Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Friday, December 30, 2011

Ombak Rindu (2011)

1. TRIVIA: Scene keretapi ini dilakonkan di stesen kereta api Alor Star (or somewhere in Kedah la kalau tak betul pun). Ianya berdasarkan struktur stesen dan kawasan yang dalam pembinaan, yang mana adalah dahulunya adalah bangunan lama. Dalam filem ini, Izzah naik tren nak ke Kuala Lumpur. Dalam realitinya, tren yang dinaiki Izzah sebenarnya menuju ke Arau dan seterusnya ke Siam. Untuk ke Kuala Lumpur, tren sepatutnya datang dari arah yang berlawanan. Dan, tren tersebut hanya ada pada waktu malam. 

2. Haris yang basah kuyup sebab tolong Izzah masuk ke dalam kelab malam dengan baju putih yang dipakainya tadi semasa menyelamatkan Izzah. Peliknya, bajunya kering dan tidak menunjukkan tanda tanda basah sedikit pun (walaupun ada adegan Haris lap mukanya dengan tisu). Sempat plak Haris betulkan rambutnya yang basah tu ek. 

3. Malah, semasa Haris buka bajunya dan menampakkan singlet. O mai goodness, singletnya tak kelihatan basah dan melekit ke badan pun. 

4. Malah, baju yang sama, seluar jeans basah dan dengan kasut yang sama juga dipakai sehinggalah dia balik berjumpa mamanya. Nampaknya Haris memang suka pakai baju, seluar dan kasut basah. Ha3. 

5. Bantal kecil di atas sofa ada dua sisi. Satu sisi hitam dan satu lagi sisi warna seakan emas. Selepas Haris lepaskan pelukan, korang akan perasan yang bahagian hitam bantal menghadap ke hadapan. Tetapi, syot seterusnya, semasa Izzah duduk di bawah, korang akan perasan sisi warna seakan emas menghadap ke hadapan, sebelum syot seterusnya menunjukkan sisi hitam kembali menghadap ke hadapan kembali.

6. Anak kucing Izzah yang dia kutip membesar dengan cepat. Setelah beberapa syot saja, kita lihat Izzah memegang kucing dewasa. Perhatikan semasa dia di rumah semasa Haris datang. Jika kucing membesar ini mahu menunjukkan jarak masa yang panjang, sepatutnya perbincangan tentang nama kucing tak patut berlaku. Pilihan nama kucing tu patut berlaku semasa Izzah baru mengutip kucing tu dan bukannya lepas kahwin.

7. Seorang hamba Allah muncul sedang sujud bersolat di tepi (saf hadapan) secara tiba tiba lepas tukar syot. Lihat di tepi skrin selepas syot bertukar.

8. Izzah memakai jam tangan bentuk kotak masa dia dirogol Haris. Tetapi, semasa dia hadiahkan jam tangannya, jam tangannya berbentuk bulat dan lebih besar dari jam tangan yang kita lihat semasa awal cerita.

9. Semasa Haris baringkan Izzah, rambut yang berada di bahunya tidak jatuh ke belakang. Tukar syot, rambutnya berada di belakang badannya secara tiba tiba. 

10. Sekeping gambar muncul di lajur tengah bawah secara tiba lepas tukar syot. 

11. Bakul sampah yang disepak Haris hilang entah kemana walaupun tak ada siapa pun ubah semasa Haris angkat Izzah. 

12. Air pasang muncul tiba tiba sedangkan semasa Izzah bersembunyi di bali batu, kawasan tersebut masih belum dinaiki air. 

13. Rambut Izzah di bahu kirinya yang berada di atas bahunya berada di belakang tiba tiba selepas tukar syot. 

14. Mail dayung botnya meninggalkan rumah lama Izzah. Namun, syot seterusnya, kita akan lihat rumah Izzah tiada pun di belakang Mail walaupun dia tak sampai beberapa meter meninggalkan kawasan tersebut. Yang hanya ada, tebing lumpur berselut. 

15. Malah, tebing yang berlumpur dalam syot Mail hilang dalam syot Izzah. Dalam syot Izzah, tebing sungai ada air. 

16. Semasa jam tangan Izzah jatuh dalam air, korang akan perasan yang tali di depan sampan muncul dan hilang di antara syot. 

17. AUDIO PROBLEM / Synchronization: Semasa adegan Mak Jah dan Izzah di tangga, korang akan perasan yang Mak Jah menyebut ‘Kita sebagai hambanya’ tanpa menggerakkan mulutnya. 

18. Semasa Izzah bangun, korang akan perasan yang cermin belakang Izzah gelap. Namun, semasa Mila datang, korang akan lihat cermin belakang cerah, menampakkan bangunan di luarnya.  Malah, belang belang di cermin kejap ada kejap xda between syot.

19. AUDIO PROBLEM / Synchronization: Semasa Afiah cakap ‘I dan Haris tak ada apa2 hubungan’, ucapannya tak sama dengan bibirnya. 

20. Dalam satu adegan sebelum kereta Haris kemalangan, kereta Izzah melalui satu jalan yang di kanannya adalah bukit. Namun, syot jauh menunjukkan di kanannya ada ladang teh. Syot seterusnya kembali menunjukkan jalan tepi bukit tersebut. 


21. Hillux yang terjunam ke dalam gaung bukanlah Hillux yang dipandu oleh Haris. Hilux haris ada sticker di cermin depan.

22. Semasa Izzah meluru ke kereta Haris yang terjunam, sebuah keluarga yang entah datang dari mana siap dengan anak kecilnya datang meluru sekali. Apa yang kita tahu, kawasan ini adalah cerun bukit dan tiada siapa di kawasan tersebut melainkan Haris, Izzah dan pemandu lori. Or, mungkinkah pemandu lori tu sebenarnya bawa anak bininya bersiar siar dengan lori tanah tu?

23. Haris yang koma berganjak ke tepi apabila Izzah baring di sebelahnya dan kembali berada di tengah katil dalam syot seterusnya.

24. Semasa Izzah letak mangkuk, tiada gelas kelihatan di sebelah mangkuk. Semasa ibu Haris masuk, mangkuk tiada dan gelas muncul entah dari mana. 

25. AUDIO PROBLEM / Synchronization: Mulut Izzah masih bergerak walaupun dia dah selesai sebut ‘… sementara Pak Dollah dan Mak Jah balik’ dalam syot selepas itu. 

