Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Sunday, March 3, 2013

Ngorat (2012)

1. Keyra pegang bawah kotak popcorn awalnya. Tukar syot je, dia tetiba saja pegang tepi. 

2. Masa Rizal pegang bahu Ijam, besi tali beg Ijam tertutup dengan tangan Rizal. Tukar syot, besi tali beg Ijam tetiba saja kelihatan padahal tangan Rizal masih di tempat yang sama. 

3. FAKTA @ AUTA: Ijam google Arjuna Kasih selepas balik rumah. Lepas tekan search, terus laman web Arjuna Kasih muncul. Autanya, kalau google, bukankah akan kluar google search dulu sebelum keluar website yang kita nak?? Hmm… 

4. KANTOI!: Nampak jelas yang visual Arjuna Kasih tu tak dimasukkan dengan kemas ke dalam skrin laptop. 

5. Buku Ijam sekejap dah terlipat dalam satu syot, dan satu syot lagi, dia masih nak buka buku. Keadaan sekejap terlipat sekejap sedia nak buka buku between syot. 

6. Tangan tetiba ada kat tepi telinga padahal dalam syot awal, hanya kelihatan rambut je. 

7. Awalnya handphone ada bawah telapak tangan Keyra. Tukar syot, handphone ada celah jari Keyra. 

8. Cara Keyra pegang kotak tetiba berubah. 

9. TIba tiba je tali beg Keyra terlindung kolar dalam syot seterusnya.

No comments: