Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Friday, December 16, 2011

Aku Bukan Tomboy (2011)

1. Topeng yang dipegang Farisha hilang dari tangannya selepas tukar syot. Perhatikan selepas kamera focus kepada seorang lelaki besar pakai cermin mata melambai kepada Farisha. 

2. Alas bahu di tali beg sekejap ada sekejap tak ada between syot.

3. Buku SNAKES SHED THEIR SKIN dalam syot dekat bertukar menjadi THE TELEPHONE RING dalam syot  jauh.

4. Kedudukan kereta Burn yang berhenti sebab hampir telanggar Farisha berubah ubah. Perhatikan jarak kereta Burn dengan penutup lubang jalan semasa adegan awal, di tengah, dan semasa Burn hendak larikan kereta. 

5. FAKTA ATAU AUTA: Semasa Farisha bertembung dengan Burn, kita tahu yang si Burn nak buat U turn pada tempat yang salah. Tempat salah ke betul ke, itu tak penting. Yang penting, si Burn nak buat U turn. Mungkin sebab kalut nak pergi pejabat. Tetapi, semasa Burn melarikan diri dari Farisha, Burn tak tak pula buat U turn seperti yang dia nak buat pada awal tadi. 

6. Semasa bapa Farisha pegang ganging telefon pada awal babak, dia pegang di tengah. Tukar syot, dia pegang di bawah ganggang telefon. 

7. Semasa si ‘boyfrien’ Farisha ni main tolak tolak bahu dengan Hariz, kita akan perasan yang tangan Farisha kosong semasa dia halang Hariz. Tapi, satu syot korang akan perasan tangannya pegang helmet secara tiba tiba.  

8. Tangan Farisha atas bantal berubah kedudukan secara tiba tiba lepas tukar syot. 

9. Bantal yang dipeluk Farisha tidak kelihatan dalam satu syot sedangkan kedudukan bantal tersebut berada di dadanya. 

10. Semasa Farisha lompat sebab si Burn SMS, kawan2nya sibuk buat kerja di kaunter. Tukar syot, tetiba je sorang rakan Farisha pegang kertas.

1 comment: