Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Monday, November 23, 2009

X Men Origin: Wolverine (2009)



X-Men Origin memperkenalkan bagaimana mulanya kisah seorang mutan bernama Wolverine. Tapi, bukan ulasan filem yg aku bawa... tetapi... seperti biasa...

sedia?

Dalam scene ni Wolverine lawan tinju dengan member badan besar dia nih. Bukan itu yg penting ok... apa yg korang perlu perhatikan ialah poster PALLADIUM yang berada di belakang tu (1). Dalam (2), Wolverine buat terjunan maut ala cuak-cuak katak untuk hentam mamat ni. Perhatikan posisi mamat tembam 2... dia membelakangi poster PALLADIUM. Dalam (3) entah camne entah, jatuhnya pulak menghadap PALLADIUM. Hmm...

Scene ni adalah scene pertama kalinya konfrontasi Gambit dengan Wolverine. Dalam (1), Gambit buat gaya macho kadnya dan tolak Wolverine sehingga pecah dinding (2). Perhatikan dalam (3) betapa besarnya lubang tu. Waktu ni, Wolverine nampak member dia mati di tangan Victor. Then, waktu Gambit nak keluar dari lubang tu, Gambit tu dah jadi kecik. Huh?

Last scene bila Wolverine pon dah lupa bini dia ni yang mati. Dalam (1) dan (2) lihat mulutnya yang terbukak.. ok.. bila Wolverine datang ngan Gambit pon, mulut dia stil terbukak... malangnya, dalam syot Wolverine tutup mata bini dia ni, mulut dia dah tertutup. Huhuhu.. padahal, Wolverine tolong tutup mata jer

5 comments:

sukiminna said...

scene pertama:
wolverine tumbuk ngan hkmat cakar sehingga si gemuk pusing 180 darjah

scene dua:err..

scene 3: bile kamera ngah ngadap wolverine..wolverine time tu tutupkan mulut isteri dia.tu xnmpk tu..

hehe..nice blog ar..

CikGu_MaN said...
This comment has been removed by the author.
CikGu_MaN said...

scene 1: perhatikan kembali.. xde ditunjukkan mamat tu berpusing sebelum rebah...

scene 3: bila scene tu tak ditunjukkan kepada viewers.. tandanya.. viewers akan tertanya2.. so, akan ada gap dalam info di situ..

kita tau yg wolverine tutup mata. so, kalau dia tutupkan mulut pompuan 2... mstila ada babak tu utk vievers

Jieda said...

penatlah pompuan tu nak bukak mulut lama2 hehehe

CikguShikin said...

scene 1 ada poster palladium di depan dan belakang lelaki gemuk tu