Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Thursday, September 30, 2010

Lagenda Budak Setan (2010)

Kedudukan rantai Ayu, sebelum Kasyah letak cicak dalam air tin berubah-ubah kedudukan. Kejap dalam baju, kejap luar baju.

Kedudukan kolar baju Kasyah yang tiba-tiba kemas dalam close-up shoot

Pelakon extra (perempuan bawa kamera dan rakannya yang bertudung coklat), sudah melintasi Azmi dalam angle P.O.V Azmi. Kemudian, dalam syot lain (bila Ayu berlalu pergi selepas betengkar dengan Azmi), mereka lintas sekali lagi.

Extra muncul selepas bertukar syot semasa dialog 'Emak tengah sakit'. Malah, rambut Lisa, dan juga lengan baju juga suda berubah sedikit selepas tukar syot secara tiba tiba.

Dalam babak Kasyah didenda cikgu Loga, korang boleh nampak equipment dan kaki krew filem Lagenda Budak Setan

Rambut Ayu berbeza kedudukan diantara dua syot berbeza.

Kedudukan helaian buku yang dikoyak Azmi berubah-ubah kedudukan antara dua syot berbeza. Kedudukan meja di atas karpet juga kejap di pinggir karpet dan kejap di tengah karpet.

Ibu Ayu ditolak Azmi dan jatuh di hadapan jambak bunga. Namun, bila Azmi kejar Ayu, bunga tadi sudah berada di sebelah tepi ibu Ayu.

Rambut Kasyah yang hanya terkeluar di sebelah kanan pada awal syot tiba tiba terkeluar di kiri dan kanan ikatan kepalanya.

Lebam di mulut Kasyah hilang secara tiba tiba.

13 comments:

The Tearaway said...

hahaha....
nmpak crew dekat cermin mmg terbaik...

syg r the crew yg incharge x nmpak...

one2paii said...

ada 1 yang silap dalam filem nie..lu lupa nak add 1 lagi tuan rumah..kalo korang perhati betul2..gambar gua ado dalam tuh..tp bila gua tgok balik dah xdo..betui2 gua mmg de arituh..

Dhiaqiud said...

bese la..manusia x perfect..hehe..

Mr. Asada said...

hehehe... susah nak carik yang solid xde salah..

diorang yang shoot ni pun entah berapa kali ulang babak yang sama.. huhu..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

rajin dan teliti ko ni...aku baru terjumpa blog ni..me kasih

p[A]n[A]d[O]L said...

kekadang tue mmg notice, tp wat derk jer la...ehhehe

Razis Hamit said...

bgs betulla. sgt detail penelitiannya.. tp dlm citer tak npk sgt.. tu yg penting...hehehehe

Latest Entry Blog Razis "My 2nd Cheque from Nuffnang"

RAWSHADE said...

Nak download dan nak tgk..
Tp dah tau kat mana yg silap..
X pe laa.. Silap kecik jer..
X jejas kot.. =0)

Rebelle said...

haha..
teringat filem spiderman yang nampak microphone kat atas..
keh3~

nickname: J said...

ingatkan equipment sukan..
:P kihkihkih

cik mas said...

rajin plak g detail sesatu silap muvie ni ek.. haha..

DQ ART UNITED said...

detail tu tp ada lg yg tertinggal..part dialog ayu (lepas accident) baca diary dia blik..pasal air coke..g dgr baik2..anyway terbaik...

budakbandunglaici said...

pergh..sangat teliti ye..
tengok citer lagenda budak setan ni sampai nagis2..