Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Monday, August 29, 2011

Thor (2011)

1. Semasa Thor angkat meja, backgroundnya adalah dinding. Namun, syot meja tersebut terbalik pula, background Thor adalah awan yang luas.

2. Satu sisi meja yang terbalik itu terlebih dahulu menyentuh lantai dan menghalang makanan dari melimpah ke kawasan berdekatan tangga, tempat Thor duduk. Tetapi, syot seterusnya, semasa Thor berjalan ke arah rakan rakannya, kelihatan buah buahan bertaburan berdekatan tangga.

3. Rambut yang berada dekat dengan dagu hilang selepas tukar syot.

4. Rambut Jane berubah ubah antara syot. Dalam satu syot, rambutnya ditiup angin. Syot lain pula, rambutnya tidak ditiup angin.

5. Cawan yang tumbang dalam kereta menegak secara tiba tiba selepas bertukar syot.

6. Lembing hilang secara tiba tiba semasa Thor letak tukul atas badan adiknya. Lembing muncul kembali semasa Thor tarik tukul untuk pecahkan jambatan dan hilang kembali secara tiba tiba selepas itu.

1 comment:

HARITH ISKANDAR said...

hehehe baru je beli cd layan Thor tgh2 malam dgn awek.terus jmpe kantoi filem tu.. :) mmm nk tgk lg skali lah cd tu :p

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dan Salam Kemerdekaan :)