Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Sunday, August 15, 2010

Zoo (2010)

Zoo memang best. Cerita santai dan penuh mesej. Jalan cerita yang simple dan senang diserap. Apapun, jom kita intai 15 kesilapan kontinuiti yang dikesan dalam filem ini.

1. Arnab yang bertukar warna diantara syot - scene awal-awal cerita

2. Dahla arnab jadi kaler hitam, tiba-tiba rakannya yang kat belakang (rujuk bulatan gambar atas) lepaskan tangan dari pegang dinding, namun bila syot lain pula, kembali pegang dinding. - awal cerita jugak

3. Perhatikan jam hitam kecil (gambar atas) yang hilang antara syot. Malah, kedudukan buku hijau juga berubah-ubah antara syot. - babak Ad di'interview'

4. Kedudukan lencana atas topi Ad yang tak sekata. Waktu syot jauh, topi Ad nampak 'cekang'. Bila close-up pula, lencana dah ke bawah, sebelum dalam syot lain 'cekang' kembali. - babak Ad sedar yang binatang boleh bercakap pada malam pertama dia bekerja

5. Kedudukan burung kakak tua yang berubah posisi antara syot. - babak Ad dapat korek rahsia dari burung kakak tua

6. Cermin mata hitam Ad tetiba hilang selepas syot bertukar. - babak Sheila nak bawak Ad g KL

7. Kopiah Ad, yang berubah kedudukan antara syot. - masih babak Sheila nak bawa Ad ke KL

8. Kedudukan tikus kecil yang berubah-ubah antara syot. - babak Ad spy pelatih zoo yang sakit perut

9. Binatang kat atas bahu Ad tu banyak buat hal agaknya. Mula-mula, dia duduk kat bahu kiri Ad, pastu dah close up sket, tetibe berada kat kanan bahu Ad - - babak Ad spy pelatih zoo yang sakit perut

10. Dah tu, bila sampai babak yang mamat ni kluar dari tandas. Memang masih kita lihat binatang tu ada kat bahu Ad. Entah macamne nth, tetibe pulak ada kat bahu ketua pengawal tuh sebelum kembali ada di bahu kanan Lan. - babak Ad spy pelatih zoo yang sakit perut jugak

11. Tak habis buat perangai lagik, sudah duduk atas bahu kanan Ad, entah macamne bila tukar syot jer terus binatang tu ada kat atas kepala Sheila. - lagi babak Ad spy pelatih zoo yang sakit perut

12. Rambut Ad di sebelah kiri yang panjangnya berbeza antara syot. - masih lagi di babak sama, penat mau tulis maa

13. Ayam yang tetiba hilang dari pandangan walaupun (rujuk gambar tengah), ekornya masih kelihatan. (babak Lan sedar yang binatang dia kena curi) - babak Ad sedar binatangnya hilang

14. Sekali lagi masalah rambut Lisa, rambutnya di sebelah kanan kali ini pula panjangnya berbeza antara syot. - babak Lan call Lisa gtau yang Beckam kena curi

15. Tuala di bahu Lisa yang tetiba berubah kedudukan - babak last skali

Itu saja.. wehe.. banyaknyer... Selamat Beramal di bulan Ramadhan... pengarah, dan sesiapa saja yang terlibat jangan marah yer... ehe...

10 comments:

Anonymous said...

bro, filem sepet dah tengok?

Anonymous said...

inilah namanya nak menjatuhkan industri tanahair

Anonymous said...

kesilapan 1, 3 & 6 je laa yg aku agak ko btol pun,yg lain2 tu kira mcm berlakun watak komedi dan binatang yg hidup,kira contoh dlm filem ada adegan gosok gigi..pelakun ltk ubat gigi pd berus pastu letak pd gigi utk berus..then CUTTT..!!! sambung shot lain pelakun tu dah basuh berus gigi dia,aku agak mesti ko akan komen:- no.145 -"pelakun tu terus basuh berus gigi dia tanpa kita lihat dia berus gigi dan buih2 ubat gigi kat mulutnya,malah kita tidak lihat pun pelakun tu berkumur dan muntahkan ke dalam sinki,so pengarah filem ni patut fokus pd pelakun tu memberus gigi selama 7minit supaya nampak lebih realiti walaupun ini sekadar lakunan bukannya rencana" aku agak camtu la komen ngko..email aku:-
satelit_laa@yahoo.com

daisy said...

wahhh..
sungguh detail pemerhatian awak

BeMiE said...

saper yg jaga conti/kesinambungan cerita ni?

xkane said...

wah...detailnya ko...sampai rambut lisa pun ko perati..huhuh

Khairul Azmi said...

giler..teliti kau...
nampak semua kesilapan...

cik Nemo said...

bukan main check lagi..haha~

Eel said...

Anonymous said: "inilah namanya nak menjatuhkan industri tanahair"

ni kritikan la, bukan nak jatuhkan industri tanah air. Kalau nak dibandingkan dengan filem barat, jauh beza.. kalau benda simple yg takde special effect pun dah bnyk silap, mcmne pula nanti kalau ade..

Anonymous said...

Bro, tak boleh letak gambar tu hak cipta penulis, nanti kena saman pula.. All right reserve to the producer and NOT to the writer of the blog.. harap maklum...