Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Showing posts with label 2010. Show all posts
Showing posts with label 2010. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Love In Perth (2010)

 1. Dalam close up, tangan diorang tak berpegangan antara satu sama lain. Dalam syot jauh pulak, mereka berpegangan antara satu sama lain. 

2. Pelakon yang memandang kea rah pramugari tiba tiba memandang ke arah tingkap selepas tukar syot. 

3. Botol yang berada depan sedikit tiba tiba berubah ke tengah sedikit. 

4. Tangan gadis di belakang sekali tiba tiba saja berada di pipi selepas tukar syot

5. Gadis yang mencari buku kat rak hilang tiba tiba selepas tukar syot dan muncul semula dalam syot seterusnya. 

6. Rambut yang berada di bahu kiri Lola hilang selepas tukar syot close up. 

7. Seorang budak kelas Dhani pandang belakang dan letak siku atas meja rakannya itu. Tukar syot, terus budak kelas tersebut pandang depan tiba tiba. 

8. Sekali lagi, dua gadis yang sedang membaca buku di rak tiba tiba bertukar jadi sorang gadis saja selepas tukar syot. 

9. Gadis baju hitam kat belakang tu berjalan dari satu rak ke satu rak lagi sambil baca buku. Semasa syot seterusnya, gadis baju hitam tu kembali berjalan semula sekali lagi dari tempat yang sama ke tempat yang sama.  
10. Tiba tiba je dua tangan berada di kayu pool selepas tukar syot. 

11. Jerawat tetiba muncul kat tepi mata Dhani x sampai beberapa saat selepas syot bertukar. 

12. Troli yang ada iklan warna oren hilang selepas tukar syot.

Tuesday, September 27, 2011

Diary Of A Wimpy Kid (2010)

1. Pada awal cerita, Greg minum dan makan bijirin dengan tak senonoh. Korang akan dengar air susu bijirin tumpah ke lantai. Namun, dalam syot seterusnya, lantai bersih dan tiada kesan air dan bijirin.

2. Kesan susu di atas meja hilang Greg semasa berlari lepas letak ubat gigi atas berus gigi.

3. Cookies adik Greg hilang lepas tukar syot. Cookies muncul semula semasa adik Greg, Manny menjerit kearah Greg selepas dia kencing. Malah, semasa Greg datang ke meja, tangan adik Greg tidak pegang apa apa. Tukar syot, dia terus dilihat memegang roti bakar.

4. Pinggan adik Greg tiba tiba berubah kedudukan sedikit ke hadapan semasa mak ayah Greg datang ke meja makan.

5. Pelajar yang berlatih kat belakang Greg dan Rowley yang pada awalnya jauh tiba tiba berada dekat dengan tempat duduk penonton dan hampir ke kawasan berpasir secara tiba tiba semasa Greg dan Rowley hendak beredar.

6. Kotak susu yang dibuang oleh pelajar yang terjatuh atas tray Greg hilang tiba tiba apabila Fregley datang duduk bersamanya.

7. Semasa Greg kencing, Manny berjalan ke arah kanan pintu. Namun, semasa Greg terpancut kencing kat abangnya, emaknya datang sambil mendukung Manny dari arah kiri.

8. Cahay matahari tidak konsisten di antara syot.

9. Semasa Patty tundukkan Greg dalam gusti, Angie ambil gambar. Kedudukan rambut Patty turun ke bawah. Namun, semasa dalam newspaper, rambut Patty kelihatan terbang.

10. Posisi bebudak ni berubah dalam wide syot. Kelakar! Ha3. Dalam syot awal, kedudukan Greg di sebelah budak baju hijau. Kanak kanak perempuan di sebelah kiri Greg. Tetapi, syot seterusnya, kanak kanak perempuan tadi berada di katan Greg.

11. Benda di tepi Greg sekejap ada sekejap tak ada di antara syot.

12. Kedududukan alat tulis Greg berbeza kedudukan selepas tukar syot.

Monday, September 5, 2011

The A-Team (2010)

1. Kedudukan baju Faceman di sebelah bahu kanan tidak konsisten di antara syot. Kejap kemas dan kejap terbuka.

2. Malah, semasa Faceman disimbah minyak pun, kedudukan bajunya masih tidak konsisten diantara syot. Perhatikan juga tali gantung berbeza kedudukan selepas bertukar syot.

3. Faceman letak tin air atas tong. Tukar syot, Faceman tin air kembali berada di tangannya secara tiba tiba.

4. Kelibat krew kelihatan di cermin mata hitam Sosa.

5. Dua benda merah atas tong di sebelah Faceman hilang secara tiba tiba.

6. Semasa Faceman tanya pemberita ‘Are you French?’, kertas di tangan pemberita hilang secara tiba tiba selepas bertukar syot.

7. Fail Hannibal sekejap terbuka dan sekejap tertutup diantara syot. Malah, kedudukan juga berubah di antara syot.

8. Sparking yang berlaku di tayar belakang kiri (akibat tayar pancit) selepas ditembak Siso tiba tiba bertukar ke tayar belakang sebelah kanan secara tiba tiba selepas bertukar syot.

9. Beg muncul di tepi Baracus secara tiba tiba selepas bertukar syot.

10. Semasa Murdock hampir terkantoi sebab officer bertanya dalam bahasa Swahili, officer yang mula ragu ragu berkata ‘this is station 6…’ tetapi, dari pandangan depan, dapat dilihat kaunter itu adalah station (kaunter) 4 dan bukannya enam seperti yang dikatakan pegawai tersebut.

