Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Showing posts with label 2008. Show all posts
Showing posts with label 2008. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Sepi (2008)


1. Ada satu cawan air sirap yang kurang kuantitinya dapat dilihat semasa Adam mula duduk di meja dengan rakan rakannya. Namun, semasa Suzie datang, air dalam gelas tersebut tiba tiba penuh.

2. Sewaktu Adam patah balik nak sembunyi dari Aida, kolar kanan Adam berlipat. Namun, bila Adam pusing saja, kolar Adam lurus secara tiba tiba.

3. Kad jemputan kahwin yang berada di tangan kiri Aida tiba tiba berada di tangan kanan Aida secara tiba tiba.

4. Cara pegangan suratkhabar tetiba berubah dalam close-up selepas Adam minta Ilyana cuba resepi ikan kod.

5. Bayang matahari tiba tiba muncul mengenai belakang Zain selepas Sufi bertanya ‘awak jual ikan?’

6. Dalam adegan kat tepi jalan, memang difahami amat susah untuk mendapatkan kontinuiti untuk kenderaan extra yang lalu lalang. Yang paling x bleh blah adalah bas merah yang lalu di belakang syot Sufi tiba tiba bertukar menjadi van kebal HSBC.

7. Malah, jalan yang tadinya ada trafik, tiba tiba saja sunyi bila tukar syot.

8. Meja Imaan dan meja Ian yang pada awalnya sama posisi diantara dua meja berubah ke hadapan sedikit selepas Ian bangun dan keluar kelas secara tiba tiba. Ian tidak menolak meja ke hadapan. Malah, case merah juga berubah kedudukan secara tiba tiba.

9. Cahaya matahari kejap ada kejap tak ada secara tiba tiba between syot.

Monday, December 6, 2010

Antoo Fighter: Amukan Drakulat (2008)

Filem hari ini, dari Azizi Chunk Adnan, Antoo Fighter...

Dua pistol yang berada di kiri dan kanan Poh Jee kemudiannya berubah kedudukan.

Gaya duduk Poh Jee berbeza dalam dua syot berbeza. Perhatikan posisi kaki kirinya.

Selendang Pak Din yang ditiup api Drakulat menyebabkan selendangnya berada betul-betul di atas bahunya. Syot seterusnya menyaksikan selendang itu kembali berada di belakang Pak Din, sebelum Drakulat datang.

Lilitan selendang Pak Din berubah kedudukan.

Sewaktu hantu cina ditampak kad nombor ekor, toncang rambutnya berada di hadapan bahu. Kemudian, waktu serang geng Antoo Fighter, toncang rambutnya berada di belakang sebelum close-up syot (waktu dia mencekik geng Antoo Fighter) menunjukkan toncang rambutnya berada di hadapan bahunya.

Waktu Poh Jee berkonfrontasi dengan Drakulat, kotak yang berada di kanan Drakulat hilang dan muncul secara tiba tiba sehingga habis babak. Tak percaya? Lagi buktinya di bawah.

Sewaktu Poh Jee lepaskan tembakan dan Drakulat serang kembali..

Sewaktu Poh Jee serang kembali lagi...

Selepas gaduh dengan Drakulat, Poh Jee di campak ke altar.

Sewaktu Geng Antoo Fighter datang dan menyerang!

Tuesday, December 15, 2009

Twilight (2008)


Twilight pulak kali ni. Sungguh payah gak nak cari point2 mistake dalam filem pertama dalam trilogi nih. Papepon, aku jumpe satu. Ni dia...

Pasti korang ingat scene ni. Scene Bella ngn Edward kat rumah tanaman ni. Perhatikan (1). Ada dua orang wanita berjalan2 di hadapan pasangan ni. Kiri dan kanan. Perhatikann dalam (2) wanita kat sebelah kanan tak pakai topi. Bila Bella nak terjatuh, syot ditukar dan jadi (3). Dalam (3). Wanita yang kat sebelah kanan tetiba jer pakai penutup kpala..

tu je..

Wednesday, December 2, 2009

Evolusi: KL Drift (2008)


Disebabkn filem KL Drift ni banyak frame bergerak, so aku rasa x banyak sangat mistake. Yang besarnyer, ni na.. dalam scne terakhir filem ni. Watak Farid Kamil ni dilanggar oleh kreta Aaron, stunt double (maybe), bergolek naik dan sayap kat belakang kereta tu patah. Lihat (2) dan (3). Untuk better lagi, tengok sndri yer. Tapi, dalam (2) dan (3), korang perasan yang dalam (3), sayap tu dah naik sikit sbb dihempap lutut. Then, Aaron ni brek. Dan syot jauh kete Aaron dapati yang wing tu dah kembali semula... patah tumbuh hilang berganti... ahaha.. apekah?

Monday, November 23, 2009

Journey To The Center Of The Earth (2008)

Filem ni lakonan Brendan Fraser yang mengisahkan ttg 3 orang yg mengembara dlm perut bumi. Disebabkan filem ni filem fiksyen, so.. ketepikan segala pemikiran ttg fakta betul salah. Tengok untuk fun saje yer..

tapi, dlm scene di atas, memang satu mistake yg dapat dikesan. Scene ni selepas budak ni terdampar kat tepi pantai sbb pegang layar kapal yg nk terlepas. Dalam (1) kita tgk yang budak ni pakai glove. Tapi, tanpa glove tu dibukak, terus (2) dia minum air tu tanpa glove di tangan. Then. Syot (3), terus ada glove balik. ngeh2...