Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Friday, August 22, 2014

Captain America: The Winter Soldier (2014)

 
1. Captain America berlari di tepi kapal. Tukar syot, entah macam mana pulak dia datang dari tengah kapal dan tendang penjahat. 

2. Captain America buat lompat katak sebelum tendang. Laut berada di sebelah kanan penjahat. Tapi, tukar syot, laut berada di sebelah kiri penjahat. Seolah olah Captain America datang dari arah bertentangan. 

3. Tangga yang berada di kanan depan Captain America tetiba berada di belakang selepas tukar syot. 

4. Tangan Black Widow yang diletakkan di tangga hilang selepas tukar syot, sebelum muncul semula dalam syot seterusnya. 

5. Captain America tendang sampailah dekat dengan dinding berdekatan kotak bertindih, dan kemudiannya, tukar syot, Captain America buat tendangan pusing dekat dengan helmet dia (kawasan tengah), jauh dari kotak bertindih. Bila masa pula diorang ni ke tengah semula? 

6. Tiba tiba saja kawasan belakang dilindungi awan. Padahal sebelum tu cerah je! 

7. Tangan Mr Pierce yang berada dalam poket tetiba ada di luar poket selepas tukar syot. 

8. Kereta hitam di tepi kereta polis hilang tiba tiba selepas tukar syot. 

9. Masa Winter Soldier tembak, korang akan perasan di tengah jalan, antara dua lorong ada pokok pokok. Tukar syot, korang akan perasan yang Nick Fury memandu di jalan yang di tengah lorong tiada pokok langsung. 

10. Lelaki kulit hitam yang lalu di tepi Captain America hilang tiba tba lepas tukar syot. 

11. Hood Black Widow tiba tiba terjatuh dari kepala lepas tukar syot. 

12. Captain America yang pandang ke arah kanan tetiba dalam posisi pandang kekiri dalam syot seterusnya. 

13. Kesan cakaran Winter Soldier hilang selepas tukar syot. 

14. Kereta yang berpusing pusing tidak kelihatan dalam syot Falcon berpusing pusing atas jalan. 

15. Kedudukan bas yang terbalik berbeza semasa Captain America terpelanting dan syot Black Widow ditembak Winter Soldier. 

16. Winter Soldier tembak dua kali. Tapi, yang muncul kat cermin ialah 3 kesan tembakan. 

17. Kedudukan cip lebih jauh dari garisan selepas tukar syot. 

18. Winter Soldier tolak Captain America. Captain America ambil cip. Tukar syot, cip tersebut berubah posisi berada di dalam garisan tiba tiba sebelum Captain America ambil.

No comments: