka dan meja tulis amatlah jauh kerana raja mampu masuk melalui di antaranya. Namun, tukar syot saja, Quran itu berada dekat dengan meja secara tiba tiba.

2. Malah pada babak yang sama, semasa Phra Ong Mahawangsa (Sultan Muzafar Shah) duduk, syot awal sudah menunjukkan beliau menarik sekeping kertas di hadapan meja dan bersedia untuk menulis (dalam movie lagi jelas). Namun, semasa ditunjukkan syot Quran yang kedudukannya dekat dengan meja itu, kertas yang ditarik tadi tiada. Malah, rupanya beliau baru saja nak tarik kertas itu, sekali lagi!

3. Lima pengiring putera Inggeris pada awalnya berada dalam dua barisan yang amat rapat. Namun, syot seterusnya menunjukkan pengiring putera Inggeris berada jauh antara satu sama lain, jarak dua barisan juga telah berubah menjadi sangat jauh jaraknya sehinggakan asap menenggelamkan barisan kedua.

4. Jelas adegan pertarungan di Goa ini mengambil masa yang amat lama untuk disiapkan. Lihat saja, awalnya semasa mula bertarung bayangan memanjang (menunjukkan shooting dijalankan pada waktu awal pagi atau lewat petang). Tetapi, dalam sesetengah syot, dapat dilihat bayang berada di bawah karakter (gambar bawah), menunjukkan setengah adegan aksi babak ini disyot pada waktu tengahari.

5. Sewaktu Merong lempar lawan di pasar Goa, yang menyebabkan dia berubah dari pakai baju ke tak pakai, dapat dilihat satu syot yang menunjukkan Merong tidak bergari di sebelah tangan kanannya. Syot seterusnya menunjukkan tangan Merong kembali bergari semula.

6. Antara yang jelas kontinuiti tidak sekata adalah semasa adegan Merong mahu buat sepak pusing (sewaktu lawannya lawan pakai pedang). Sewaktu Merong sepak, bayangnya berada di bawah badannya sendiri, tetapi sewaktu tendangannya kena lawannya, bayangnya berada di sebelah kiri badannya, sebelum syot seterusnya (Merong tendang pasir ke arah lawan) kembali menunjukkan bayangnya berada di bawah badannya semula.

7. Semasa Lycius memperkenalkan diri kepada Merong, kain yang berada di belakangnya (gambar atas) tiba tiba menutup dadanya semasa Lycius memperkenalkan diri. Kain itu kemudian berada di belakang Lycius semula secara tiba tiba semasa Lycius bertanya pasal keputusan Merong dan offer yang diberinya. Kain kemudian, sekali lagi menutupi bahagian kanan Lycius secara tiba tiba semasa mereka berjalan ke pelabuhan.

8. Semasa pertarungan Marcus dan Merong dalam kapal, kapal Merong nampak semak. Ada beberapa kain (maybe kain layar) berada di tepi kapal yang berjuntaian ke luar kapal. Namun, syot atas menunjukkan kapal tersebut begitu suci bersih. Kain yang berjuntai di tepi kapal tidak kelihatan di mana mana sudut kapal.

9. Malah, tali yang berserabut tidak disusun di tepi kapal, tidak kelihatan pada syot dari atas udara.

10. Juga, kain yang berada di tepi hadapan kapal (gambar atas) semasa adegan akhir babak ini, hilang dalam syot yang diambil dari udara. Kain yang berada di hadapan kapal kelihatan berada di bahagian tepi tengah kapal, berhampiran pondok makanan Merong dalam syot udara penghabisan babak ini.

11. Tali hitam di kepala Admiral Liu Yun berubah kedudukan ke belakang kepala secara tiba tiba semasa berdialog dengan Merong. Tali tersebut kemudiannya, dilihat kejap di hadapan bahu kanan (gambar tengah) dan kejap di belakang kembali (gambar bawah) sehingga habis babak.

12. Di sebelah menara yang dinaiki Merong dan Admiral Liu Yun, ada bendera (gambar atas). Dalam satu syot, bendera itu dikesan berubah kedudukan, jauh sangat kedudukannya dari menara (gambar tengah). Bendera kembali berada di sebelah Admiral Liu Yun dalam syot seterusnya.

13. Malah, dalam adegan yang sama, bendera merah segi tiga yang berada di sebelah kiri Admiral Liu Yin berubah menjadi bendera berbentuk segiempat. Teori dan satu tanda tanya, adakah kesilapan ini terjadi disebabkan syot ini dilakukan dalam dua menara berbeza?

