Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Showing posts with label 2009. Show all posts
Showing posts with label 2009. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

Merantau (2009)

1. Semasa Yuda sampai ke bus stop, korang akan perasan ada seorang lelaki sedang mengangkat tin atas bahunya. Syot seterusnya menunjukkan lelaki itu tiada di bus stop secara tiba tiba sedangkan dia belum pun melangkah naik ke dalam bas semasa syot bertukar.

2. Kedudukan batang paip yang dekat dengan pintu semasa Joni bangun berubah menjadi jauh sedikit semasa Astri bawa adiknya pergi.

3. Semasa Yuda berjumpa dengan seorang lelaki yang begaduh di luar disko, ada dua gelas atas bar. Namun, tukar syot, hanya satu gelas kelihatan di atas bar.

4. Jika korang perhatikan betul betul, lelaki yang berada di atas daun pintu sebenarnya berubah kedudukan. Semasa awalnya, kedudukannya di tengah daun pintu yang berada dekat dengan dinding. Namun, dalam satu syot yang tak sampai satu saat, kedudukannya berada ke bawah sedikit dan perasan tak yang daun pintu tu berada ke tengah sedikit. Menunjukkan adegan itu disyot dua kali.

5. Kampit simen berubah posisi secara tiba tiba selepas tukar syot.

6. Semasa pertarungan dalam lif dengan Eric, kita sedar yang Eric tekan satu butang menjadikannya berwarna merah dan membuatkan lif terhenti seketika. Sedar atau tidak, dalam satu syot, butang tersebut tidak berwarna merah dalam satu syot, sebelum kembali merah dalam syot seterusnya.

Sunday, December 11, 2011

Jalang (2009)

1. Tangan En. Ali tiba tiba berada di atas meja selepas tukar syot.

2. Tangan Maria tiba tiba berada di atas bahu kanan Dato’ selepas tukar syot.

3. Maria rebah di atas lantai semasa dipukul boyfriendnya. Dalam satu syot, korang akan perasan tangan kanan Maria yang berada di atas lantai berada di atas kusyen sebelum berada di atas lantai kembali dalam syot seterusnya.

4. Tangan Adam yang berada di kotak hilang tiba tiba lepas tukar syot.

Saturday, December 3, 2011

Pintu Terlarang (2009)

1. Gambar budak yang dekat dengan gelas tiba tiba menjauh dari gelas, ataupun gelas tu yang menjauh dari gambar selepas bertukar syot.

2. Rambut Gambir dari syot close-up berserabut di sebelah kanan. Namun, tukar syot je, rambutnya kemas secara tiba tiba. Keadaan bertukar tukar between syot.

3. Buku intisari rancangan berubah kedudukan dekat dengan pasu bunga secara tiba tiba lepas Gambir duduk.

4. Remote control muncul tiba tiba atas lantai lepas Gambir rebah.

5. Air mata Talyda hilang secara tiba tiba lepas tukar syot walaupun tiada siapa yang kesatnya.

6. Pintu ini dikunci dengan mangga. Tetapi bagaimana si Gambir kapak pintu di tengah dan kemudian dapat buka pintu dengan hanya tarik kunci selak di bahagian dalam ruangan dengan senangnya? Aduhai.

Tuesday, October 4, 2011

Pisau Cukur (2009)

1. Kedudukan anak lelaki Dato Zakaria Hitam dan Intan Mastura sekejap dekat dan sekejap jauh di antara syot.

2. Pemegang beg Bella tiba tiba menegak sedangkan semasa Bella mengambil buku JANGAN AKU DIBURU, pemegangnya menurun ke bawah.

3. Kedudukan telefon bimbit Bella atas meja berubah ubah antara syot. Dalam syot Bella, telefonnya lebih hampir kepada bahagian meja Bella. Dalam syot Dato Hisham, telefon bimbit Bella lebih ke tengah meja.

