Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Sunday, December 26, 2010

Cicakman 2: Planet Hitam (2010)

Jom tengok benda yang penonton tak perasan dalam filem Cicakman 2: Planet Hitam.

Kedudukan kaki lampu (yang dibaling waktu gaduh2) berubah kedudukan tiba tiba semasa Rrama mahu keluar dari rumah Abu Bakar. Malah, benda yang berada di depan tangga (tak dpat dikenalpasti) yang jauh dari tangga dilihat berada dekat dengan tangga secara tiba tiba.

Tongkat Iman tiba tiba hilang semasa Iman tunduk kutip pakaian. Lihat aras engsel almari. Tongkat Iman disandarkan atas daripada engsel (gambar atas). Mana mungkin tongkat itu tidak kelihatan dalam gambar bawah kerana engselnya kelihatan.

Perkataan yang dilekat kat cermin kereta penjahat tidak kelihatan dalam babak kereta yang menggunakan CGI.

Sewaktu Miss Chee tilik Hairi, ada 6 ketul biji emas kelihatan di meja. Sewaktu Hairi pulangkan ketulan emas, tiba tiba ia ada 7 biji.

Adegan akhir sekali, sewaktu Tania bersalam dengan Hairi, kertasnya yang bersaiz a4 tidak berlipat tiba tiba terlipat selepas bertukar syot.

No comments: