Nah, ini dia filem 8 juta punya kecuaian.
1. Semasa Tasnim duduk dan bersembang, tiada gelas air di sebelah kanan meja (gambar atas). Gelas tiba tiba muncul dalam satu sudut lain tanpa diberikan sesiapa (gambar bawah).
2. Tasnim lempar suratkhabar atas meja karom. Suratkhabar menindih gelas air (gambar atas). Namun, dalam satu sudut lain, jelas dilihat bahawa tiada surat khabar menutupi gelas air dan surat khabar tadi tiada atas meja karom. Strawnya kelihatan jelas di tepi sekali (gambar bawah). Surat khabar itu kejap ada kejap hilang sehingga habis babak.
3. Kedudukan alatan atas meja doctor berubah posisi secara tiba tiba dalam sudut yang berlainan. Gambar atas menunjukkan alatan tersebut menegak di hadapan doctor, gambar bawah pula menunjukkan alatan tersebut miring ke kiri. Kedudukannya berubah rubah sehingga habis babak
4. Sewaktu Wan terkejut tengok gambar dia ditampal di pintu kedai, dia koyakkan semua poster (gambar atas) sehingga tidak satu pun tertinggal. Namun, sewaktu dia pergi koyakkan poster di tiang besar, masih kelihatan dua poster yang tiba-tiba muncul kembali di pintu kedai (gambar tengah). Sewaktu Wan lari ke kereta, dua poster kemudiannya menjadi tiga. Terdapat satu poster pink muncul secara tiba tiba. Bukan ke tadi dia dah buang semua poster?
5. Sewaktu Azim menahan lorinya dari bergerak, dapat dilihat bayang kaki kru yang menolak lori tersebut. Secara teorinya, bayang tayar akan mengikut pergerakan tayar dan tidak akan menjadi pendek dan panjang tanpa apa apa sebab. Jadi, perhatikan bulatan dan tonton sendiri, anda akan nampak bayang bayang itu kejap ada kejap tak ada malah nampak seperti bayang dua kaki, seperti kaki orang yang berjalan.
6. Straw yang rapat dengan sudu tiba tiba berubah menjadi jauh antara satu sama lain sebelum jadi rapat semula sehingga habis babak.
7. Air laici milik Azim yang pada awalnya kurang sedikit tiba tiba menjadi penuh gelas. Perhatikan garisan di tepi gelas (gambar atas) yang kemudian tidak kelihatan pada gambar bawah.
8. Kedudukan straw dan sudu yang duduk jauh antara satu sama lain rapat secara tiba tiba. Azim tak minum pun air tu, fikirkan bagaimana straw dan sudu tu boleh bergerak dan berubah.
7 comments:
blog ni best ! suke tgok gmbr ni!hahaha
mengarut, remeh temeh je pun.. hollywood pun byk silap cmni, biasala....
Masalah kecik jer nie...
ingatkan masalah yg serius...
aper2 pun.. citer nie best...
selamat menonton...
ni kan cite hantu.. tu pasal byk yg berubah tempat tu.... seramnyerr
ada satu lagi.... ehehehe.... nombor yang Tok Bomoh Bagi tu 1302 kan dah kuar dalam surat khabar pagi tu yang Azim check masa dalam lori....
yg nampak kaki tolak lori tu yg xtahan tu..hahaha,,,
wah details gile dpt tgk silap2 nie,terbaik lah! ntah berapa kali ulang cerita neh yek,hihi
Post a Comment