Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Thursday, July 3, 2014

Abang Long Fadil (2014)

1. Posisi penjahat bertukar selepas bertukar syot. Perhatikan kedudukan parking lot dan bangunan yang awalnya berada di tepi penjahat dan kemudian berada di belakang penjahat pada syot seterusnya. 

2. Mamat pegang parang dah jatuhkan tangannya selepas Fadil bagi salam. Tukar syot, parang berada di atas semula. 

3. Penjahat yang ditendang Fadil hilang tiba tiba dalam syot seterusnya. CGI lupa letak la tu! 

4. Dua keping papan meja hilang selepas bertukar syot. 

5. Bumbung yang pecah ada semula. Lihat kedudukan bumbung yang ditendang. Ianya berada di bawah PKB 178. Perhatikan syot akhir dan kedudukan bumbung di bawah PKB 178. 

6. Kerusi kayu muncul tiba tiba di depan rumah PKB178. 

7. Pagar dawai bertukar jadi pagar konkrit. Pagar yang tiada tetiba ada. Pelik kan? 

8. Bayang kenderaan yang bawa kamera dikesan di hujung bawah frame. 

9. Tangan Fadil sekejap di atas tangan samseng dan sekejap di bawah tangan samseng. 

10. Lipatan seban di bahu berubah selepas tukar syot. 

11. Ketika Fadil naik tangga, tetiba je syot seterusnya menunjukkan Fadil atas rumput semula sebelum kemudiannya syot Fadil naik atas tangga semula. Lihat gaya berjalannya yang berbeza yang membuktikan Fadil sedang berjalan dan bukannya menaiki tangga (gambar bawah). 

12. Ketika Fadil kata ‘oppah jahanam kau!’, pedang lelaki berbaju biru yang asalnya ada atas bahu tetiba ada di depan dada sebelum syot seterusnya, ada di atas bahu semula. 

13. Serban di bahu Ustaz Abu berbeza posisi selepas tukar syot. 

14. Gelas plastik tetiba muncul atas meja yang ada jam, kemudiannya hilang tiba tiba entah ke mana. 

15. Kedudukan tali tasbih yang lebih rendah dalam syot seterusnya. 

16. Cermin kereta yang retak pulih tiba tiba. 

17. Tali alat pernafasan berubah posisi tiba tiba selepas tukar syot. 

18. Kimar tolak semua botol, tinggal serpihan hijau atas meja. Tukar syot, serpihan hijau hilang tiba tiba. 

19. Adegan Kimar lempar Adam adalah fully CGI. Menakjubkan! Tapi, dalam gerak perlahan, anda akan perasan yang Kimar versi CGI lebih ramping, rambut lebih berkilat, baju yang tidak berkedut dan tidak mirip pelakon yang sebenar. Tapi, bangga dengan CGI yang bervisi sebegini!

1 comment:

Mikhail said...

Rajin brro. Teruskan usaha. Jika dapat dijadikan video, letak kat youtube, mmg gempak giler ah site nih.