1. Mula mula dia berdiri di tengah lorong. Tukar syot, dia bersandar kat kerusi kapal terbang.
2. Masa beg hitam dibawa masuk, korang akan perasan yang seorang mamat tu dah turun ke bawah dan seorang lagi nampak menyenget je turun (mungkin kurang balance) dan terturun sekali ke bawah. Tukar syot, mamat ada kat atas beg hitam, turun semula dengan tali dengan selamba.
3. Masa jet tu nak dijatuhkan, tetiba ada tangan pegang tali yang kedudukannya adalah di tepi Bane. Namun, syot seterusnya tidak pula nampakkan kedudukan tu.
4. Malah, masa yang sama, sebelum Bane tekan punat, korang akan perasan yang ada satu baris kerusi di belakang. Tapi tukar syot, baris kerusi tu hilang.
5 . Lengan mayat bengkok tiba tiba selepas Blake dekati.
6. Tongkat tiba tiba muncul depan Wayne.
7. Lepas tu, dari tongkat saja, tukar syot lepas tu, tangan Wayne muncul atas tongkat. Dan selepas tu, tangan dia ada atas tongkat dan sekejap dari satu syot lain, tongkat sahaja kelihatan.
8. Buku atas kerusi di sebelah Wayne berubah posisi walaupun tak disentuh.
9. Masa Bane suruh keluar dari wallstreet, mamat yang dok download data tu dah lipat laptop tablet dia. Tukar syot, dia baru nak lipat tablet dia sekali lagi sebelum masuk beg.
10. FAKTA @ AUTA: Bahagian bawah (yang terbuka) penghadang jalan itu sepatutnya menghala ke arah bank, seperti mana syot awal. Tapi, tukar syot, bahagian bawah itu menghala arah sebaliknya hinggaakan Bane boleh guna sebagai ‘bukit’ untuk motornya melarikan diri. Polis ni silap pasang ke, or syot tu yang silap a.k.a penulis mati akal?
11. Catwoman jatuh dan terbaring. Tukar syot, tiba tiba je dia dalam keadaan berdiri nak lepaskan tali! Hebat!
12. Lipatan surat khabar di sebelah kiri Wayne menjadi tegak selepas tukar syot.
13. Blake pegang fail di tangan kiri. Tukar syot je, tiba tiba fail tu ada kat tangan kanan.
14. Masa Bane tanggalkan serpihan topeng Batman, dia pegang bahagian bawah muka topeng. Tukar syot, tetiba Bane dilihat memegang tanduk topeng sebelum dia lepaskan topeng tersebut.
15. Handphone (or maybe audio recorder) muncul tiba tiba atas meja di hadapan Kyle tanpa dikeluarkan oleh siapa siapa.
16. Hanphone (or maybe audio recorder) tetiba saja ada di hadapan Blake masa fail dihempas padahal tak ada siapa pun letak telefon tu kat situ.
17. Tetiba saja topeng Catwoman ada atas kepala.
18. Masa trak bawa bom jatuh ke jalan bawah, dia hentam batang lampu. Batang lampu tu mendarat di sebelah kanan trak. Syot belakang menunjukkan batang lampu tidak kelihatan lagi sebelum muncul semula dalam syot seterusnya.
No comments:
Post a Comment