4. Kedudukan dua anak Dato Zakaria Hitam yang berada berdekatan tiba tiba menjauh semasa Mastura dan Ari datang. Semasa seorang daripada isteri Dato kata ‘takpe, dia detektif peribadi suami saya’, dua anak Dato tadi kembali berada berdekatan. Kedudukan dua orang anak Dato ini berubah ubah berselang seli di antara syot.

5. Tuala biru yang berserabut tiba tiba terlipat kemas dalam syot close-up. Tuala biru kembali berserabut apabila Faqir keluar dari kolam mandi.

6. Kedudukan tangan Mastura berubah secara tiba tiba selepas bertukar syot.

7. Beg Bella berubah secara sendiri selepas beberapa syot tanpa siapa pun menyentuhnya.

8. Dato Salleh bagi cincin dan Mastura pakaikannya di jari. Cincin tersebut hilang / tidak kelihatan di jari Mastura dalam beberapa syot seterusnya. Namun, cincin tersebut tidak kelihatan semasa Mastura memerangkap anak Dato Zakaria. Cincin kembali berada di jarinya semasa Mastura berjumpa dengan Dato Salleh.

9. Semasa Dato Hisyam pakaikan Bella gelang bunga bunga di tangannya, ada sedikit jurai putih terlihat di hadapannya. Pada tarian pertama, jurai tersebut ada. Juraian tersebut hilang dalam tarian kedua secara tiba tiba.

Saturday, October 1, 2011

My Spy (2009)

1. Semasa penjahat cakap ‘saya tahu awak bukan geng saya’, AJ kilas tangannya dan menghalakan mercun ke mukanya. AJ tidak memegang pemetik api. Pemetik api tiba tiba muncul dalam syot seterusnya secara tiba tiba selepas syot kuncu2 menghala pistol kepada AJ.

2. Spek mata hitam tiba tiba muncul atas meja selepas tukar syot.

3. Buku biru kecil di atas meja sekejap rapat ke buku besar dan sekejap berada jauh dari buku besar di antara syot.

4. Kedudukan tangan Salleh yang memegang beg bercakapnya tiba tiba naik ke atas secara tiba tiba selepas bertukar syot. Tangannya kembali berada di bawah kembali dalam syot seterusnya.

5. Semasa Salleh berbual dengan Adnan, dia memegang tinggi alat rekaannya. Namun, semasa penyamun datang, alatnya berada di bawah dan terlindung bekas air.

6. 4 pasu di depan akuarium kecil tiba tiba muncul selepas Salleh letak akuarium untuk tutup mata AJ yang mengintai. Malah, kedudukan piala juga sudah berubah secara tiba tiba.

7. Pada awalnya, 4 pasu di depan akuarium berada di atas pengalas. Namun, selepas perbualan dengan datin, 4 pasu tersebut tidak lagi berada atas pengalas. Pengalasnya hilang etah ke mana. Malah, kedudukannya sudah rapat ke akuarium. Tidak seperti yang awal tadi lagi.

8. Topi Salleh menyenget secara tiba tiba semasa Salleh cakap ‘Jangan AJ jangan!’

Monday, December 6, 2010

Syurga Cinta (2009)

Syurga Cinta, pilihan sempena Awal Muharram 1432H...

Dua rantai di leher Irham berubah posisi secara tiba-tiba. Merujuk gambar atas, satunya yang tali hitam (anak panah hitam) yang berada di dalam bajunya dan satu lagi rantai berada di luar bajunya (anak panah merah). Rantai anak panah hitam di sebelah kiri tiba-tiba berada di luar baju dan rantai anak panah merah di bahagian kiri tiba-tiba berada di dalam baju (gambar bawah).

Di belakang Syuhada ada 3 budak extra yang kononnya sedang membaiki kereta kawalan jauh sedang duduk. Namun, dalam close-up, anda akan nampak ada dua orang sedang berdiri sebelum mereka hilang tiba-tiba. Siapakah yang berdiri itu?