26. FAKTA ATAU AUTA: Haris telefon Izzah guna telefon rumah. Tetapi, di handphone Izzah, korang akan nampak nombor 010 ataupun 016 (which means that panggilan ini dari nombor telefon bimbit). Malah, nama pemanggil, ‘Abang Haris’ tertera di skrin walhal Haris tidak menggunakan telefonnya untuk call Izzah.

27. Darah di bawah punggung Izzah (yang jelas dilihat dari sesuatu yang berwarna hitam di seluarnya semasa Izzah rebah) hilang semasa Pak Dollah datang.

28. Ramai blogger berkata yang tiub drip di tangan Izzah sebenarnya dipasang terbalik.

29. Mail arah Seha suruh arah budak budak. Perhatikan budak pakai baju merah yang berada di belakang sana. Dia berada di batas yang lain. Tapi, syot seterusnya, korang akan perasan yang budak tu berada sebaris dengan batas Seha sebelum syot seterusnya menunjukkan budak tu kembali berada di batas yang lain semula secara tiba tiba.


30. TRIVIA: Mael lupa naikkan tongkat motor. Pemanduan yang amat bahaya bila sampai di selekoh.

31. Mail dah bonceng motornya naik ke atas jalan selepas hantar Haris. Tetapi, syot seterusnya kita akan lihat Mail sekali lagi nak naik ke atas jalan. 

32. Jika Izzah pakai kain batik, apakah benda berkotak yang berada di belakang Izzah yang nampak terbonjol dari bajunya yang nipis itu? Itu mungkin wireless mic.

33. Syot jauh menunjukkan Izzah pegang newspaper Berita Harian. Close-up newspaper pula menunjukkan Izzah pegang suratkhabar Metro. 

144 comments:

Nas said...

hahaa.. banyak gile kelemahan filem pujaan ramai nih :P

Azlina said...

mmg teliti sungguhla..syabas!

ann said...

rajinnya la ko ni.
tahniah2..

Anonymous said...

Mata bakat dan Seni akan nampak ni....orang biasa hmmm....

ain fathihah fhm said...

hahahahaha kelakar. aku gelak guling2. aku tak perasan langsung masa tgk movie ni

CikguShikin said...

first time tgk saya cuma perasan yg pas izzah dan hariz gaduh, izzah bwk kete tepi lereng bukit tu.then, nombor tepon rumah yg muncul sbg nombor handphone

Anonymous said...

yg saya perasan dgn sekali tgk cite tu...air pasang tu je...huhuhu

CikguShikin said...

apa pn, kampung izzah tu kg seri perigi di sebelah kampung saya ;)

nurr said...

tang air pasan tu mmg pasan

Muhammad Ashraf said...

cerita kalau dah manarik.. kesilapan orang dah ta pandang.. -nobody perfect-

Anonymous said...

lepas ni suruh penulis blog ni buat filem.. tgk perfect setara mana pulak...

People, Saram said...

ade perasan gak yg part hariz basah dlm hujan tu,
tetibe masuk club, baju dh kering,,hahaha

Anonymous said...

huhu...fida xnangis pon masa tgok citer ni..sbb asik tgok bnda xlogik jer lam filem ni..ingtkan sendiri je sedar..ada org len sedar jugak =)

Anonymous said...

serius bodoh.. semua bnda nak kritik. buat sndri lah klau rasa anda smpurna sngt.. ni lah orng melayu, kritikan yg negative. !!
hahahha. dsar blogger benggong. xdok bnda dooh dh tu nak kritik. hahahaha

azwaazliza said...

good job...hehhe....dlm byk2 ni...wireless mic kat blkg baju izzah tu memang paling perasan sekali time tgk ari tu.. n then yg nombor telefon tu..nampak benor nipunya...hahha

Anonymous said...

tak best!!! novel lagi best...

Anonymous said...

yg paling nk gelak waktu tibe2 ada keluarga time haris eksiden..mmg obvious laa "nampok beno nipunyerr''

Anonymous said...

perlu ke senarai sume klmahan ni? ombak rindu ttp best wlau ad ksilapan kecil cmni..org x pndng sume tuh..org pndang filem ni secara keseluruhan :D

cik tinie said...

ala..komen mmg senang..cuba la buat filem tgk...entah2 hasil lebih teruk ape...hehehe

dinanabila51 said...

takan lah sekali shoot je tros jadi kan . adatlah , semua benda tak sempurna kat dunia ni .

#bukan lah peminat setia sangat OR ni . haha:)

Ainie Yusof said...

sy perasan part baju haris basah dan kering, pastu part anak bini num 19 tu. hehe

Anonymous said...

awak mesti belajar bab-bab production kan . sebab awak tau semua konti dye banyak yang lari . heeeeeeeee :)

Ziyyad Fahmi said...

hahahha. tak tahu nk cakap ape ==''

dariilhamkehati said...

cool ^^

Emelda Mel said...

Gud Job.... Syabas....

Anonymous said...

dah la... jgn pedulikan sgt la benda ni..
semua org buat salah kan... sokong la filem Malaysia maju..

who's that girl ? said...

pergh.. rajin gila la.. n sgt teliti..
Sangat terel !..
Nampak sgt.. pembikinan filem ni diambil mudah...

daudakpe said...

APA PUN IANYA SDH TERJADI....JANGANLHA SMPI mengorek kelemahan org len kite juge hrus pikir kelemahan diri sendiri...wlupown ia banyak kelemahan tapi awang mo nmpk kualiti filem....kehebatan lakonan.....ada lha jugak yg mmg tidak bleh dinafikan....

Anonymous said...

ni kelemahan teknikal je.. mana2 filem pon pasti akan terjadi kesilapan2 begini.. anyway filem ni boleh dikategorikan antara filem melayu yg baik..

AKUcakaplepasje said...

Hah. Inilah dia oang melayu. Bila orang nak naik, silap itu lah silap inilah. Macam mana nak maju kalau asyik nak mengkritik je kerja nya. Kritik public macam ni akan buat peminat pandang rendah pada industri filem melayu. Seterusnya menghantar industri ini ke lebah kehancuran. Kalau nak kritik and nak sgt membaiki silap orang. Guna cara yang betul dan pastikan tidak menjatuhkan mana mana pihak publicly.

Anonymous said...

kalau macam tu. xkan nak buat syot 24jam kot. ape laa.. bende macam tu pon nak pertikaikan.. kotak mic mmg akan nmpk pon even dlm drama. syabas laa !

