Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Saturday, October 1, 2011

My Spy (2009)

1. Semasa penjahat cakap ‘saya tahu awak bukan geng saya’, AJ kilas tangannya dan menghalakan mercun ke mukanya. AJ tidak memegang pemetik api. Pemetik api tiba tiba muncul dalam syot seterusnya secara tiba tiba selepas syot kuncu2 menghala pistol kepada AJ.

2. Spek mata hitam tiba tiba muncul atas meja selepas tukar syot.

3. Buku biru kecil di atas meja sekejap rapat ke buku besar dan sekejap berada jauh dari buku besar di antara syot.

4. Kedudukan tangan Salleh yang memegang beg bercakapnya tiba tiba naik ke atas secara tiba tiba selepas bertukar syot. Tangannya kembali berada di bawah kembali dalam syot seterusnya.

5. Semasa Salleh berbual dengan Adnan, dia memegang tinggi alat rekaannya. Namun, semasa penyamun datang, alatnya berada di bawah dan terlindung bekas air.

6. 4 pasu di depan akuarium kecil tiba tiba muncul selepas Salleh letak akuarium untuk tutup mata AJ yang mengintai. Malah, kedudukan piala juga sudah berubah secara tiba tiba.

7. Pada awalnya, 4 pasu di depan akuarium berada di atas pengalas. Namun, selepas perbualan dengan datin, 4 pasu tersebut tidak lagi berada atas pengalas. Pengalasnya hilang etah ke mana. Malah, kedudukannya sudah rapat ke akuarium. Tidak seperti yang awal tadi lagi.

8. Topi Salleh menyenget secara tiba tiba semasa Salleh cakap ‘Jangan AJ jangan!’

No comments: