Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Showing posts with label arkib hollywood. Show all posts
Showing posts with label arkib hollywood. Show all posts

Friday, August 22, 2014

Captain America: The Winter Soldier (2014)

 
1. Captain America berlari di tepi kapal. Tukar syot, entah macam mana pulak dia datang dari tengah kapal dan tendang penjahat. 

2. Captain America buat lompat katak sebelum tendang. Laut berada di sebelah kanan penjahat. Tapi, tukar syot, laut berada di sebelah kiri penjahat. Seolah olah Captain America datang dari arah bertentangan. 

3. Tangga yang berada di kanan depan Captain America tetiba berada di belakang selepas tukar syot. 

4. Tangan Black Widow yang diletakkan di tangga hilang selepas tukar syot, sebelum muncul semula dalam syot seterusnya. 

5. Captain America tendang sampailah dekat dengan dinding berdekatan kotak bertindih, dan kemudiannya, tukar syot, Captain America buat tendangan pusing dekat dengan helmet dia (kawasan tengah), jauh dari kotak bertindih. Bila masa pula diorang ni ke tengah semula? 

6. Tiba tiba saja kawasan belakang dilindungi awan. Padahal sebelum tu cerah je! 

7. Tangan Mr Pierce yang berada dalam poket tetiba ada di luar poket selepas tukar syot. 

8. Kereta hitam di tepi kereta polis hilang tiba tiba selepas tukar syot. 

9. Masa Winter Soldier tembak, korang akan perasan di tengah jalan, antara dua lorong ada pokok pokok. Tukar syot, korang akan perasan yang Nick Fury memandu di jalan yang di tengah lorong tiada pokok langsung. 

10. Lelaki kulit hitam yang lalu di tepi Captain America hilang tiba tba lepas tukar syot. 

11. Hood Black Widow tiba tiba terjatuh dari kepala lepas tukar syot. 

12. Captain America yang pandang ke arah kanan tetiba dalam posisi pandang kekiri dalam syot seterusnya. 

13. Kesan cakaran Winter Soldier hilang selepas tukar syot. 

14. Kereta yang berpusing pusing tidak kelihatan dalam syot Falcon berpusing pusing atas jalan. 

15. Kedudukan bas yang terbalik berbeza semasa Captain America terpelanting dan syot Black Widow ditembak Winter Soldier. 

16. Winter Soldier tembak dua kali. Tapi, yang muncul kat cermin ialah 3 kesan tembakan. 

17. Kedudukan cip lebih jauh dari garisan selepas tukar syot. 

18. Winter Soldier tolak Captain America. Captain America ambil cip. Tukar syot, cip tersebut berubah posisi berada di dalam garisan tiba tiba sebelum Captain America ambil.

Thursday, April 18, 2013

Twilight: Breaking Dawn Part 2 (2012)

1. Lengan Jacob tetiba ada atas bantal lepas tukar syot. 

2. Tangan Bella sekejap bermain dengan rambut Edward dan sekejap berada di kepalanya sendiri diantara syot. 

3. Masa Jacob datang jumpa Charlie, batang kayu tepi kapak terbaring. Tetiba masa Edward buka baju, kayu tu jadi tegak walaupun Charlie tak sentuh pun. 

4. Sebelum Jacob buka seluar dan tukar jadi wolf, batang kayu tu tetiba hilang dari pandangan lepas tukar syot. 

5. Tepi kotak yang mendatar masa Edward baca surat tiba tiba jadi tegak masa Bella ambil surat dari tangan Edward. 

6. Helaian Merchant of Venice tiba tiba jadi kotor masa Bella padankan dengan buku di rak. 

7. Pisau tiba tiba muncul atas napkin. 

8. Masa Edward, Bella, Jacob n Renessme berhenti dan berpaling, tak ada pun kaum kerabat vampire kat belakang. Beberapa syot kemudian, geng geng vampire muncul tiba tiba di sebelah kanan frame. 

9. Jam tangan hilang tiba tiba lepas tukar syot. 

10. Si vampire ni sambar leher dengan tangan kanan. Tukar syot, tangan kiri pulak ada kat leher. 

11. Masa Bella ditolak Aro, jelas dia pakai kasut high heel. Tapi bila masa Edward baling Bella untuk tendang Aro, kasut Bella tiba tiba jadi kasut boot biasa. 

12. Tangan Edward yang ada di dada tiba tiba ada kat perut lepas tukar syot.

Wednesday, February 13, 2013

Skyfall (2012)

1. Motor yang dinaiki Bond hilang tiba tiba. 

2. KANTOI: Masa Bond jatuh atas koc dan hampir jatuh ke tepi, Bond pengang kuat sebab nak naik semula atas bumbung koc. Sebenarnya, Bond hanya berpura pura. Ada papan / support yang membantu Bond untuk melakukan aksi tersebut. Korang akan nampak papan yang dibina di tepi koc untuk scene tersebut semasa Eve sedang berbual dari atas jambatan. 

3. Masa M buka lampu, Nampak kertas labeI botol wain Bond berada di sebelah kanannya. Tukar syot je, label botol wain tu berada di sebelah kiri Bond tiba tiba. 

