Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Saturday, April 13, 2013

Budak Pailang (2012)

 
1. FAKTA@ AUTA: “…menghempas hempas pinggan mangkuk semua ni… pinggan aku yang pecah ni sape nak bayar… itu pinggan aku dah jatuh, dah pecah tu, sapa nak bayr tu?”. Masa mak Badrul kata ayat ayat di atas, sebenarnya tak ada pun pinggan jatuh atas lantai masa Badrul masuk dapur. Yang ada pun hanyalah bunyi penutup periuk nasi yang terjatuh atas lantai. 

2. Kerusi berubah kedudukan tiba tiba selepas tukar syot. 

3. Kerusi merah tiba tiba bertukar jadi bangku panjang. 

4. Bangku panjang tiba tiba je tumbang walaupun tak ada siapa pun yang jatuhkan. 

5. She letak tangannya di dagu. Tukar syot, tangannya tiada di dagu dan dia baru nak letak tangannya di dagu semula. 

6. Cebisan kotak tiba tiba muncul atas lantai. 

7. Payung biru kuning dah jatuh. Tukar syot, payung biru kuning tu tegak balik. 

8. Pelakon ekstra tu mula mulanya perempuan baju kuning tu masuk dulu kemudian diikuti lelaki baju merah. Tukar syot, perempuan baju kuning kat luar dan lelaki baju merah ada di dalam kereta pulak. Malah, perasan atau tidak, tangan She sekejap dibengkok sambil pegang purse, dan sekejap lurus ke bawah. 

9. Beg yang terbaring kat bawah tetiba tersandar bila Badrul dilempar ke dinding. Adegan Badrul dilempar ini dirakam dua kali. Anda akan perasan beg yang terbaring itu tersandar tiba tiba in a blink je. 

10. Api yang menyala dalam tong padam tiba tiba. 

11. Langit yang kelam tiba tiba jadi cerah selepas tukar syot. Tiba tiba juga, susasana malam bertukar menjadi pagi. 

12. Kotak dan plastik muncul di atas hamparan biru bila Badrul jatuh. 

13. Awang berada di tepi bos. Tukar syot, dia ada kat belakang tiba tiba. 

14. Siku Badrul tiba tiba berubah keadaan tiba tiba selepas tukar syot. 

15. EQUIPMENT VISIBLE: Bayang kamera dikesan atas lengan. 

16. EQUPMENT VISIBLE: Bayang kamera juga dikesan di atas kotak.

No comments: