Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Saturday, June 8, 2013

Ajiboy (2012)

 
1. Kuda yang undur ke belakang dan tali pengikatnya terlepas tiba tiba ada di tempatnya semula dan talinya pula kemas secara tiba tiba. Malah, perempuan yang ada di depan En. Fauzan tetiba ada di tepi Fauzan tiba tiba. 


2. Ajiboy lempar gunting besar tu kat depan pokok bentuk kuda. Tapi, syot seterusnya, kita tak nampak pula gunting yang Ajiboy baling tadi kat depan. 

3. Lutut kanan Ajiboy yang ditinggikan tetiba berubah lepas tukar syot. 

4. Tangan Ajiboy sekejap pegang rambut Lisa dan sekejap tangannya ada di bawah. Korang akan perasan masa Ajiboy menggunakan tangan yang memegang rambut Lisa (tangan kanan) untuk tunjuk ke arah dirinya dalam beberapa syot. 

5. Lisa ketuk ketuk buku visa tu. Tukar syot, Lisa baru nak tutup buku visa. Padahal, bila masa dia buka buku visa tu? 

6. EQUIPMENT VISIBLE: Masa dua orang tu sergah Ajiboy, korang akan dapat lihat bayang kamera yang digunakan semasa kamera tersebut bergerak ke depan dan ke belakang.

No comments: