Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Friday, November 13, 2015

Polis Evo (2015)

 
1. Baju yang basah kering sepenuhnya ketika berada di dalam van! 

2. Insp. Khai keluar dari bangunan dalam keadan lenggang, tapi tiba-tiba saja rokok ada di tangannya semasa dia keluarkan ‘selfie stick’ dari dalam baju. 

3. Pegawai yang sedang turun dari van bertukar jadi orang yang sedang memakai pakaian biru ketika Sarjan Rosalinda sedang explen tentang kes. 

4. Rokok yang Insp. Khai sedut tiba-tiba tiada di mulut ketika dia sebut ‘undercover’. 

5. Beberapa barang di atas meja kelihatan bertukar posisi. Perhatikan pistol. 

6. Ada dua orang tua yang datang bertemu Insp. Sani yang hilang entah ke mana tanpa penjelasan. 


7. Macammana pula dengan kelibat kaki perempuan yang berpakaian baju kurung yang tetiba ‘kepala dan badan’ mereka ialah lelaki yang memakai songkok dan baju melayu????? 

8. Jimbo tiba-tiba saja muncul entah dari mana, padahal masa Insp. Sani dan Insp. Khai tahan lelaki yang bawa troli, xde kelibat dia pun berjalan dari belakang. 

9. Cermin mata ketepi ketengah. Huh! 

10. Cahaya matahari di kepala Jemang sekejap ada sekejap takde. 

11. Posisi diari merah yang pada awalnya terusun kemas tiba-tiba jadi bersepah dalam laci.

12. Retak di cermin kereta hilang tiba-tiba. 

13. Bot nelayan muncul tiba-tiba. Sama macam kes di no. 8. 

14. Pada awalnya, rantai kalung tu ada atas tapak tangan kiri Insp. Sani. Tapi, dalam syot seterusnya, rantai tu ada di belakang tangan kanan Insp. Sani. 

15. Macam mana Insp. Sani boleh beradad di depan katil Maya sedangkan ketika katil itu menyentuh pintu bilik, dia masih berada di tepi katil untuk menolak katil itu. 

16. Tiada pemandu di dalam kereta yang berpusing. 

17. Macam mana Jemang boleh jatuh ke dalam gaung sedangkan ketika Insp. Khai menembak, kawasan itu ialah kawasan selekoh yang di sebelah kanannya ialah kawasan berbukit? 

18. Cawan di tangan Insp. Sani tetiba berada di bibir selepas tukar syot. 

19. Perhatikan cermin mata dan kertas yang berubah tiba-tiba semasa Insp. Sani dan Insp. Khai keluar dari bilik. 

20. Masa Insp. Khai letak binocular di mata, dia pegang rokok. Tukar syot, rokok tu tetiba je ada di mulut. 

21. Tin asid yang tersusun berubah kedudukan. Perhatikan posisi tin yang di hadapan dan di belakangnya. 

22. Jarak bot kelihatan lebih jauh dalam syot seterusnya. (tau, payah tu nak control kpal dok!) 

23. Forklift hilang semasa letupan berlaku. Pelik! 

24. Alat kat telinga Insp. Sani sekejap ada kat atas pasir sekejap ada di telinga.

1 comment:

Unknown said...

ada satu lagi..ketika di hospital gun yg digunakan abg bimbo habes peluru,then kuar je hospital nak lari trus leh boleh tembak padu2 kete polis,haha