Unknown said...

haha perasaan juga 1,2 apa yg ada dlm entry nie.. tp buat dont know je.. xsngka ada banyak kesilapan sbnrnya

kaizenshinobi said...

kepada komen2 yang negatif nih,

boleh tak usha disclaimer kat tepi blog nih dulu?

masuk men komen je... zzzz

bagi aku, xde salah pun benda nih, just small mistakes from a movie..

banyak je filem2 box office dunia e.g. harry potter, spiderman, x-men yang ade mistake dalam movie...

menunjukkan jangan lah just tengok movie je, analyze la sikit..

meh aku share disclaimer tuan blog meh

"Blog ini bertujuan mendedahkan kesilapan teknikal dari aspek suntingan/props dan juga logik babak samada dalam filem omputeh ataupun malaysia. Bagi sesape (terutama pengarah/penerbit/atau orang seni) yang tidak selesa dengan pendedahan ini, jangan naik angin. Keep up making film and aku akan jadi pemerhatinya.

Aku sokong filem kita dan juga antarabangsa. Peace!

Terima kasih kepada siapa saja yang menghantar komen untuk penambah baikan entry. Gambar2 adalah hak cipta penulis, anda tidak dibenarkan untuk link di mana2 blog kecuali setelah diberitahu. Jika anda telah berbuat demikian, sila attach link ini di blog anda. TQ"

ia terletak sebelah kiri blog, bce lah dulu sebelum komen bagai yer?

Azzarina Shukor said...

haha LOL sakai ~~

Deity Lynx said...

wkwkwk, dia tulis semua ni bukan tujuan nak mengutuk ke apa, tapi untuk suka2..baca la disclaimer tu dulu..jangan masuk2 terus serbu..da macam babi hutan

Anonymous said...

ko same dgn aku, kalau tgk drama/filem mesti perati benda2 mcm ni.. kelakar, tp saje utk buat gelak :D

Anonymous said...

ala.....ombak rindu dpt 10juta +++..kau..?

aimashahidah said...

xpyh la nk cri kelemahan filem ni smpai mcm ni sekali...biasa la,bila org lain berada di ats,ada sesetengah yg dengki...

Shannice said...

Macam best je movie ni.. tak tengok lagi!!

Tukang Kentut said...

Aku perasan yang wireless mic, tongkat moto mail ngn baju hariz cepat kering tu je..yang lain xsedor pun..

Anonymous said...

biasalah... smua filem ade kelemahan... walaupun avatar, titanic, transformers... filem dicipta utk hiburan, cr kesilapan filem pun hiburan gak... pe salahnye, ye dak? jgn tension2 sgt... just enjoy it... kritikan tu amik la positifnye, lepas ni akan lebih berhati2 la org bt filem... nk buat untung, kne la teliti lg lepas ni... xde la org bt filem ala ala jer lepas ni...

zam said...

saya menonton ombak rindu dan 'parit jawa' (lakonan eman manan, zahiril dll) pada hari yg sama. tonton ombak rindu sy tak rasa sedih langsung. tapi bila tonton parit jawa, saya yg rasanya susah nak menangis ini telah menangis di akhir cerita. parit jawa mmg hebat dan menyentuh hati.

Anonymous said...

pape ntaahh nk siap senarai kan lg kelemahan nye. mesti dah bosan gile kan tak tahu nk buat ape. nk amk perhatian mcm tu la jd nye. bg sy ombak rindu tetap best gila ! tak pndang small mistakes mcm tu. come on lah mcm mana melayu nak maju, bila tgk org naik skt je mula lah nk carik kelemahan nye. bnde2 mcm tu tu tak di sgajakan. blogger dia nie mst dh tak de keje. try la buat filem sndri. tgk macam mana. apa perasaan kau (penulis entry ) nie bila kau buat filem org lain duk sibuk kutuk2 filem kau. carik kesalahan kau. fikir2kan lah. tak baik mnjatuh kan org. aib kan org. even just suka2. bnde nie sensitif.

Anonymous said...

perasan je tp watpe nk kalut.. citer lain pon sama jgk.. nama pon blakon.. bkn nya blakon 1 hari siap filem @ drama.. rajin sungguh telek ye.. huhuhu...

Anonymous said...

nampak sgt penulis blog nie ada sikap suka membuka aib manusia2 lain... walaupun utk berkongsi tp sesetengah kritikan itu agak melampau utk kita sbg manusia yg tidak sempurna... takut aku kalau ada kawan yg macam penulis blog nie... jiwa yg kritikal... aku takut lama2 jd sakit jiwa jer....

Anonymous said...

bravo ... sememangnya aku pun perasan banyak yang macam biskut mula-mula ada pastu tak ada tapi tak sangka pulak ada kutu yang perasan giler... hehehh pasai buku tu memang macamtu la rakyat malaysia woi memang ada publisher yang keluarkan buku kulit belakang terbalik .... minta astro shaw lain kali lebih teliti dalam pembikinan filem jangan dok syok sendiri jer ..... filem hollywood ker bollywood ker hongkong wood ker ada juga error cam nie tapi tak lerrr terok macam OMBAK RINDU wohahahahah
sapa ler PENGARAH filem nie belajar tak habis kerrr.... wohahahahah

Anonymous said...

apa masalah blogger ni?.sebenarnya movie omputeh ada gak wat silap lol. itu pun berjuta USD gak dapat. seluruh dunia tgk lg tu.

Cik Miza said...

banyak lagi. mengenai lokasi cerita ni semua x logik. kl-langkawi-cameron-a.star macam 15 menet je dari satu tempat ke satu tempat.

ida said...

kesiannya anonymous nih, marah sorang2 heheh

fara khairuddin said...

hahahaha...scene yg nmpak cliche scene anak beranak dtg masa haris eksiden...tu mmg nmpk sgt...dan ms sufiyah halau izzah, kilat sabung menyabung dan cahaya tetibe byk kali nk tnjuk muke sufiyah...hahhahaha

Anonymous said...

standard la wt movie..mmg ade editting an tuk sume filem or drama..2 yg dorg amik mse yg lme..n mmg byk shot..npe skunk korg nk pertikai an hal nie dlm filem nie???npe filem sebelum nie korg xwt cmnie..nie nme nye xde keje au..hish3....everyone make a mistake..like we are..right???erm..2 opinion msg2 la ske or x an???klu xske pn filem nie..jgn kutuk..just diam..klu nk bg pndpt skali pn..biar yg bernas..or make sure it doesnt hurt people's feeling yg blakon dlm filem nie or yg wt filem nie..jge la ati org len gk...pkir2 la klemahan diri kte sblum kte ktuk klemahan org len..skurg2nye mereka berjaya mhasilkan karya wlupun adaptasi dr novel...please appreciate what they do 4 our industry...

