Kabir Bhatia, one of my favourite director... filem yg aku bangga jugak, SETEM... boleh dikira klaka habis.. greate story with great scene. Tapi, aku sempat menjenguk ke dalam perkara yang pastinya seorang penggemar filem x suke nak tengok. Apa dia? Mistake lah. Mari aku persembahkan 9 mistake yang korang x perasan sewaktu korang menonton filem yang diarahkan oleh pengarah dramahit NUR KASIH ni.
1) Bas hijau yang entah datang dari mana

2) bolla billiard berjalur hijau yang berubah posisi

3) bakul kaca yang tiba2 juga berubah posisi... (lagi??)

4) majalah yang jatuh ada balik kat posisi asal sebelum jatuh?

dalam scene tembak tembak ni, bront wat berani. Korang perhatikan majalah dalam (1) dan (2). Gambar (1) dan (2) menunjukkan yang majalah tu ditembak dan jatuh. Korang akan lihat rak tu kosong dalam (3). Perhatikan scene (4), sewaktu bront lari dan hendak berlindung di belakang sofa, syot (4) ditunjukkan tak sampai sesaat. Dalam syot ni, korang akan perasan majalah tu ada kembali kat rak sebelum ditembak. Then, bila bront lompat sofa, close-up Bront tunjuk yang majalah tu tak ada pulak kat rak. Macam chipsmore. Syot (4) hanya hadir tak sampai sesaat. So, please watch this scene dalam slow-motion untuk detect syot (4).
5) mamat extra yang tetiba berubah 'pose'

perhatikan mamat extra yang duduk (gambar atas). Lengannya diletakkan di atas meja. Nampak yang kedua-dua tangannya berada di atas meja bukan? Then, ada Afdlin, Rashidi dan Bront keluar dari kereta, Then, tukar syot close-up, mamat extra ni tetiba je dah letak satu tangan je. Pantas bebeno... padahal, dalam scene scene sebelum tu, xde pon dia gerak-gerak.
6) kedudukan akhbar 'SUKAN' dan majalah yang ada gambar hitam yang berubah-ubah (ala.. xkan lagi!!!)

Scene ni berlaku sebelum adegan tembak2. Dalam adegan ni, dua ada 3 syot. Close up Harun Salim Bachik dan close-up Bront dan Rashidi yang penting. Perhatikan close up Rashidi dan Bront dengan close up Harun Salim Bachik. Apa yg korang perasan? Dalam close up Harun Salim Bachik, akhbar SUKAN dan gambar hitam tu jauh jaraknya. Dalam close up Rashidi dan Bront, akhbar SUKAN dan gambar itam tu dekat giler. Padahal, diorang tak sentuh pun. Lagipun, korang sedar yang gambar hitam tu terdedah selepas Harun Salim Bachik ni tarik duit dari Bront. Itu saja yang menyebabkan kedudukan akhbar dan gambar hitam itu seperti itu. Tak ada sentuhan lain yang mengubah posisi itu pastu. Malah, syot close-up yg bersilih ganti memang menampakkan yang kejap gambar hitam tu dekat(1) dan (2), tukar syot (3) jauh balik, tukar syot (4) dekat balik. Macam akhbar tu bergerak sendiri.
7) topi dalam raga motor tetiba hilang

dalam scene awal bila mamat indo ni datang cari Marcello, perhatikan (1), topi itu ada dua. Tapi, bila Marcello keluar call member dia, yang dia kata "ini bukan J. Lo, ini Marcello". Perhatikan bilangan topi dah tinggal satu. Malah, kedudukannya pon dah terbalik. Dalam (1), topi tu ditelangkup, dalam (4), terbalik pulak. Ngeh2
8) staw berubah posisi

Perhatikan straw Vanida dan Rashidi Ishak dalam (2) yang tetiba berubah posisi dalam (4) sebelum kembali ke posisi asal dalam (5). Mistake yang hampir sama dengan mistake majalah tadi. Syot (4) tak sampai satu saat, oleh itu, guna slow motion untuk detect yer.
9) tongkat Que yang berubah posisi (tepuk dahi.. aaargh .. lagi lagi lagi!!!!)

bila mamat omputeh ni langgar Que dan jatuh. Perhatikan kedudukan tongkat Que yang jatuh. Amat jauh dari pintu automatik. Lagipun, kedudukan tongkat itu dalam (3) ialah hujungnya menghala ke arah Vanida. Tapi, bila close up, tongkat tu hampir gila ngan pintu dan posisinya dah terbalik. Dah berubah. Tadinya hujung tongkat hala ke kanan, kini dah ke kiri. Tapi, bila Vanida datang tolong, dalam (5), korang prasan tak yang ujung tongkat tu dah menghala kembali ke arah dalam (3) dan dah jauh dari pintu.
Ok.. 2je.. peminat Kabir Bhatia jangan marah. Ngeh3..
8 comments:
ahaha..saya bukan peminat Khabir lah awak...saya suka cite dia..hehehe
ko ni teropong habis ek..
hebat2..
=)
ko mmg hebat!!! tu je leh ckp :D sbbnya klu takde blog ni, aku tak sedar pun semua mistakes tu
teliti btol ko...
gerun para pembuat filem nnti...
tpi skurang2 nye lps nie filem kite mkin up...
mna la ang dpt tangkap semua nie? aku yg tengok byk2 kali pn x perasan... adoi... hebat betul ang nie
alaaa , dorg shoot kan byk kali , bkn nyer skali je , pk laaa skt . tu punn nk jadi isu , ape ahhhh . :P
farisazmi : aku tangkap sendiri
memang sungguh hebat..mistake sekecik itu pun boleh nampak..bagus2..
Post a Comment