Jom tengok perkara yang korang tak perasan semasa menonton filem romantik komedi 'nasi lemak 50sen' nih. Sedap cite ni! Suka dialog gaduh2 between Eva dan Omar.
Semasa Omar dan rakan2 mahu ke laut, Omar naik atas bumbung bot dan letakkan dua life-jacket (gambar atas). Selepas Eva panggil diorang dari jauh, life-jacket kembali jadi satu (gambar tengah) sebelum kembali menjadi dua pada syot seterusnya (gambar bawah).
Tuala di leher Kris yang pada awalnya berada di bahu kiri meliliti leher Kris secara tiba tiba.
Sewaktu Faus menggoda Omar, rambut Faus berada di hadapan bahu kiri (gambar atas). Semasa Omar hendak keluar bilik, rambutnya lurus secara tiba tiba (gambar bawah).
Kedudukan beg Kris yang dekat (pada permulaan babak) menjadi jauh secara tiba tiba.
Sewaktu Faus bertekak dengan Eva, Omar pegang life-jacket di tangan kiri. Sewaktu Faus pergi, Omar dilihat memegangnya di tangan kanan.
Life-jacket En. Mahmud yang terbuka kemudiannya menjadi rapat secara tiba-tiba.
No comments:
Post a Comment