Friday, December 3, 2010

Jangan Pandang Belakang Congkak (2009)



Jom tengok pulak beberapa benda yang korang tak perasan semasa menonton filem Jangan Pandang Belakang Congkak.

Bantal Pak Sudir berubah kedudukan secara tiba-tiba. Sedar atau tidak, bantal biru tersebut ada bulatan putih di sebelah kiri dan dua garisan putih di sebelah kanan sewaktu babak bomoh siam (gambar atas). Namun, bila Pak Mor datang berubat dan letak ranting kayu kat atas badan Pak Sudir, bulatan putih berada di atas sebelah kanan bantal, dan dua garisan putih itu berada di sebelah kiri bantal (gambar bawah).

Sewaktu Wati sedang basuh kain kat sungai, kain pink / ungu tidak kelihatan semasa Punai mengintai dari jauh (gambar atas) walaupun kain itu terkeluar dari baldi dan hampir menyentuh batu. Kain pink / ungu itu tiba-tiba kelihatan dalam syot seterusnya. Bila Punai berada di tepi sungai, kain pink / ungu yang membentuk dua bucu tajam berada dalam keadaan berbeza.

Masih dalam scene Punai & Wati lagi, kali ini fokus kita adalah kepada pencedok air. Di setiap syot berlainan, keadaannya berubah-rubah. Kejap di kiri, kejap di kanan, dan kejap ke depan.

Ikatan Johan berubah-ubah. Pada awalnya, ada lingkaran tali dari lengan kanan menyilang ke leher kiri. Syot seterusnya pula, lingkaran tadi tiba-tiba hilang dan hanya ada ikatan dilihat di bahu kanan Johan. Kemudiannya, bila Punai datang buka ikatan, ikatan bersilang 'x' kelihatan.


Selendang Wati yang dililit di leher menyelimuti seluruh bahunya secara tiba-tiba.

Thursday, December 2, 2010

Maut (2009)

Jom kita lihat benda yang korang tak perasan dalam filem Bade Hj Azmi, Maut. Filem yang menarik menggabungkan tiga kisah bertemakan kematian dan dosa. Menarik.

Dalam bas, beg su berbeza kedudukannya dalam dua syot berbeza.

Rambut Su di sebelah kanannya berada di belakang bahu sebelum tiba-tiba berada di hadapan bahu. Sewaktu Su hendak pergi dapur, rambutnya kembali berada di belakang bahunya.

Buku di atas meja yang pada asalnya berterabur tiba-tiba tersusun kemas.

Friday, August 20, 2010

Public Enemies (2009)

Hari ni aku nak bawak korang ke dalam filem Public Enemies. Sebuah filem tahun 2009 yang menyingkap tentang perompak paling dikehendaki zaman dulu kala, John Dilinger. Dilakonkan Jonny Depp, jom.. 9 kesilapan yang dikesan dalam filem ini adalah....

1. Rokok yang tetibe jadi pen - babak mahkamah

2. Sapu tangan yang tetiba muncul entah dari mana - babak intro Melvin Purvis

3. Kedudukan topi Melvin Purvis yang berbeza antara syot - babak press conference

4. Bayang-bayang kamera yang masuk frame.. huh... - lupa babak mana.. cari sndri

5. Lampu yang jatuh tiba2 muncul semula (tengok urutan atas ke bawah) - babak serang hendap di markas John Dilinger

6. Sekali g, bayang kamera masuk frame... hampeh - babak awek John kena tangkap

7. Sekali lagi, bayang kamera masuk frame, siap nampak lagi bayang alat pencahayaan (rujuk gambar atas sekali) - babak John Dilinger masuk balai polis

8. Jam randik yang waktunya berbeza antara syot - babak sebelum John Dilinger g tengok wayang terakhir

9. Tiga orang askar tetiba hilang dalam wide syot - babak selepas John Dilinger kuar dari tahanan pada tengah cerita