Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Sunday, March 25, 2012

Cinta Kura Kura (2012)

1. Semasa Nani tulis atas kapal kertas, kapal tu terpenyek. Tukar syot, terus saja kapal tu kembang tiba tiba. 

2. Nampak sangat kura kura atas riba Nani tu kura kura replika. Tak bergerak gerak dan nampak ringan. Perhatikan kepalanya yang tak bergerak sampai ke sudah. 

3. Perhatikan tali tongkat si buta yang berubah arah lepas tukar syot. Perhatikan semasa abang Nani cakap tentang lagu Sujud. 

4. Hal tali tongkat ini sekali lagi dapat dilihat semasa Adam dan rakan2nya berbicara tentang Nani. 

5. Tisu yang terkeluar dari kotak sedikit tiba tiba hilang selepas tukar syot. 

6. Korang akan perasan yang kedudukan nombor lapan di perut Nico CGI dan Nico yang real berbeza. Malah, beberapa corak di badan Nico real tiada dalam Nico CGI.

2 comments:

Unknown said...

hebat2. hoho, dpt juga spy sikit kesalahnya. XD

Nizam said...

Thank you :)

Now my conti girl have to work harder!

Nizam Zakaria