Anonymous said...

ni bukan membuka aib. kritikan2 ni perlu supaya pengarah lebih teliti lepas ni. memalukan sebenarnya filem ombak rindu ni. semua org pun boleh sedar betapa banyaknye kesilapn yg dorg buat dlm filem ni. langsung tak ada kualiti. dengan lakonan yg terlampau ikut skrip, tak natural. dengan camera yang zoom melampau tapi lari fokus.haiyaaaa... pemilihan pelakon semuanya mantap2 tapi malangnya, tak kena dgn watak.. so frustrated. mcmane nak berjaya kalau kesilapan2 kecik pon org boleh nampak.mmg jauh beza dari novel.pengarah filem ni tak buat research bebetol. this film is a piece of shit hahaha

mashi said...

orang yang berjaya adalah orang yang belajar dari kesilapannya..jangan defensive sangat..orang yang xdapat menerima kritikan org lain dengan hati terbuka sampai bila pun xmaju..dh org tunjuk salah lepas ni perbaiki..y peliknya org y xterlibat dengan pembikinan filem pulak y berapi2 nk marah kenapa?hollywood kalau buat analisa mcm ni diorg gelak je..kita yang kat malaysia ni cepat sangat melenting bila ditegur..saya pun perasan jugak banyak kesalahan2 minor dalam cite ni..contohnya time izzah kat club tu dia pakai jam tangan perempuan..tp die bg kat hariz jam tangan lelaki..mana dapat pun xtau..tp syabas pada penulis blog ni yang teliti n harap pengarah2 filem kita boleh ambil iktibar n xcepat melenting supaya filem yang lebih baik dan berkualiti dapat dihasilkan..

Anonymous said...

aku xpernah tgk lg cite ni..hhaha..xminat cite2 mcm ni..cite melayu, bajet ciput..tp dpt juta2..aku pn xpaham nape org suke tgk cite2 mcm ni..kita masih ketinggalan dlm movie lg..xbis2 berkaitan cinta, rindu..cinta, rindu..

nadyaismani said...

kesilapan no 1,6,11 and 29 mmg sy dah prasan. btw tk sangka pulak ade lg byk ! syabas :D

Anonymous said...

this is funny! ada sesetengah tu aku perasan, sesetengah tu tak.

tapi yg aku paling tak boleh blah adalah statement tak tengok citer melayu sebab budget ciput!! fark!! ko pegi la kasik duit kat diorg. kalau nak tunggu budget banyak, tak keluar filem la production house!

Cerita cinta, rindu Malaysia lagi bagus dari cerita mat saleh yg tak perabih mengutuk Islam secara halus or terang-terangan!

Kalau dah dasar bontot tu berkerak, tak payah perasan mat saleh sangat!

Anonymous said...

Hebat r blogger ni~sgt2 teliti..even sy pun xprsan~~anyway i'm proud of this blogger~~pd yg bg komen ngatif,relax r..ini kritikan m'bina.mcm mne industri pfleman ngara kita nk mju tnpa kritikan.xpyh la nk bndingkn ngn filem omputih~~ni soal filem negara kita~~even it's a small mistake we hve to cnsider it bcoZ the bigger mstake comes from the small one right? so, be profesional~~

Anonymous said...

Anak aku yg umur 10 tahun pun ada perasan pasal kucing dan org yg dtg masa kemalangan tu. Dia kata citer ni pelik.

Myra Jay said...

Baru perasan..

Tp part last belakang baju Izzah tu mmg ketara nampak :)

Suria November said...

semua orang ada kebebasan untuk mengeluarkan pendapat termasuk penulis blog.., well.. kesilapan itu perkara biasa dan kita harus saling menegur.. ye dak? hehe..

*apa la aku ni,, merepak pepagi buat.. apa pun, ombak rindu punya novel mmg best.., filem aku x tengok lagi.. heee..

amirul0085 said...

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai."

Anonymous said...

syabas penulis kerana begitu teliti. hrp lps nie filem malaysia lebih berkualiti lg. bnyk lg filem2 n drama2 malaysia yg buat ksilapan, kdg2 terlalu jls. oh. tp bkn bmksud sy xskong filem Malaysia ye. sy skong filem Malaysia n sy yakin penulis pun skong filem Malaysia, sbb tu la dia snraikn klemahan2 spya kslhn2 ini xberulang.

yg penting kualiti, bukan kuantiti.

Nana Hana Hatmin said...

rilex la.. kenapa korang nak maki2 penulis blog ni... haiyaaa... ade ke dia kutuk2 pengarah filem or whatever? thats only silly mistake la.. tuan punya blog xde pon kutuk2 producer ke pengarah cite ni.. dia cuma nak show kesilapan yang maybe korang sendiri x perasan right? come on la... fikir dulu sebelum bertindak ok :)

Ct@MissDinda said...

Satu lagi hubby comment, kucing izzah-comel xbesar2 dari dlu izzah bela sampai la tahun2 die jaga..hehhee...tapi memang best cite ni sebab i dlu layan novel die dari sekolah menengah lagi, tu yang tak cukup tisu lap2 mata ..hehe

Hafimi Huzin said...

bagi aku penulis blog ni terbaik. org melayu kita ni cepat melatah. kena kritik mcm ni diorang anggap kita ni cuba utk mengutuk atau menjatuhkan. why not kita anggap aje kritikan ni utk memperbaiki kekurangan film di malaysia juga? sbb tu la film malaysia sentiasa hampeh. sebabnya, org kita mmg jenis takleh terima kritikan.

deanadieya said...

ade gak prasan.. yg pasal ttbe ade org kampung dtg tme haris xcident... sbb benda 2 la aku n kwn2 aku trus glak... xjd nanges

Anonymous said...

conti tak betul la tue..uhuhuu....konpom pas ni FFM tak sangkut ni...teknikal or....ape2 aje la...hehhe.ape2pun sokong la filem malaysia n terimalah kritikan n pendapat yg bleh membina filem2 msia ni.huhuh ppeaceeee

Unknown said...

