Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Wednesday, September 15, 2010

Kapoww: Atoi The Ajaib Boy (2010)

Kapoww: Atoi The Ajaib Boy memang best. Drama dan komedi seimbang. Lawak slapstik sederhana, penuh dialog lucu, dan effect menarik dan tidak overdose. Jom, kita tengok 8 kesilapan yang dikesan dalam filem ini.

1. Lembu yang kejap dekat, kejap jauh. Payah betul yer nak kawal lembu tuh... ish3
2. Keadaan kepala Faibo, yang sekejap pandang Atoi, pastu tukar syot, tetiba jadi tak pandang, sebelum pandang semula... hahaha... 'Ini Kampung, Faibo yang punya... ehe'3. Mak Atoi buka kotak dalam kotak. Lepas dia buka, kotak kecil berada di antara dua lengannya, dekat di dadanya. Namun, bila tukar syot, tiba-tiba jer kotak tu duduk di tepi tangan kanan. Adeyh.
4.Kotak kecil dan kotak besar, nampak rapat dalam close-up, namun bila tukar syot, terus dua kotak tu berada pada jarak yang jauh.
5. Kedudukan rambut Siti. Tetiber je, bila Atoi dapat tengok dia dalam keadaan separuh bogel tu, rambutnya yang asalnyer panjang dan lebat di bahunya menjadi pendek dan kurang.
6. Kedudukan tali beg tangan mak geng Astroman yang berbeza between syot
7. Jarak kain belang2 dengan seluar yang tetibe jadi dekat dalam close-up syot. Adeyh
8. Bayang kamera/boom mic masuk frame. Perhatikan rupa bayang2 di tangan Atoi (gambar bawah sekali)...

Sekian...

No comments: