Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Thursday, September 22, 2011

Priest (2011)


1. Bayang yang pendek tiba tiba menjadi panjang selepas bertukar syot.

2. Rambut di bahu muncul dalam close-up tetapi tidak dalam syot lain.

3. Lucy betulkan pengancing bajunya yang terbuka dan duduk. Semasa mereka berpegangan tangan untuk berdoa, pengancing baju Lucy tiba tiba berada dalam keadaan terbuka sebelum syot seterusnya terkancing semula.

4. Bayang sekejap ada dan tiada berselang seli diantara syot.

5. Kesan darah atas tanah hilang dalam syot seterusnya.

6. Sekali lagi, bayang tren memanjang secara tiba tiba selepas bertukar syot sehingga menindih Hicks.

7. Black Hat lempar pelita dan api marak menyala di bawah kaki Priest. Namun, semasa Priest jatuh, api tersebut tiada. Malah tiada kesan terbakar pun pada Priest dan karpet.

8. Dari syot jauh, dapat dilihat bumbung keretapi rata dan kosong. Tetapi, bila Black Hat tendang Priest, Priest jatuh ke atas kotak yang tiba tiba muncul entah dari mana.

1 comment:

Apit said...

tajam nye mata woohh . haha