Rasanye benda kecik je sume tu... yg penting msg cerita smp pd penonton... xde masa nak cr kesalahan just enjoy watching & that's it... xsuke main jauh2...tgklah cite lain kan... as easy as that ;)

mzulfiqor said...

bkan mara, cume orang mcam ni nk heboh2 kesalahan orang...klaw kat hollywood tu bwat reseach snyap2 je, xde smpai tlis2 at internet..klaw ade pon, bkan company yg bwat film tu tlis, pngkritik cm pnulis ni yg bwat...bende kecik je pon nk kecoh...xpayah la...xde filem paling perfect dlam dunia ni...aq taw la coz aq pena bwat film pendek..tu pun baru film pendek da bnyak kene kelentong, agy2 klaw film yg nk terbitkan satu malaysia....senang cerita ko bwat la film yg xde kesilapan langsung...bole x...??

Syimi said...

best pe kalau camni :D haha

Anonymous said...

adui. apsl korg ni nak naik angin bagai ni. blogger ni bukan buka blog ni khas utk ombak rindu hampeh kesayangan korg ni. bfore ni dah byk dah dia analisis filem2 tempatan/antarabangsa yg lain. sabar2 la ya. takde pun korg nak komen apa2 kan. fanatik filem hampeh ni mmg hampeh tak boleh terima kenyataan bahawa filem ni hampeh. kesimpulannya, filem ni mmg hampeh, harapkan kepopularitian novel shj. novel lagi best. syabas utk blogger ni. tahniah yaw.

Emmet said...

nice entry ohh, pedulikan kata2 manusia bangang anonymous yang tiada otak.. yg kate kat Hollywood buat research senyap2 lg bangang, kat Hollywood siap kuar tv lagi movie mistakes suma... great job :D

DaYaH JeLitA said...

Heyyy this is funny... besh ape tahu benda yang kita sendiri x perasan... yelahh ralik je tgk..hihi...'

yang baju kering je aku perasan tapi yang call masuk nama abang haris tu memang kelakar hahaha..

kepada orang yang komen marah2 penulis blog nie u can go and fuck urself...korang lagi bodoh taw tak!!! nie hobi dia suka hati dia lah...semak jee korang....dah la tak baca diclaimer..nampak sangat bodohya...geram aku baca komen macam nak sepak je orang yang komen tak pakai hotakkk!!!

djambu puadovich said...

org yg kata 'filem hollywood xda org komen' jelas sekali tak pernah lawat imdb.com. Hahaha.

Muhammad Fadzli Zulkipli said...

time bju basah tu ttibe kring tu aq pling prasan skali.....aq siap gtau maka aq lgi...:)

Anonymous said...

Syabas kepasa admin. memang sungguh teliti melihat pada proses pembikinan/suntingan filem. kepada yang tak puas hati sebab filem kesayangan korang ni kena kutuk, kena faham admin bukanlah mengutuk atau membuat kritikan melulu. sebenarnya goof begini wujud di semua filem, lagi2 filem lama masa zaman shooting guna tape. cuba kita tengok pada site www.imdb.com lagi banyak goof dan trivia yang ditonjolkan.

bukanlah satu kelemahan tetapi sebagai dorongan/motivasi agar pihak yg buat suntingan sedar bahawa orang kita pun amat teliti pada aspek kecil dan diorang akan buat kerja lebih kemas.

Anonymous said...

buat Mzulfiqor yg posting pd December 31, 2011 4:11 PM

Sapa cakap di hollywood pengkritik filem b uat senyap senyap. ni aku beri satu sample untuk Mission Impossible Ghost Protocol:

Factual errors
The number plates used on the cars in the movie in Mumbai and Dubai have the numbers first and the letter last. Actually, the number plates in Mumbai and Dubai have the letter first.

Ethan Hunt and his team checks in into 130th floor of Burj Khalifa Hotel. However, Armani Hotel in Burj Khalifa occupies below 40th floor. 130th, 118th and 119th (occupied by Sabine Moreau Lea Saydoux and Wisdrom) are Commercial floors.

Number plates in Mumbai start with MH - indicating the state of Maharashtra, where Mumbai is located. The plates shown in the movie do not start with a number.

In the climax sequence, at the multilevel car park in India, all the cars are left-hand drive but in India cars are right-hand drive, like in Britain.

Ballistic missiles do not fire their rockets after they reach their highest point, hence "Ballistic", they also are targeted much higher than the (apparent) ground-level burst in apparently intended in the film.

The final fight, according to the movie, takes place in India but India does not yet have such high multi-level parking, as shown.

Ethan's iPhone 4 is on AT&T carrier while his in Dubai. In Dubai, he would have been roaming in Etisalat network.

Bullets are shown moving through water at high velocity, endangering Hunt and Brandt. Bullets, however, lose velocity very quickly in the mass of water. Water tanks are often used for ballistics tests for that reason.

A magnetic field powerful enough to lift a human being would also wreak havoc in everything electronic nearby, also throwing into the air the very computers the team was trying to access.

banyak lagi yang boleh dapat dari
http://www.imdb.com/title/tt1229238/trivia?tab=gf

sebab kritikn beginilah yang di industri Hollywood orang akan sedaya upaya elak dari buat revealing mistakes. Syabas lagi kepada admin.

Anonymous said...

nasib baek tak tengok filem nie .. tak bape layan cite2 jiwang melayu nie ...huhu

JAN said...

baguih betoi admin ni kutuk membina bleh dapat award pulun sgt2 haha so sesuitweii..

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

terbaik lh huhu

cik violet said...

teliti tol wat analyze ni ea :)

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

tajam betul mata dia~
sy tengok movie x penah pasan semua neh..hahaha

SheaAzhar said...

HAHAH wow! hebat. teliti sungguh. tu lah kita yg melayu ni tau tengok je. Heheh anyways yg nombor 30 tu, menag perasan! xD

Awan Bijan said...

Lawak gilaaaa hahaha.

Anonymous said...

choyyy...
mcm la filem titanic pon xde minor mistakes macam ni...

over la kau ji..

k bye...

Anonymous said...

ala pndi nak complain org..!!ko kalau wat cte xtentu sdap mcm ni..ntah2 xlaku lgsg..!!

