Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Sunday, August 28, 2011

X Men: First Class (2011)

1. Tangan ibu Charles (Raven menyamar) yang berada di bucu peti ais tiba tiba berada di tengah pintu peti ais secara tiba tiba selepas bertukar syot.

2. Keadaan dua kain putih yang tergantung di dinding berbeza kedudukan semasa syot ibu Charles mengundur ke belakang dan syot Raven bertukar jadi dirinya semula.

3. Tangan kanan Charles berubah kedudukan secara tiba tiba selepas bertukar syot.

4. Tangan Raven yang berada di atas meja tiba tiba berada di atas pahanya selepas bertukar syot.

5. Pistol yang dipegang Charles bersentuhan dengan dahi Eric dalam satu syot. Namun, syot syot lain, pistol kelihatan berada sedikit jauh daripada dahi Eric.

6. Rambut Eric berubah selepas bertukar syot.

4 comments:

Belalang hijau Perisik said...

lupa scene ke apa? ;)

Adam Sahaja said...

mak ai...mata tajam betul ang ni...well done..

Faris said...

waw!!! ahahahahah~

Anonymous said...

smua cita pun ada ksalahan mcm ni. korang ni mcm baru tau je...itu yg dikatakan "goof".