Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Saturday, December 25, 2010

4 Madu (2010)

Filem kali ini, 4 Madu.

Tali beg Ghasidah berbeza beza kedudukan dalam syot berlainan.

Ros yang menepuk bahu kanan ayahnya (gambar atas) tiba tiba menepuk bahu kiri (gambar bawah).

Fail berbeza kedudukan. Kepala fail berada di atas garis hitam (gambar atas). Kepala fail berada di bawah garis hitam secara tiba-tiba (gambar bawah)

Tas tangan yang berada di sebelah pasu mini tiba-tiba hilang (gambar tengah) sebelum kembali semula, tetapi kali ini di belakang pasu (gambar bawah)

1 comment:

Anonymous said...

perihatin sungguh la tuan hamba~