Anonymous said...

adoiiii....dah mmg hobi blogger ni jd pemerhati filem...biar laa...sokang komen yg cakap blogger ni pon bkn kritik filem ni je...byk dah yg die kritik..betul tu..bace la disclaimer dulu...just for fun kan...haiyoo... lau korg suruh dia wat filem pon,, konfem ada mistake..pasal blogger ni bkn robot..manusia biasa gak...ambek la komen2 yg die dah post ni jd satu pengajaran..thats it...lau die tak wat camni,, sape nak wat??nak senyap je tgk kesilapan yg selalu malay movie wat..?? korang yg kutuk blogger ni agak2 la siket.. aku tak rase die ada niat pon nk burokkan filem melayu... aku rase die la pemyokong filem melayu sejati tau tak... btw,,..congrats 4 admin yg betul2 teliti ni..abaikan yg komen negatif..bukan dorang tau pape pon pasal production filem...tau kutuk je dorang tuh...akaiii takdakk..!!!!

Anonymous said...

mcm bagus je blogger ni. komen pandai la. try p buat filem tgk. mesti buruk tahap gaban. dari awal sampai akhir crita 2 mesti penuh dgn klemahan n mistake...cerita tu aku dah tgk 3 kali kot. baca blog ni sekerat pun aku dah nak terberakkk

brownie-tiramisu said...

HAHA banyak yang kantoi lerr :D

Haja Craft said...

yang saya plak pasan masa izah dimasukkan spital pas kejar haris...patutnya salur drip tuh dr bawah ke atas ikut salur darahkan...tp nih pakai letak jerk bleh lak lawan arah...member ckp dr dia tgh feeling nk nangis dia leh gelak.....

Hakeem Yusof said...

ala tang part rambut tu tak masuk list pon tak pa .

yang komen emo2 ni apsal . dah nama pon blog goofspotonFILM . memang la post pasal kelemahan filem . -__-"

Comel said...

Hahahaha..bset la bro..
cayalah...
comel tak tgk filem ni lagi..
baru je siap donlot...
selalu tengok goof spot filem hollywood..
skang filem melayu pun ada gak..
best la camni....
baru ngam ho......

Delaila Haron said...

tak semua org sempurna. akan ade juga kesalahan yg tak dpt dikesan. cerita klu dh best org tak pndang dh kesalahan yg terbit dlm cerita ni..

Anonymous said...

GF.. good job... teruskan usaha dan analisa anda tentang conti..kesinambungan shot... bagi orang yng belajor tentang video dan filem.. conti/kesinambungan tu aspek penting.. tu sebab ada juru conti/// kena jaga leaps adjust shot atau take break... anyway.. rasanya blog u boleh jadi rujukan bagi pensyarah perfileman kat mana2 kolej atau Univesiti buat rujukan tentang conti/kesinambungan shot.... ( termasuk saya..hehehe )

jika benda nie ( kesilapan conti ) dapat dielakkan... maka bila di istihar filem terbaik pada Anugerah Filem nanti.. maka tak kan adalah orang bangkan....

apa-apa pun good job GF...

dan apa apa pun.. filem Melayu dah boleh mencipta jutawan...

Ummu said...

hahaha!

Anonymous said...

Tahniah kat tuan pnye blog nie...ko mmg terer.skurang2nye pengarah kat malaysie nie ley tao klemahan diorang..

Anonymous said...

kesilapan 2 biase la..tp aku kagum ngan penulis blog ni sbb sempat nmpk kesilapan walhal aku sdiri tgk pn xprasan pn kt mn silap nye~~~hehehe...pe2 pn gud job...hope 1 day pngarah kn perbaiki ag kt mn silapnye n bt 1 movie yg btl2 perfect....tahniah bt omnbak rindu~~~

!eDa said...

sgt tajam pmerhatianmu..ak suka..6t kl ak da bt fliem,pasti ak suh ko view n edit mn y ptt..mntau,da rezki dpt ke intrntional..hehehe..btw, superb !!

daniey said...

ada lagi.
part izzah dibawa ke hospital. dia ditolak dengan cemas ke arah lif, bukan ke arah wad kecemasan.

dan wad yg izzah stay tu penuh dgn hiasan bunga. bagi saya yg pernah menjadikan hospital itu sebagai 'rumah kedua', hilang perasaan sedih/cemas di scene tu sbb ni. hehehehehe

Anonymous said...

Bab baju Haris & Iza basah dan automatik kering bila dlm club tu mmg ketara sangat!!! Pintu masuk club ada dryer ker??

PRINCESS said...

Saya baca novelnye masa zaman di universiti dulu. saya masih terbayang lagi wajah watak2 yang saya gambarkan masa baca novel Ombak rindu ni. dari segi pemilihan pelakon memang xberapa tepat. tapi memang susah nak cari yang betul2 sesuai.apa pun pelakon2 dalam filem ni berjaya menghayati watak masing2 dengan baik..saya faham agak susah untuk terjemahkan cerita asal dalam novelnya untuk menjadi sebuah filem 2 jam. apa pun filem ni memang mendapat sambutan hangat. tahniah..! semoga kesilapan2 yang ditonjolkan oleh blogger sebegini patut dijadikan panduan untuk menambah baik mutu filem2 dari negara kita.

Anonymous said...

BLOGGER NI BONGOK..KO ADA DUIT JUTA X??????BUAT R FILEM SENDIRI NAK SEMUA PERFECT..KO TU SEMPURNA SGT KER..STANDART R NAMA PON FILEM..APESAL KO X CKAP "EH APESAL NAMA ORG TU KAT LUAR MAYA KARIN TP DLM FILEM IZZAH"..KO JAWAB JAP..BLOGGER BONGOK.....

Anonymous said...

Dah nama pun berlakon. Adat laaa semua tipu n tak perfect. Bukan senang nak dapat benda yang sama setiap kali shot. Jangan tau nak kritik je. Kalau kau pernah buat filem kau tau laa susah tak susah nak dapat cite yang perfect,setiap shot benda tak berubah.

yuszAEG said...

Hahaha, marah pula, ambil benda ni positif, untuk memperbaiki kelemahan pada masa akan datang, kamu sedar tak?? jika blogger buat mcm ni, filem ni masih diminati tau, Blogger nak ajar supaya kita jgn jadi penonton yg pasif, sekali sekala melatih diri jadi seorang yg teliti laa... apa laa... aku pun suka tgok blog ni. aku baca.. lepas aku baca aku akan tgok movie yg dia analisis.. sbb aku nak try tgok, teliti ke tak aku.. Syabas!!!hehehe

Anonymous said...

