Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Saturday, April 7, 2012

Mission Impossible: Ghost Protocol (2011)

1. Bentuk cadar berubah rubah between syot. 

2. Rambut Ethan di dahi berubah tiba tiba selepas Jane sebut ‘Russion nuclear launch code’ walaupun dia tak sentuh pun dahinya. 

3. Semasa Ethan letak telefon, bingkai telefon ada skrin. Tukar syot, skrin dah ditutup semula dengan telefon public tiba tiba saja. 

4. Ethan letak kad identity dalam keadaan terbalik atas meja menjadikan logo atas kad telangkup ke bawah. Namun, semasa Igorov ambik, korang akan lihat ada logo atas kad identity yang muncul tiba tiba. 

5. Semasa Ethan dilanggar dalam syot ribut pasir, cermin kereta retak. Namun, syot Ethan berguling naik atas bumbung kereta, retaknya tidak kelihatan. 

6. Anda juga akan perasan, Ethan melanggar cermin kiri kereta. Dalam beberapa saat kemudian, retaknya berada di cermin kereta sebelah kanan. 

7. Dari luar, cermin kapal terbang bulat, dari dalam, cerminnya nampak segi empat. 

8. Gambar lelaki dan perempuan di tepi pantai yang ditindih gambar kini tidak lagi ditindih apa apa selepas bertukar syot. 

9. Korang akan perasan enjin kereta yang Ethan junamkan berbeza semasa Ethan keluar dari kereta. Malah serpihan yang berada depan briefcase hilang selepas itu. 

10. Botol tiba tiba berada di tangan selepas tukar syot. 

11. Semasa 3 rakan Ethan datang, botol yang Luther letak yang ada rapat jadi berjarak secara tiba tiba.

4 comments:

tirahzairi said...

hahhaa...nama pon cte...kompem die betul2kan mse shot tue

Sis AI said...

Wakakaka! Blog ni buat org perfileman terkantoi la, haha!

ezyra taharin said...

heheh..alert gler..lehh pasan semua uwhh.adoii laa.. :P

~Arif~Asyraf~ said...

haha ~ biase lha tu ~ org pon juz nk tahu jalan crite jee ~

syok-blogger.blogspot.com