4. Tangan yang mengenggam kejap terbuka kejap genggam batang between syot.

5. Kertas kat bawah lengan M yang terselit di bawah fail Bond tiba tiba ada jauh di sebelah fail tiba tiba. 

6. Celahan kecil bangku panjang yang diduduki Bond hilang dalam syot seterusnya. Malah, kain kot Bond yang berada di depan bangku tiba tiba ada di tengah bangku. 

7. Rokok yang ada kat tepi bahu tiba tiba ada kat bawah sebelum dalam syot seterusnya, ada kat atas tepi bahu semula. 

8. Jarak penjahat yang pengsan atas titi kecil tu berbeza masa pembantu Bond sepak kepalanya dan masa Bond berjalan keluar dari situ. Awalnya Nampak dekat dengan tiang. Seterusnya, jauh sedikit tiba tiba. 


9. FAKTA @ AUTA: Bond masukkan alat pengesan dalam kocek kanannya masa atas kapal layar. Tapi, di akhir babak kat pulau, Bond keluarkan alat tu dari tangan kirinya. Which shows that benda tu macam berada di kocek kiri. Bukankah sepatutnya Bond keluarkan benda dari kocek kanan menggunakan tangan kanan? Pada masa Bond sedang memegang pistol di tangan kanan, amat pelik a.k.a mustahil Bond menggunakan tangan kirinya untuk seluk kocek kanan. 

10. Masa Silva turun tangga, dua orang lalu tepi dia. Tukar syot, tetiba dua orang tu hilang dan jadi seorang lelaki yang lalu. Padahal mereka tak sempat belok lagi. 

11. FAKTA @AUTA: Waktu Silva melarikan diri, ianya adalah waktu puncak. Orang ramai giler kat stesen. Tapi, bila keretapi jatuh lepas Silva buat lubang kat landasan, keretapi kosong tanpa penumpang. 

12. Masa awal scene jam tangan M tunjuk pukul 3. Dalam scene yang tak sampai 1 jam ini, tiba tiba saja sebelum Silva datang, jam sudah menunjukkan jam 3.55. 

13. Tangan M yang pegang fail tiba tiba tak pegang fail pulak lepas tukar syot.

Tuesday, January 29, 2013

The Dark Knight Rises (2012)

1. Mula mula dia berdiri di tengah lorong. Tukar syot, dia bersandar kat kerusi kapal terbang. 

2. Masa beg hitam dibawa masuk, korang akan perasan yang seorang mamat tu dah turun ke bawah dan seorang lagi nampak menyenget je turun (mungkin kurang balance) dan terturun sekali ke bawah. Tukar syot, mamat ada kat atas beg hitam, turun semula dengan tali dengan selamba. 

3. Masa jet tu nak dijatuhkan, tetiba ada tangan pegang tali yang kedudukannya adalah di tepi Bane. Namun, syot seterusnya tidak pula nampakkan kedudukan tu.

4. Malah, masa yang sama, sebelum Bane tekan punat, korang akan perasan yang ada satu baris kerusi di belakang. Tapi tukar syot, baris kerusi tu hilang. 

5 . Lengan mayat bengkok tiba tiba selepas Blake dekati. 

6. Tongkat tiba tiba muncul depan Wayne. 

7. Lepas tu, dari tongkat saja, tukar syot lepas tu, tangan Wayne muncul atas tongkat. Dan selepas tu, tangan dia ada atas tongkat dan sekejap dari satu syot lain, tongkat sahaja kelihatan. 

8. Buku atas kerusi di sebelah Wayne berubah posisi walaupun tak disentuh. 

9. Masa Bane suruh keluar dari wallstreet, mamat yang dok download data tu dah lipat laptop tablet dia. Tukar syot, dia baru nak lipat tablet dia sekali lagi sebelum masuk beg. 

10. FAKTA @ AUTA: Bahagian bawah (yang terbuka) penghadang jalan itu sepatutnya menghala ke arah bank, seperti mana syot awal. Tapi, tukar syot, bahagian bawah itu menghala arah sebaliknya hinggaakan Bane boleh guna sebagai ‘bukit’ untuk motornya melarikan diri. Polis ni silap pasang ke, or syot tu yang silap a.k.a penulis mati akal? 

11. Catwoman jatuh dan terbaring. Tukar syot, tiba tiba je dia dalam keadaan berdiri nak lepaskan tali! Hebat! 

12. Lipatan surat khabar di sebelah kiri Wayne menjadi tegak selepas tukar syot. 

13. Blake pegang fail di tangan kiri. Tukar syot je, tiba tiba fail tu ada kat tangan kanan. 

14. Masa Bane tanggalkan serpihan topeng Batman, dia pegang bahagian bawah muka topeng. Tukar syot, tetiba Bane dilihat memegang tanduk topeng sebelum dia lepaskan topeng tersebut. 

15. Handphone (or maybe audio recorder) muncul tiba tiba atas meja di hadapan Kyle tanpa dikeluarkan oleh siapa siapa. 

16. Hanphone (or maybe audio recorder) tetiba saja ada di hadapan Blake masa fail dihempas padahal tak ada siapa pun letak telefon tu kat situ. 

17. Tetiba saja topeng Catwoman ada atas kepala.

18. Masa trak bawa bom jatuh ke jalan bawah, dia hentam batang lampu. Batang lampu tu mendarat di sebelah kanan trak. Syot belakang menunjukkan batang lampu tidak kelihatan lagi sebelum muncul semula dalam syot seterusnya.