Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Thursday, April 18, 2013

Twilight: Breaking Dawn Part 2 (2012)

1. Lengan Jacob tetiba ada atas bantal lepas tukar syot. 

2. Tangan Bella sekejap bermain dengan rambut Edward dan sekejap berada di kepalanya sendiri diantara syot. 

3. Masa Jacob datang jumpa Charlie, batang kayu tepi kapak terbaring. Tetiba masa Edward buka baju, kayu tu jadi tegak walaupun Charlie tak sentuh pun. 

4. Sebelum Jacob buka seluar dan tukar jadi wolf, batang kayu tu tetiba hilang dari pandangan lepas tukar syot. 

5. Tepi kotak yang mendatar masa Edward baca surat tiba tiba jadi tegak masa Bella ambil surat dari tangan Edward. 

6. Helaian Merchant of Venice tiba tiba jadi kotor masa Bella padankan dengan buku di rak. 

7. Pisau tiba tiba muncul atas napkin. 

8. Masa Edward, Bella, Jacob n Renessme berhenti dan berpaling, tak ada pun kaum kerabat vampire kat belakang. Beberapa syot kemudian, geng geng vampire muncul tiba tiba di sebelah kanan frame. 

9. Jam tangan hilang tiba tiba lepas tukar syot. 

10. Si vampire ni sambar leher dengan tangan kanan. Tukar syot, tangan kiri pulak ada kat leher. 

11. Masa Bella ditolak Aro, jelas dia pakai kasut high heel. Tapi bila masa Edward baling Bella untuk tendang Aro, kasut Bella tiba tiba jadi kasut boot biasa. 

12. Tangan Edward yang ada di dada tiba tiba ada kat perut lepas tukar syot.

No comments: