1. Semasa Adnan lihat motornya yang terseret di atas jalan, sweaternya yang berada di atas bahu berubah berada di lengan selepas bertukar syot secara tiba tiba.
2. Dari depan, kedudukan telur melintang, dari belakang telur tersebut berada dalam keadaan berbaris.
3. Semasa Wawa pecahkan telur ayam di dahi Bobby, hanya serpihan telur melekat di dahi. Tukar syot saja, terus ada kulit telur melekat di tengah dahi Bobby secara tiba tiba.
4. Masa Adnan buang helmet Nadia, ada lelaki extra kat belakang lalu. Masa Nadia nak pergi masuk pejabat, lelaki extra yang sama lalu sekali lagi. Padahal tadi dia dah masuk dalam pejabat.
5. Korang akan perasan yang semasa awal babak Adnan blajar English dengan Bobby, tiga botol sos dilindungi dua timbunan polistrin di hadapan. Tetapi semasa Bobby rampas buku dari awek cun yang beli burger, korang akan perasan yang ada kedudukan polistrin hanya menutup dua botol sos sahaja pula.
6. Tangan Wawa yang berada di bawah tali tiba tiba saja berada di atas sedikit semasa dia menolak Bobby yang sedang merayu.
7. Malah perasan atau tidak, bayang bayang hitam tiba tiba muncul semasa Wawa tepis Bobby dan datang ke depan kamera. Menunjukkan jarak masa adegan ini yang dilakukan dalam dua jangka masa yang agak lama.
8. Semasa motor perempuan ni jatuh, keadaan motor rebah sepenuhnya. Semasa perempuan tu dekati motornya, korang akan perasan keadaan motor yang rebah pula disokong oleh tempat letak kaki secara tiba tiba tanpa ada siapa pun angkat motor tu sebelum perempuan tu dekat dengan motor.
9. Pompuan tu pegang helmet merah di tangan kirinya dan berikan kepada Bobby dan disambut tangan kanan Bobby. Tukar je syot, helmet merah terus berada di tangan kiri Bobby tiba tiba.
10. Korang akan perasan yang pelakon extra ni (perhatikan lelaki yang pakai kemeja putih dan beg merah), yang menjadi orang ramai dalam shopping complex ni orang yang sama saja walaupun tiap tiap pusingan Adnan buat. Nampak sangat orang ramai tu tak ada arah. Ha3. Maklumlah, kedai kedai semua dah tutup.
11. Semasa motor Adnan jatuh ke bawah, tangga tak pecah pun. Tukar syot saja, tangga telah pecah. Menunjukkan syot tersebut dibuat beberapa kali.
12. Jaket merah Adnan tetiba ada kat atas selepas tukar syot.
13. Semasa Adnan sedar ada sekatan jalan di depan, dia berhenti jauh di belakang dan biarkan Bobby. Semasa Bobby masuk dalam truck, Adnan terus berada dekat dengan kon polis tiba tiba.
14. Semasa Adnan cakap pasal golf, tangan Nadia yang pegang air berada hampir atas meja, dalam posisi teragak agak nak letak atas meja. Syot seterusnya, tangan Nadia tersebut berada dekat pula dengan mulut secara tiba tiba.
15. Semasa bapa Nadia mendengar pasal Adnan main golf pakai kayu hoki, gelasnya berada di tangannya dan dekat dengan mulut. Namun, tukar je syot, tiba tiba korang akan perasan yang gelas bapa Nadia berada di atas meja secara tiba tiba saja.
16. Masa Ismat pecah telur, penekan daging burger berada di tengah. Masa Ismat tuang telur, penekan daging burger berada di tepi. Kedudukan daging burger dan roti burger juga sudah berubah tiba tiba.
17. Kedudukan Nadia tiba tiba berubah selepas tukar syot.
18. Parents Nadia jatuh sebelum garisan kuning. Tapi, tukar syot, tiba tiba je mereka ada atas garisan kuning.
1 comment:
bukan mcm tu lah ..
ada betol ada salah .. yang nadia minum air tu .. sebb masa tu dia dah abes minum ..
Post a Comment