Haha.. Aku paham la yg korg nak kutuk maki hamun jadah tu sume.. Lantak empunye blog la nak tulis apa. Kalau korg x suka sgt blog ni, yg pi tgk jugak pasaipa. Dah terang lagi bersuluh aim owner ni nak bwat apa. Ckp bukan main nobody perfect. So, same goes to the owner la. Dia x perfect jugak. Yg nak maki tu bwat apa? Ko pi lah tulih blog sendiri. Kasi promote suh org lain baca. Sukati la dia nak tulis apa. Ni blog dia ke, blog kau..?? Bende simple pon nak kena ajar. Hatoii... Pasai duit bejuta juta pon nak bising. Ada ke owner ni ckp, 'aku buat blog ni sbb nak dpt duit'...? Haha..

Aqmar Ismail said...

hehe :D memang betul pun. mmg ada some scene yg memang boleh nampak mistakes nye. haha, tapi ur eyes mmg teliti betul. boleh nampak semua tu. hahaha :D suka baca goofs ni. best!

Anonymous said...

Hek eleh, Tu pun nak kecoh. Apa daaaaaaaa.Kau sendiri la pg buat filem, tengok camner. Perfect ke tidak filem kau buat tu! Menjatuhkan org je tau. Pigi daaaaaaaa.

tieQz said...
This comment has been removed by the author.
tieQz said...

Salam..kpd sapa2 yg marah ngn admin nie..relax larh..dya cuma berniat utk mmberitahu..jgn teng0k dr sudut negative jak..cuba kmu selidik dr sudut positive..lgpn,semua pndedahan min0r mistake filem nie tak membuatkn filem nie jatuhkn? masih ramai pminat OR yg mac minat ngan filem nie..s0,apa yg kmu maw kec0h kn sngt..bukan kmu dapat apa2 pun..s0,just take it or leave it larh k? hve a nice day! hehe

btw,u r r0ck..dare 2 take a risk..hehe..

eJAI said...

bodoh betul yg komen2 memuja ombak rindu ni. Buka aib orang lain la, ape la...Tak penah tgk movie goof ke? Bangang. Suruh orang buat filem sendiri la. Ni bukan atas dasar siapa lagi power dan pandai buat filem. Ni memang goof spot di mana kelemahan2 dalam filem tersebut ditonjolkan samada sebagai hiburan atau panduan kepada pembikin filem. Taksub sangat dengan ombak rindu die tu...

cool said...

ini sgt cool~..kalo filem hollywood byk je dia buat cmni....xmenjatuhkan pon filem tu...dan pada pandangan saya yang melihat,minda harus terbuka la..

buat orang nk ulang tgk ada la..:p

be cool,man..:-))

Anonymous said...

yg marah2 dan melatah tak tntu pasal ni jenis perangai budak2 ribena otak bodoh lagi sempit. jenis tak paham bentuk kritikan sesebuah filem. mungkin mereka baru keluar hutan agaknya.

taksub dan fanatik. sampaikan pendedahan kelemahan dan kesilapan sesebuah filem pun nak mengamuk. dengan ini saya mengisytiharkan filem ombak rindu adalah bertaraf maksum tanpa ada kesalahan. dn dilarang sekali mengkritik atau mencari kelemahan filem ini. dan mungkin osman ali bakal dilantik menjadi wali utk disembah pengtaksub2 ini sekalian. sekian terima kasih.

Anonymous said...

hehehe.. terbaik la bro! lepas saya tgk scene haris masuk club lap muka dia je (konon basah la) tp bj tak basah lgsg terus turun minat nak tgk.. tak faham apsal semua org bleh melalak bagai tgk cite ni.. pada saya tak sedih lgsg.. nak nangis kt mana pun tak tau.. kalo dibuat series mcm drama nora elena tu mungkin boleh diterima.. ni novel 500 lebih m/s nak diterjemahkan dlm masa 2 jam mana bleh.. byk sgt scene yg tergantung dan menimbulkn tanda tanya.. pada saya cite ni failed! dah la tak kena lgsg maya karin bwk watak izzah tu.. harapkan muka jambu aaron aziz tu je..

Cik Purple said...

hihi.. lucu jek bila tgk kesalahan nih.. mcm mana sy blh tak prasan.. :D hihi..

Wun said...

drama gler yg komen2 ni.. chill laa..

Sire Johhny Deep said...

analatikal, bagus.....
ada gak satu masa dolo, satu cete melayu lama (adegan zaman2 hang tuah).... bila close up.. baju pagoda siap butang plastik lagik!!
teruskan review......

[WTF]AhSeng said...

haha aku gelak tak berhenti tgk kesalahan2 ni bila ulang balik cite tu , yan gpart lawak masam haris koma atas katil pastu izzah baring sblah dia , boleh plak org koma boleh bergerak yer

izzah said...

hebat! ini yg kite nak,.kalo x,x maju la citer mlayu..asek2 cite antu..eh tetibe..blogger ni, awk mmg bgus! kritikan perlu utk maju..tp ni bkn kritikan pon,just perkongsian..sy sgt suka! lg 1,mmg la dpt 10 juta,tp ttp x bes..pasni,produser2 filem x yah la wat citer adaptasi novel..rosak novel je,,tmbah2 citer gmersik kalbu 2..eh tetibe..hehe jgn marah2 :-)

Anonymous said...

wahh.. bguslah buat nmpak kslahan dlm filem.. biar pngarah2 tau smua tntang hal ni.. bru filem tu lebih teliti.. jgn tau kaut untung juta2 tpi filem byk kslahan..

Anonymous said...

dkt hospital pn...
pkai spo2 terbalik..
yg oksigen gi psang nebulizer pnyer..
n then pling xthn bla haris da sdar..
ibunya trus cbut plug yg knonnye oksigen..hehe...

Unknown said...

SEBENARNYA MMG BYK KESALAHAN2 MCM NI BERLAKU,CUMA KDG2 KITA ABAIKAN JER SBB DH SYOK SGT MENONTON..

BUI PUN KDG2 BILA TENGOK MOVIE,TERKADANG PERASAN KESILAPAN MCM NI TP BUAT DONNO JER LAH ASALKAN CERITA NYA BEST..

Cik Cakula Cemekut Cekelat said...

aku ingt aku je yang prasan...ader gak yg pasan..bgus...aku stuju ngn sume ynag ko tulis ni..mcm filem murahan yang menggunakan aksi2 lucah sebagai pelaris...huhuhu...

Lady Dz said...

bagus la..korang sume mmg prihatin sgt..baru nmpk kelemahan diorg..

Anonymous said...

nobody perfect, aku belajar film aku tahu betapa rumitnya and susahnya nak buat sesebuah film tu. Bukan film ni je yang ada kesalahan , Star Wars lagi banyak sampaikan 300 kesalahan continuitynya, tapi jangan nak kondem orang lain sangat. :)

Anonymous said...

perghh... dashyat eh ko bahagian bukak silap orang laen...