Sunday, August 21, 2011

Due Date (2010)

1. Kertas yang Peter tandatangan tiba tiba hilang di hadapannya selepas bertukar syot. Kertas tersebut tiba tiba berada di hadapan pegawai.

2. Semasa Ethan tunjuk wallet Peter, dapat dilihat Peter memakai spec hitam. Namun, syot seterusnya (bila Peter cuba nak ambil wallet dari Ethan), spec hitam tiba tiba hilang dan bulu mata Peter jelas dapat dilihat dari belakang.

Saturday, August 6, 2011

The Mechanic (2010)

1. Boom mic kelihatan di sudut atas frame semasa Arthur nak kuar lepas having sex with Sarah.

2. Sekali lagi boom mic kelihatan di sudut atas frame ketika Arthur bawa Steve masuk bilik baru di rumahnya.

3. Sekali lagi hey, boom mic kelihatan di sudut atas frame ketika Arthur bawa Steve jumpa mangsa yang nak dibunuh

4. Huh, penat! Sekali lagi, boom mic kelihatan di sudut atas frame semasa kat rumah Arthur.

5. Semasa pertarungan dengan lelaki gay ni, pinggan hijau yang berpusing pusing atas meja kelihatan berada di atas lantai secara tiba tiba selepas bertukar syot.

6. Penat dowh, kali ke lima boom mic dikesan adalah selepas Steve bunuh lelaki gay.

7. Ini kali ke enam ye pembaca sekalian. Boom mic dikesan lagi semasa adegan Arthur dan Steve berada dalam bar.

8. Ini kali terakhir boom mic dikesan muncul.. hah, penat!

(Rasanya, tak semua DVD version dapat tengok boom-mic ni sebab sesetengah DVD widescreennya berbeza beza ratio dan kemungkinan salinan DVD yang seterusnya juga mungkin akan menjalani proses re-editing, itupun kalau pengarah/penerbit sedar pasal ni)

Friday, July 22, 2011

Endhiran: The Robot (2010)

1. Tanda nama Dr. K Vaseegaran yang tiada pada wide syot muncul tiba tiba dalam syot close-up.

2. Posisi numpad berubah selepas bertukar syot. Pada syot robot tekan numpad, keadaannya lurus. Namun, sewaktu buka pintu, dapat dilihat numpadnya sudah senget.

3. Dr. Vaseegaran minta robotnya letak bunga atas meja. Dalam satu syot, dapat dilihat bunga ada atas meja. Namun, waktu robot Dr. Vasee tendang pembantunya, bunga atas meja tidak kelihatan lagi.

4. Kedudukan benda eletronik di sekitar telefon berubah dalam close-up syot secara tiba tiba semasa Sana call Dr. Vasee

5. Semasa Dr. Vasee perkenalkan Chitti kepada maknya, Dr Vasee berada di tepi Chitti. Tapi, bila Robo tunduk sembah, tiba tiba saja Dr. Vasee dan rakan rakannya berada di sebelah emaknya dan Chitti pula sorang sorang di tengah rumah. Malah, posisi yang awalnya kat tepi pintu, tiba tiba saja jadi kat tengah rumah.

6. Rambut Sana yang sedikit pendek di sebelah kanan bahunya tiba tiba jadi lebat/panjang selepas tukar syot.

7. Semasa Chitti pusing lompat nak terjun ambil purse Sana, tak ramai orang yang berada di belakang Chitti. Namun, syot seterusnya menunjukkan ada lelaki cina/korea yang tetiba muncul kat belakang Chitti.

8. Semasa Chitti datang kembali nak selamatkan Sana, bayang Chitti jatuh atas dalam landasan keretapi. Syot dari dalam keretapi pula menunjukkan bayang Chitti tiba tiba berada di luar landasan keretapi.

9. Botol hijau tiba tiba muncul atas meja. Pada awal babak, tiada kesan botol hijau (botol Sprite) di belakang botol besar. Namun, bila botol hijau itu tiba tiba saja muncul, terus botol besar tersebut ada bayang berwarna hijau.

10. Sewaktu Chitti selamatkan mangsa pertama kebakaran, jelas dapat dilihat bahawa Chitti pada masa ini lebih nampak seperti manusia yang memakai kostum. Memang pun. Perhatikan leher Chitti yang hitam keseluruhannya berbanding Chitti binaan CGI.

11. Kolar Chitti yang rapat ke dada tiba tiba menegak dalam syot lain.

12. Tangan Sana yang berada di bawah tetiba berada di mulut selepas bertukar syot.

13. Kedudukan bom atas meja berubah semasa Chitti cakap ayat ‘jiwang’. Namun, bila general semua bangun, korang akan lihat kedudukan bom kembali seperti pada awal babak.

14. Perhatikan daging di dagu Chitti. Pada awalnya, daging di dagu Chitti tak banyak sehinggakan nampak besi besinya. Tapi, lepas Dr. Vasee hentam mata Chitti, daging di dagu Chitti tiba tiba jadi banyak.

15. Semasa polis bermotor buka pintu untuk bebaskan Sana dari Chitti, Chitti gunakan kuasa dan tarik sabit dari penjual kelapa sehinggakan kena lengan polis tersebut. Namun, dalam syot seterusnya, polis yang terkena sabit masih rileks, tenang dan sabit tadi tiada di tangannya dan steady bawa motor.

16. Chitti bentuk bola berkumpul semula atas tar yang di hadapannya adalah kawasan berumput. Tetapi, waktu Chitti nak pecah semula, bola tersebut tiba tiba berada di tengah tengah rumput.