Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Monday, October 25, 2010

Mantra (2010)

Mantra, filem pertama aku tengok ada nudity. Pergh, berani siot. Even rasanya babak yang punggung tu bukan real rasanya, tp mmg buat aku terkejut. 4 kesilapan minor yang aku nampak dalam filem ni ialah...
tulisan jawi di dinding yang kelihatan penuh, tiba-tiba menjadi kurang bila bertukar syot.

Lalang atas badan yang menghala ke siku, bertukar melingkari perut Muzir. Mulut Muzir pulak, yang dalam close-up terbuka, tiba-tiba tertutup dalam wide-syot. Lalang berhampiran kepalanya juga hilang dalam widesyot.

Ikatan kelambu yang tiba-tiba bertukar style dalam syot berbeza

Kedudukan bantal berubah kedudukan. Kejap di badan, kejap di kepala.


2 comments:

Belalang hijau Perisik said...

perh...
betul2 pemerhati yang baik...
cayalah bro...

Adam Idris said...

hahaha
haritu tengok mantra smpai tertido...
Kureng laa..

http://adam-idris.blogspot.com/