1. Pada permulaan babak pengenalan Robbs, dapat dilihat hujan masih renyai2 jelas kelihatan apabila ada titis-titis air dalam lopak air di atas tar. Namun, semasa Robbs keluar, sedikit pun hujan tidak membasahi badannya (terutama kepalanya yang botak).
2. Kedudukan atap zink semasa Connor dan Mia terjun berbeza berbanding zink pada masa mereka awal datang. Perhatikan beberapa bukaan lubang yang berbeza dalam dua syot tersebut.
3. Kawasan finger print yang terdedah tiba tiba ditutupi plastik selepas tukar syot.
4. Semasa Dom bergelut dengan Robb, ada penukul di belakang Robb. Namun, semasa Dom ambil besi dan hendak pukul Robb, penukul tersebut hilang. Malah, kaca bersepah itu juga hilang secara tiba tiba.
5. Fikirkan bagaimana kotak besi yang berat itu tidak pernah berbelit belit talinya sepanjang aksi penamat.
6. Kereta Connor ditembak menyebabkan dua lubang pada cermin hadapannya. Namun, semasa Connor mengundur kereta, hanya ada satu lubang saja pada kereta.
7. Lepas tu, masa kat atas jalan pula, lubang tembakan yang hanya ada satu berubah menjadi tiga lubang secara tiba tiba.
8. Lingkaran tali yang membentuk bulatan besar tiba tiba muncul semasa driver Heyes, Zizi bangun dan ingin tembak Dom.
9. Baju Dom yang rata tiba tiba berkedut selepas bertukar syot.
10. Mayat Heyes tidak kelihatan lagi semasa Robb memerhatikan kereta Dom pergi dari kawasan tersebut.
11. Kedudukan tangan Gisele berbeza selepas bertukar syot. Pada awalnya, tangannya di bawah. Tukar syot, tangannya berada di bawah dada.
12. Tayar kereta yang pada awalnya berpasir tiba tiba licin dan bersinar.
8 comments:
peh teliti siot...
hebat doh...ko kaji sendiri ke semua ni?
haha tp cte ni mmg best
omputeh ni slack jugak ye
x habis2 duk cari salah orng..
hehehe. :)
hahaha..rajin betol ye hehe
hahaha. pengkaji terhebakk ;)
Post a Comment