14. Dalam satu adegan pertempuran, sewaktu Merong berkata ‘this is not fair… I said one at a time’. Perhatikan tripod di belakang yang ada terlekat panah. Panah itu hilang dalam syot dekat dan ada kembali dalam syot jauh. Kejap ada kejap takde!

15. Selepas itu, Admiral Liu Yin bagi pedang kepada Merong. Merong tikam seorang tentera dan bergaduh di tempat yang sama (gambar bawah). Sedar atau tidak waktunya sudah berbeza, ada bayang yang muncul tiba tiba di satu sudut kemah dalam gambar bawah yang pada awal tadi (gambar atas) tiada. Teorinya, babak awal mungkin diambil pada sebelah pagi (bayang menghala ke kiri, perhatikan bayang Merong), dan babak selepas Admiral Liu Yun bagi pedang mungkin diambil pada sebelah petang (bayang sudah menghala ke kanan frame)

16. Malah, dalam adegan yang sama juga, tripod di belakang sudah jadi tripod lain (sedangkan Merong berlawan di tempat yang sama selepas Admiral Liu Yun bagi pedang). Mangkuk hitam (mungkin) atas tripod juga sudah hilang.

17. Sewaktu tentera Geruda tumbangkan menara yang dinaiki Merong, nampak sangat segerombolan tentera sudah berkelompok dan bersedia untuk menyambut Merong jatuh (gambar bawah) walaupun mungkin babak Merong hempap tentera itu bukan jatuhan menara sebenar tapi kita nampak jelas kontinuitinya rosak kerana sewaktu menara itu tumbang, semua tentera dilihat lari betempiaran dan tak ada satu pun yang menunggu (dalam kumpulan pulak tu!)

18. Rambut Taji yang hanya tersembol sedikit saja dari lilitan kepala yang menampakkan ikatan kepala di sebelah kanan kepalanya (gambar atas) pada awalnya. Namun, syot lain menunjukkan rambutnya menutupi keseluruhan bahagian kanan kepalanya (gambar bawah). Bila rambut tu keluar dari ikatan, entahlah!

19. Kain di belakang Admiral Liu Yun tidak menutupi bahunya. Namun, dalam beberapa syot berlainan, kain di belakangnya dilihat menutupi bahu dan lengannya.

20. Salah satu kotak atas kapal yang membawa pakaian Puteri Cina ada tanda syarikat. I wonder what kind of company yang wujud semasa zaman Merong Mahawangsa. Di kotak tu ada perkataan HMM? Adakah kotak ini sebenarnya kotak barang props filem ini? Tapi, don’t worry. Kotak tu dah ditutup dengan kain dalam syot seterusnya. Malah, kotak hijau yang pada awal tadi, tidak kemas sudah menjadi kemas.

21. Sewaktu Kemawas berjalan (babak sebelum tangkainya ditarik), bahagian lekuk rantai azimatnya menghala ke kanan badannya (gambar atas). Bila Kemawas berhenti berjalan, lekuk rantai azimatnya menghala ke arah kiri badannya (gambar bawah)

22. Rambut yang terjurai di ikatan kepala Merong pada awal babak (gambar atas) sebelum bertempur ini, hilang tiba tiba (gambar tengah) dan muncul kembali dalam syot seterusnya (gambar bawah).

23. Sewaktu Taji menutup hari yang cerah, syot atas kapal menunjukkan semua anak kapal Jentayu berada di belakang kapal Jentayu. Namun, syot seterusnya menunjukkan ada kapal kecil berada di hadapan Jentayu.

24. Sewaktu Kemawas naik meninjau, ada satu syot full binaan CGI (gambar bawah) ditunjukkan sekejap saja tak sampai satu saat. Memang marvelous sebab sesiapa pun tak tahu yang itu adalah Kemawas CGI. Tapi macammana aku tahu itu CGI? Dalam versi Kemawas CGI, diorang lupa letak detail perisai bahunya yang complex menjadikan perisai bahu Kemawas CGI licin macam cangkerang. Perhatikan perisai Kemawas sebenar di gambar atas dan perisai Kemawas di gambar bawah. Beza kan kan?

25. Sewaktu Princess Meng Li mencari Ying Ying, rambutnya terjurai ke hadapan bahu. Tetapi, sewaktu dia terkejut melihat Marcus, rambut yang terjurai di sebelah kanan bahunya hilang tiba tiba.

26. Sewaktu adegan Kemawas lawan Marcus dan Merong di babak akhir, sebenarnya Kemawas menggunakan stunt-double. Mungkin tak ramai yang perasan sebab stunt-double Kemawas nampak tangkas daripada Khir Rahman. Tapi, ini adalah wajah stunt double Kemawas yang dapat dicapture (gambar bawah). Nampak sasa sedikit dari Kemawas asal kan?

27. Kedudukan hulu keris sewaktu keris tersebut terbenam ke tanah berubah secara tiba tiba. Malah, sedar atau tidak, kedudukan keris yang terpacak akhirnya dilihat terbaring di atas pasir secara tiba tiba.

28. Luka di muka Merong muncul tiba tiba selepas ditumbuk Kemawas di perut. Malah, rambut di ikatan kepala Merong juga berubah kedudukan.

29. Merong lompat ambil keris dan mendarat di belakang Kemawas sambil badannya membelakangi Kemawas. Namun, tukar saja syot, Merong sudah memandang Kemawas dan bersedia untuk menikam.

30. Taji tikam Merong sehingga hulunya mencecah perut (gambar atas). Namun, sewaktu Taji menjadikan Merong sebagai tahanannya, keris tersebut tidak dalam tikamannya (gambar bawah) seperti mana awal tadi.

Sekian, terima kasih!

20 comments:

Unknown said...

tu dia , sampai 26 kesalahan tu , mungkin sebab filem ni byk syot kot , bajet pun mahal ..

Anonymous said...

ak tak pelik pon.... citer ni citer sejarah...byak plak prop tu... so tak pelik la menda2 cmni leh jd..

Unknown said...

kalau kepincangan dari segi teknikal dan shot2 masih boleh dimaafkan. lain la kalau plot cerita dan jalan cerita tu sendiri pincang. yg tu nampakla sedikit negatif review psl sesebuah filem tu

Cipina said...

lari konti..biasalah..tak shoot berterusan..

Arif Aziz said...

byknya salah.. tapi mmg xprasan masa tgk..haha

Anonymous said...

tak salah la.. dah nama pun shooting.. takkan diorang nak buat scene tu berterusan.. n kita pun sendiri taw bila shooting ada banyak take. human being maa.. nobody's perfect.. =.=

BART said...

dah nama pun pakai cgi.. satu lagi mistakes2 pun benda remeh.. dah sah2 bergerak time shoot.. mmg la kejap brubah kiri keja brubah kanan..

APAN said...

wah...banyak gak la tu...aku x pasan lansung pun mase tengok...mmg detail la pemerhatian tuan blog...haha....

Anonymous said...

xpa la.. kesalahan kecil.. filem transformers yg mkn modal wat juta2 pun ader gak buat silap

BloggerWanita.com said...

Wah ..rajinnya mengkaji.. walaupun byk mistake, tapi still rasa good movie dari anak melayu..:)

PD said...

tahniah pd goofspot kerana berjaya mengesan mistake, yg perlukan ketelitian dan fokus yg hebat utk "spot" mistake tu.... tak ramai yg boleh buat kerja2 mcm ni..

Utk kebaikan bagi pembikinan filem2 seterusnya supaya lebih hebat

Anonymous said...

jgn cari salah org je.....bkn senag nk hndle smua 2....klu bg kt ko blom tntu leh wt tnpa mstake...

SaF_FreNsiCk said...

aku cuma dpt satu jek, yg no 5

slh tu mmg la, Hollywood pun same gak...

bg aku, org yg jumpa kslshn nie bkn nak tunjuk kelemahan filem nie, tapi nak bg pengarah alert lg bg next filem...

penonton luar pun buat macam nie, sbb tu pengarah luar lg berhati - hati

macam ni la cara penonton yg alert

xdpt easter egg, benda macam nie pun boleh bg filem tu unique value tau!

Unknown said...

ermmm tertgk lak bnda nie so kita dah jd takut kat sni...hukhuk

Anonymous said...

kahkahkah...watever pun yanng ternampak muke stuntman untuk kemawas tuh klaka nak mampus...boleh pulak ternampak.....

Piweet said...

benda biasa la kalau salah sikit2 tu....mmg xperasan pun kalau tengah kusyuk tengok...lg 1 bukti dr gambar2 tu pun xkukuh sngat nk tunjuk slah kt mn

Anonymous said...

nie kerja gila la ko nak cari 26 ksalahan crita nie.. biasa la nmanya pon shooting.. x smuanya perfect dowh...

Anonymous said...

tahniah...
suka sangat baca..teliti ar..
tabikk bosss

Unknown said...

Fuhhh...selama aku tgk wayang tak penah lak aku kaji bab2 mcm nih....gilosss...hehehe

Jeff Lee said...

Bro, I mengkagumi dedikasi kamu untuk study filem ini. Mungkin you boleh tambah rencana ini dalam database imdb.com untuk 'Merong Mahawangsa'.