Anonymous said...

biasa2 je cite OR ni...tak la sehebat sepertimana yg digembar gemburkan kat paper...

Anonymous said...

ini bkn silap..tapi seni hahahahahha

NZ Legacy said...

takkan ada yg sempurna kat dunia ni , lagi2 kita sebgai manusia biase :P

Anonymous said...

i love this blogger...

Admin mmbantu perfileman Malaysia kita supaya tdk mngulangi kesilapan yg da brlaku...so jd kan kesilapan n kritikan nie sbg dorongan supaya kiter akan wat yang terbaik dan lebih baik...xguna kita sokong kalau xnak jaga kualiti rite....huhuhu ^___^

Anonymous said...

Citer Ombak Rindu memang banyak silapnye.. Mase first time tgk da nampak da.. Lg2 tang AUDIO PROBLEM.. Mase Izzah cakap "ASTARAFIRULLAH" berulang kali, mulutnye xgerak pon.. dala shot dekat2..

Anonymous said...

novel lg best dri citer...bek lyan novel...

Deleted said...

Bagi aku.. cite ni x logik ==

Anonymous said...

asal kritik je suh buat film sdiri, nie la pemikiran melayu, bangs*t dari dulu lagi..cam kritik proton gak, mesti ada si bang*ng yg akan suh buat keter sdiri..bod*nyer org, pantang ditegur,tapi klo dicabar sume xde telur, tipikal melayu si*l

zackmohd said...

buat filem ke buat drama ke hatta buat kerja kita sendiri pun semuanya memerlukan ketelitian sebab hasil kerja kita itu yg akan kita terjemahkan kpd org lain..kalau kita tak nampak kesilapan yg kita buat,berterimakasihlah kpd mereka yg menegur kita sbb nampak kesilapan kita..dan belajar untuk memperbaikinya..

Anonymous said...

Ko ingat ko melayu sangat ker?pergi gali sejarah moyang hang dulu baru mai habaq.nie lagi satu bodoh yang tak boleh diajar lagi..biar la admin nak tulis aper dye nak dah blog dye..dye review dye yang research bukan perabis beras mak bapak ko..diam la si*l tipikal gila ko nie..Aku tau ko nie mesti fan no satu OR tu sebab tu kau tak boleh nak terima kenyataan..ape2x teruskan usaha anda admin mesti ada yang menyokong.hater macam nie tak yah layan sebab tengok macam retard dan kiddo je.

MieMy said...

haha , knape la aq tak prasan semua tuh . nk tngk lagi skali laaaa . btw , mmg klakar :D

Jay said...

Berdasarkan komen2 berbentuk bantahan, sebenarnya masih ramai penonton Malaysia yang masih tak faham dengan konsep THE ART OF telling stories & MOVIE MAKING. Pengkritik ni BUKAN kutuk filem Ombak Rindu. Tapi mendedahkan kesilapan2 teknikal dlm filem tu. Ini adalah LAZIM & NORMAL dlm PEMBIKINAN FILEM menandakan kita MENYOKONG pembuatan filem Ombak Rindu, bukan menjatuhkan produk Malaysia. (& BUKAN bererti filem2 Hollywood lagi best. Siapa kata org2 Malaysia tak kritik filem2 Hollywood? Bersepah, cuma lg banyak dlm English. Kritikan bahasa Melayu terhadap filem Hollywood kurang dpt respon dr pembaca) Korang gi tengok web http://moviemistakes.com Kat situ penuh dgn senarai kesilapan teknikal/goof dari filem2 Hollywood.

Jadi penulis artikel 'kesilapan dlm Ombak Rindu' melakukan perkara yg sama- MENELITI aspek teknikal/kesahihan FAKTA dlm FIKSYEN yg berlatarkan MALAYSIA. Ini langsung tak berkaitan dgn dengki, tak sokong filem Malaysia dll. Kritikan membantu pengarah supaya TELITI, CEREWET menghasilkan karya yg unggul, bebas dari kesilapan yg minimum. Pengarah(& penulis novel yg profesional) bkn buat filem utk syok sendiri & dpt pujian melambung dr fans semata2. Pengarah memerlukan input yg membina dari pengkritik. Syabas saya ucapkan kpd penulis artikel. Siapa lagi yg akan kritik filem MELAYU kalau bukan penonton Malaysia sendiri? Takkan nak org Hollywood kritik utk kita?

Kpd yg terlalu emosi dok kata dengki, dedah aib, keburukan, soh sendiri bkn filem dll tu, sila luaskan minda & tambah pengetahuan anda ttg ILMU film making. Kritikan teknikal bukan bersifat menghukum tapi membantu pembikin filem agar memantapkan karya akan datang.

♥ Lovelicious Closet ♥ said...

Good job, bro ! harap² lepas ni pembuat filem akan lebih berhati² dalam menghasilkan karya yang lebih bagus! Ouhyaa, para Anonymous yang mengutuk tu, kalau berani tunjuklah profile ! Cakap pungpangpungpang tapi guna Anonymous, pe barang ! Positif lah sikit :) kritikan itu perlu kerana dari kelemahan itulah akan terhasilnya yang lebi baik . Peace !

Pain33 said...

yg no28 tu mmg ak takleh blah.. klau filem ni 5*, oleh hilang 3* oleh kerana kesilapan no28 tu.. haha

Anonymous said...

Aku terpikir...kalu lah watak haris tuh bg David Teo yg pegang...aku xrase izzah nk merayu ajak kawin...kn...kn...

ROJAK said...

tak pernah tengok pun citer ni wahahahah. baik layan gangnam style wakaka

Anonymous said...

Sebenarnya dalam kebanyakan filem atau drama babak org keguguran yg paling tak lojik. Jatuh rebah terus nampak darah kat kaki. Mana sempat darah tu turun sampai kaki kalau dia terus rebah

Anonymous said...

Untunglah ada insan yang prihatin mcm blogger ni...kalau tak mcmna nak tinggikan martabat filem melayu....

Unknown said...

Tuan blog, anda mendapat sokongan daripada peminat sebenar filem tempatan seperti saya. Kita ingin lihat filem tempatan maju dan berjaya di atas persada dunia. Jangan berputus asa disebabkan mereka yang berfikir tidak cukup mendalam. Teruskan usaha dan minat anda!