Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Friday, March 15, 2013

Pe3 (2012)

1. Tangan yang ada dalam poket tetiba ada di luar lepas tukar syot. 

2. Masa peragut kena tending, jam tangan muncul tiba tiba atas tar. Jam tangan itu hilang dalam syot seterusnya sehingga ada logam jatuh atas tar. 

3. Masa Fumi tumbuk peragut, ada besi jatuh atas tar. Logam tu, dalam syot demi syot, jadi sekejap jam tangan (yang mana hilang sekejap tadi), dan sekejap jadi logam semula berselang seli. 

4. Cahaya matahari sekejap ada sekejap tak ada. Menunjukkan jarak masa penggambaran adalah lama. 

5. Beg hilang dan muncul semula. 

6. Sebelum buka pintu, Fumi letak kamera tepi bantal yang menghadap ke arahnya. Tapi, masa rakan Fumi tolak Fumi, kamera tu ada jauh dari bantal tadi tiba tiba. 

7. Kain atas sofa berbeza kedudukan dalam syot seterusnya walaupun takde orang sentuh. 

8. Kaki atas lantai tetiba ada atas kerusi lepas tukar syot. 
9. Kuncu kuncu yang kawal jalan yang duduk jauh dari kereta tetiba jadi dekat dalam syot seterusnya. 

10. Watak extra (Yus Jambu) yang duduk mencangkung tetiba je dalam keadaan berdiri selepas tukar syot. 

11. Fumi pegang handle jet ski. Tapi, masa syot close up yang Fumi ada cakap “mercun bola”, tangan kirinya tetiba memegang pistol yang entah datang dari mana. Malah,  orang kat belakang fumi pun xde dalam close-up.

No comments: