Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Friday, May 3, 2013

Apa Celop Toqq... (2012)

1. Dari syot belakang, si kameraman tu dan letak lengan dia atas kayu. Tukar syot, dia baru je nak letak lengan atas kayu tu semula. 

2. Penonton kat belakang Hazama bertukar orang. Lihat pada baju yang dipakai. 

3. Penonton baju merah yang dok tengok motor Hazama muncul kat belakang motor lain pulak tiba tiba. 

4. Mula mula garu guna tangan kanan, tukar syot garu tangan kiri pulak. 

5. Kedudukan tali beg Laila berubah selepas tukar syot. 

6. Rambut yang berada kat belakang bahu tiba tiba ada kat depan bahu lepas tukar syot. 

7. Tangan Hazama tiba tiba pegang gelas lepas tukar syot. 

8. Air sirap dalam gelas Afiq yang dah habis diminum tu tiba tiba penuh semula. Fuiyyo magic sungguh! 

9. Mira Liyana yang duduk memandang kotak make-up tiba tiba berubah kedudukan memandang ke luar khemah sebelum Laila sampai. 

10. Hazama letak selendang Abang Samad di bahu kirinya. Tukar syot, selendang hitam itu tiba tiba berada di atas lengannya semula. 

11. Jam tangan (mungkin) muncul kat tangan Abang Samad tetiba je lepas tukar syot. 

12. Tangan Laila yang kat atas meja tetiba ada kat bawah meja lepas tukar syot. 

13. Lipatan jaket Hazama di atas bahu berbeza between syot. 

14. Posisi surat berubah tiba tiba semasa Hazama berlalu pergi dari meja Laila. 

15. Mata Laila masa Tapai marah mulanya pandang Tapai. Tukar syot pandang bawah pulak. Tukar syot pandang Tapai semula tiba tiba.

No comments: