Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Tuesday, October 11, 2011

Bini Biniku Gangster (2011)


1. Dalam babak awal, dua geng nak bertarung. Korang akan nampak diorang ni berada dekat giler2 dalam satu syot sampai tangan mereka bertemu. Tapi kenapa dalam syot lain, jauh bebenar diorang? Sampai nak bergaduh pun terpaksa berlari ke arah geng lawan.

2. Semasa telefon dua ketua geng bunyi, ada dua pelakon extra kat belakang. Satu pakai baju ungu dan satu lagi hitam putih. Tukar syot, pelakon baju ungu itu hilang. Mungkinkah pelakon ungu itu yang terbaring itu? Hmm. Pelakon baju ungu sekejap ada sekejap tak ada between syot.

3. Lepas habis jawab telefon, dua geng akhirnya mengalah. Yang tak bleh blahnya, semua extra yang rebah semuanya relek je mengundur. Bila masa pula diorang bangun? Hmm..

4. Semasa Herry jatuh tangga, Manja datang dan berdiri di tepi dinding tangga, namun, semasa . pergi kerja, kita akan lihat kedudukan Manja sudah berada di tengah tangga sedangkan dia tak bergerak pun sepanjang babak.

5. Sudu tom yam (rasanya), yang awalnya berada lebih dalam dalam mangkuk tiba tiba naik atas sedikit secara tiba tiba. Malah, posisinya juga terbaik, secara tiba tiba selepas bertukar syot.

6. Semasa seorang extra ni bergaduh, dia buat lompatan. Kayu muncul di tepi tayar belakang kereta, sebelum hilang semula dalam syot seterusnya. Malah, posisi extra baju biru dan merah juga berubah kedudukan between syot.

7. Semasa extra baju kuning kena tendang, kita akan lihat kerusi muncul di hadapan kotak sebelum secara tiba tiba.

8. Almari tiba tiba je tumbang. Sedangkan bunyi almari jatuh tak ada pun kedengaran.

9. Manja letak beg merah di tepi bila dia masuk rumah. Kedengaran bell di pintu berbunyi. Manja pun pergi buka pintu. Di bahu kanannya tiada beg. Namun, selepas dia ambil sampul, beg merah tiba tiba muncul.

10. Semasa dua geng ni bergaduh lagi, ada dua tiga orang extra yang rebah. Tapi, syot tinggi menunjukkan semua sedang berdiri bergasak. Mana yang rebah tadi ek?

11. Semasa manja sentuh dan tarikh geng Kepala Kucing, pelakon extra yang tiba tiba terbaring entah pasal apa muncul dalam syot seterusnya. Perhatikan extra baju kuning tu akan jatuh sekali lagi selepas itu. Silap susun rasanya nih.

12. Kedudukan extra baju kuning berbeza between syot. Extra pakai baju merah sekejap hilang sekejap ada.

13. Bayang atas rumput hilang. Menunjukkan timeline yang cukup lama untuk babak ni sehinggakan matahari pun dah hampir rebah.

14. FAKTA atau AUTA: Manja cakap dekat Muza dan Totty, kalau nak kenal Min Siam, kat lengan dia ada tatu naga berkepala kucing. Tetapi, apa yang kita dapat lihat di lengan Min Siam, sepanjang filem hanyalah tatu naga tanpa kepala.

15. FAKTA atau AUTA: Semasa Manja tanya ‘Mana suami aku?’, Mat Saja jawab, ‘Mana aku tau, aku tak jaga dia.’ Manja berkata ‘Aku tak tanya kaulah, Endok!’. Nama Endok merujuk kepada salah seorang kuncu geng Manja, jika anda lihat babak semasa Manja call seseorang (Endok) selepas Mat Saja berikan gambar Herry dan Reanna. Mat Saja bukan datang dari mana mana geng. Watak Endok tidak pernah muncul dalam filem ini. Dan Mat Saja bukanlah Endok. Sepatutnya dialognya ‘Aku tak tanya kaulah, Mat Saja!’.

15. FAKTA atau AUTA: Sebutan Reanna dari bibir ayahanda Halim di akhir filem bertukar tukar. Reanna disebut Diana, kemudian Rina kemudiannya Diana semula, sebelum Rina kembali semasa ‘suami didahulukan…’. Mungkin lidah tergeliat kot nak sebut Reanna.

16 comments:

Unknown said...

terbaik la ko..sekali filem ni berapa kali ko tgk ek samapai ko leh ulas satu-satu ni....

kakngah said...

kat babak yg manja terima envelop depan pintu rmh. memula dia dah letak beg, lepas tu bila nak bukak envelop, dia sandang beg la pulak....
kalau tak silap la..

Anonymous said...

Aku rase ENDOK tu gelaran utk sape2. Lebih kurang mcm DOWH (budak2 slalu gune). "Aku mane tau DOWH". Manja cube menggunakan bahase yg org2 gengter cube gune.

slumber said...

endok tu cm gelaran kte kt orang la. bese orang johor gne. dlu i pun gne gak ngn mbe mbe..

faten iefa said...

bia lha cm ne pon..pk lha...xkn na wt shoot btrosan tnpe hnti..ko lha plak wt k..jgn na komplen je kje...lg satu..."KEPALA KUCING" k...bknyE "KELAPA KUCING"...NUM 11...wt malu je...!!

Megat said...

ko mmg kritis la..lebih ramai org macam ko lebih maju filem kita.Mka pembuat filem kena la pastikan kualiti terjamin

faten osman said...

aku tak rasa kaw 'keje nak komen je' beb.
just for fun kan
no hard feeling

nice :)
pemerhatian kaw mmg tajam

Anonymous said...

mate u x bpe tajam lg la..klu u prasan la bedges r buton yg de kt jaket Herry 2 slalu 2ka2..hehehe..endok 2 panggilan la..cm bro...org johor slalu gne bhasa 2..yana kn org johor..ermm..lg 1 bkn "endok" tp "ndok"

Anonymous said...

sebenarnya mistake nie bukan filem malaysia jer...
ko tengok citer luar siap ada mistake cgi, adobe, dan another...
cuma just take it fun..
tak ketara mistake takpela..
janji klau dubbing bunyi jngan lari dahla...

Anonymous said...

apakata ko try ulas ayat al quran plak.. dapat pahala lagi tu..

Anonymous said...

ko buat film ko pastu bia kteorg comment. ok? :D . nak cari kesalahan orang memang senang . . diri sendiri?? :)))))

DaYaH JeLitA said...

ni hobi dia lantak dia la utk kepuasan diri sendiri korang sebokk je

Anonymous said...

haha gud job!teliti sungguh...aku banyak gak pasan kesilpan dlm cite nie sebb aku suka repeat tgok trutama tang beg kat bahu anje tuh ...

Anonymous said...

PEMBETULAN no 8; kalau tengok betul-betul almari tu memang geng manja yang jatuhkan. :B

Tengok betul-betul lah derr. ok btw bgus le blog ni bukakan mata

Terbelog said...

wah..telitinyer

Terbakor said...

aku pun adae pasan shot2 pelik dalam filem ni huhu