Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Sunday, September 18, 2011

Hantu Bonceng (2011)

1. Di awal awal filem, selepas Kunyit minta habuan racing, Dani turunkan tangannya yang berada di dadanya. Namun, semasa Kunyit pergi ke Amran, tangannya berada kembali di dadanya dalam syot lain. Syot seterusnya menunjukkan tangannya kembali berada di bawah.

2. Semasa Kunyit turun dari motor, tangan Dani kanan Dani diam dan jauh dari dagunya. Tukar syot, tangan Dani tiba tiba saja memegang dagunya. Syot seterusnya menunjukkan tangan Dani tiba tiba berada jauh dari dagunya semula secara tiba tiba.

3. Tangan Amran yang berada di atas dadanya tiba tiba berada di peti semasa Halimaton simbah air.

4. Semasa Amran datang jumpa Halimaton di hospital dapat dilihat ada seorang nurse sedang berjalan bersama pesakitnya masuk dari pintu. Nurse dan pesakit tersebut melewati kaunter dan menghilang. Namun, semasa syot Amran berbual dengan Halimaton, nurse dan pesakit tadi tiba tiba muncul sedang berbual-bual di tepi pintu semula.

5. Kedudukan helmet Amran berubah kedudukan selepas bertukar syot.

6. Tangan Halimaton yang berada di belakang tiba tiba berada di dalam poket hadapannya selepas bertukar syot.

7. Semasa Amran dan Kunyit terkejut nampak hantu bohsia dalam kereta polis, paras air dalam botol bertambah secara tiba tiba.

8. Posisi rantai Amran berubah secara tiba tiba selepas seorang budak datang melihat keadaan mereka yang bogel.

9. Semasa Amran jatuh selepas hantu bohsia jerit kepadanya, kedudukan pengalas kaki berubah dari keadaan asal yang sedikit senget semasa Amran mengintai di sebalik peti ais pada awal tadi.

10. Cawan berisi tisu tiba tiba berada di atas menu makanan semasa Kunyit datang sebelum kembali berada di depan menu makanan semula dalam beberapa syot seterusnya. Malah, posisi tisu juga sudah berubah dari yang sebelumnya.

11. Posisi helmet berubah selepas bertukar syot.

12. Posisi helmet Amran sekali lagi berubah ubah kedudukan semasa Amran nampak Ayu yang sedang tidur di rumahnya. Kedudukan helmet juga berubah2 diantara syot sepanjang babak.

13. Tangan Ayu yang kedua duanya berada di pintu berada di bawah berselang seli diantara syot.

14. TRIVIA: Kalau korang tengok dalam babak ini, ada orang enter frame secara tak sengaja kat belakang. Dia berjalan dengan begnya dan menghilang dalam kegelapan. Rilex, itu bukan hantu k.. :-)

19 comments:

ella sipurple said...

ade satu lagi babak yg mungkin terlepas pandang..

scene masa Kunyit order air kat kedai makan die order air Epal.
Scene seterusnya nampak die minum air sirap.haha

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

hmm.. TQ ella.. dah cek balik, betul apa yang awak cakap tu. tapi, bila kita tengok balik, babak Kunyit minum air sirap muncul semasa kedai nak ditutup. Perhatikan ada 4 cawan atas meja. Jadinya, mungkin Kunyit sudah minum air epal dan air sirap tersebut adalah air kedua yang diorder (jarak masa antara babak sebelum Zizan hantar Halimaton dan babak Kunyit minum sirap amatlah jauh). Jadinya, logik dia minum air sirap. :-)

ella sipurple said...

haha mungkin jugak lah kan. xde dalam scene sbb tu mcm pelik tetibe minum air sirap. bagus la kamu teliti dlam setiap bnda. tak ramai org mcm kamu yg betul2 teliti :)

benji said...

serius anda memang plg mengarut pernah saya jumpa..

anda tau x kalu soyt itu ditukar tidak menjadi kiraan terhadap kualiti filem itu dibuat...

itu hanya menda2 simple sahaja..

tak ada silap2 pun...

kalu sampai kameraman or ape2 item yang berbentuk fizikal yang sudah pecah or rosak,itu baru boleh diambil kira...

tapi bagi menda macam ini,tidak perlu la anda bersusah payah nak tgk filem berulang kali semata2 mencari salah yang tidak menjejaskan kualiti filem p[un.sekian

Anonymous said...

hahaha betul tu benji!

Ujang9897 said...

mamat ni sikit pun tak kondem cerita...dia punya blog mmg mcm ni la..hobi dia..tgk blog dia dulu baru kondem..=)

chegu abbas said...

betoi,,,,2...sokong ujang9897

Anonymous said...

bodoh punyer comment, bukan la cam filem barat wat silap Flight terbang masa zaman TROY..

Cik Peanut said...

waaaa, peanut tengok gak citer ni. tapi x perasan lak menda2 cam gini. waktu tu fikiran just nk tengok jer. heee

inilah aku said...

tau tak dalam cerita nie.. yang tak berapa nak ngan ialah.. tajuk dia hantu tu bonceng tapi hanya satu kali jer hantu tu bonceng lain2 dia terbang...

N@SIQUE said...

best2..suka2..keep it up..mmg filem melayu x best..xdak kualiti..wakakakakaka

Anonymous said...

aku raa yg trivia tu kita boleh anggap org kmpg blk dr mengaji kot, haha

Mya Ahmad said...

yang lain best. cuma bab tangan tu macam tak brape stuju. tangan kan boleh je gerak2 in a split second. yg lain stuju :) tu je.

Anonymous said...

saya budak filem and benda ni semua even benda kecik pon sebenarnya diambil kira...ia dipanggil "konti"..tu sbb setiap scene slot sememangnya ada org yg menjaga "konti" dgn menangkap gambar menggunakan kamera digital bagi mengenalpasti bentuk atau gaya yg bagaimanakah sebetulnya=)

fiq. said...

kalo aku berlakon, konfem lagi banyak mistake, hahah

sabree hussin said...

la.. part tangan tu kan kita boleh ubah2.. mana ada orang tangan statik je

Anonymous said...

ak stuju bab tangan tu.sbb ak dah tgok ulang bnyk kali..memang kedudukan dia dh betul la..cuma kamera amik bawah sket..so nmpk mcm seolah2 tangan dia tu berubah kedudkan..pdahal x ubah pa pun,memang dia letak atas dada..cuma pastu dia gerakkan tgn dia cepat2..so nmpk mcm kedudukan tgn tu x tetap la..phm ka x maksud ak ni..x caya tgok la sndiri..memang x da ubah pa2 part tu,.,yg lain2 tu..ak rsa memang ada kesilapan la.pa pun filem ni taik sbb hina islam..n ak bangga tuk mnyatakan yg ak x mnjadik pnyumbang pda 8 juta tuk filem yg hina islam ni..mula2 nk tgok,tpi mcm2 halangan,then x dpt tgok..upanya2 filem ni hina islam..ada hikmah ak x dpt tgok kt pwagam.sekian~

wandisini said...

kerja yang bagus untuk mencari kesalahan-kesalahan itu. tapi munkin ada beberapa part tu terjadi kerana kedudukan kamera

+ hajar + said...

tapi yg pling ketara tuk cita hantu bonceng ni adalah, jun(halimatun) tu ttbe tak kenal juliana tudan juliana tu siap kata zizan tak pernah cerita pasal halimatun, sedangkan halimatun dan zizan sama2 cari juliana n jumpe untk tuntut jenazah kakak juliana( hantu bonceng)..=.="