
1. Ada satu cawan air sirap yang kurang kuantitinya dapat dilihat semasa Adam mula duduk di meja dengan rakan rakannya. Namun, semasa Suzie datang, air dalam gelas tersebut tiba tiba penuh.

2. Sewaktu Adam patah balik nak sembunyi dari Aida, kolar kanan Adam berlipat. Namun, bila Adam pusing saja, kolar Adam lurus secara tiba tiba.

3. Kad jemputan kahwin yang berada di tangan kiri Aida tiba tiba berada di tangan kanan Aida secara tiba tiba.

4. Cara pegangan suratkhabar tetiba berubah dalam close-up selepas Adam minta Ilyana cuba resepi ikan kod.

5. Bayang matahari tiba tiba muncul mengenai belakang Zain selepas Sufi bertanya ‘awak jual ikan?’

6. Dalam adegan kat tepi jalan, memang difahami amat susah untuk mendapatkan kontinuiti untuk kenderaan extra yang lalu lalang. Yang paling x bleh blah adalah bas merah yang lalu di belakang syot Sufi tiba tiba bertukar menjadi van kebal HSBC.

7. Malah, jalan yang tadinya ada trafik, tiba tiba saja sunyi bila tukar syot.

8. Meja Imaan dan meja Ian yang pada awalnya sama posisi diantara dua meja berubah ke hadapan sedikit selepas Ian bangun dan keluar kelas secara tiba tiba. Ian tidak menolak meja ke hadapan. Malah, case merah juga berubah kedudukan secara tiba tiba.

9. Cahaya matahari kejap ada kejap tak ada secara tiba tiba between syot.
No comments:
Post a Comment