Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Monday, April 26, 2010

Adnan Sempit (2010)

Hari ni baru laa smpt nk update. Okeyh, lama dah kita tak tgk mistake dalam filem Malaysia ekh. Selepas dok gatal2 g komen Niyang Rapik, aku nak bawak korang tgk mistake yang korang x perasan ada dalam Adnan Sempit. Mungkinkah ini faktor yang menyebabkan Adnan Sempit mendapat tempat di hati penggemar dilem Malaysia??
Ok, rujuk gambar. Dari (1) hingga (3) adalah gambar Adnan bawak awek dia ni. Perhatikan bahawa cermin helmet Nadia (intan ladyana) terbukak dan menunjukkan mukanya. Ada mamat2 moto dok kacau diorang. So, si Nadia suruh wat tak tau jer. Perhatikan (4) cermin helmet Nadia jatuh dengan sendiri selepas Adnan tutup cermin helmetnya. Tukar kepada syot (5) sebelum tiba2 terbuka dalam (6) dan... tertutup balik.. dalam gambar di bawah.

perhatikan, bahawa stunt-double watak Nadia tiba2 menutup mukanya. Tiada continuity between (6) dan gambar diatas.

Seterusnya, waktu dalam kereta ni, perasan tak bahawa Nadia memandu keretanya di kanan jalan. Namun, dalam syot Adnan, kereta berada di kiri jalan. Syot akhir babak ini pula menunjukkan kereta di kiri jalan. Bukankah kita tengok tadi kereta Nadia berada di kanan jalan?

12 comments:

F.Aminurrashidd said...

wow! sangat teliti.. meh aku pomote link belog ko kat facebook aku meh. hehehehe

CikGu_MaN said...

wah... TQ fawezz... ngeh3

nuriz said...

goof tu pebenda..kesilapan dlm film ke huhu, sory tak tau.

CikGu_MaN said...

yup.. kesilapan dalam filem..

nurulsyazwani.nazlan said...

bangga siot membe ak bakal jadik director...=p man...t hg amik aku jadi mekap artis pon ok...:) gud job bro!!!

eijiazazee said...

memang sempoi ar bro...
nmpk gak ar goof dlm adnan sempit tue..
tapi x nmpk beza sgt kot..

fadz said...

baguih!

faizal said...

aku suka blog macam ni,haha!

wanda arry said...

nak kena p tngok balik la camni

.::: Princess MOMOY :::. said...

Bro...u mmg teliti la...
susah nak cari blog yang best dan lain dr yang lain.
even reporter seni pun x nampak mende nih...

waden said...

benda macam ni pun ko boleh nampak? gile gempak ar ko.. +10!!

Ad_dEen said...

so kenapanya...takkan bawak kereta statik je..kalo de kereta lain bawak lembap ko x potong ke?
dah wizer helmet 2 nak tertutup secara coincidence nya x boleh ke? normal la kalo nak buka tutup tengah naik motor kan. nanti nak bersembang atas motor xde sape dengar weh..