Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Wednesday, October 10, 2012

Jiwa Taiko (2012)

1. Lengan Kak Pora yang terpacak atas bumbung kereta tetiba ada kat mulut pegang rokok. 

2. Firman bagi gelas kat Trisha. Trisha ambil gelas tu. Tukar syot, gelas tu ada kat tangan Firman balik secara tiba tiba. 

3. Memula lelaki kat belakang Trisha laga bola merah dan biru masa orang lain tepuk tangan. Tukar syot je, bola biru tak ada di tangan kanannya tinggal bola merah je di tangan kiri. 

4. Lepas bergaduh, penumbuk kanan Firman yang berada dekat leher Pinto. Tukar syot, penumbuk kiri pula yang berada dekat leher Pinto tiba tiba. 

5. Rokok di mulut Pinto hilang selepas tukar syot. 

6. Masa Lara kata ‘slow down’, tangannya yang pegang rokok ada di depannya. Tetiba, bila syot seterusnya, tetiba tangan yang pegang rokok tu berada dekat dengan rambutnya. 

7. Bekas abu rokok berubah kedudukan tiba tiba semasa Lara tolak Pinto walaupun lengannya tidak sentuh pun bekas abu rokok. 

8. FAKTA @ AUTA: Lara menghadap dua cabang sungai dan di belakangnya ada pokok bunga kertas. Tetiba, syot seterusnya, Lara berada di tengah tengah cabang sungai dan duduk. Jauh benar dia berjalan sebab tak jadi bunuh diri. 

9. Kak Pora yang dok ketuk talam atas meja hilang dalam satu syot sebelum muncul semula dalam syot seterusnya. 

10. Malah, apa yang berlaku di sekitar meja kayu tu pun berbeza. Dari syot Bront, semua karakter berdiri dan berkelahi. Dalam syot seterusnya, semua rebah dan bergasak. Syot seterusnya, berdiri balik. 

11. Ada dua tong bertindan atas satu sama lain. Firman sepak tong yang ada di atas tong. Tukar syot, Firman sepak lagi sekali tong yang berada di atas tong selepas buka baju. 

12. FAKTA @ AUTA: Pinto jalan lengang kangkung je datang jumpa Firman. Tetiba, masa nak bergaduh, Pinto keluarkan parang. Dua bilah pula tu. Tang mana dia simpan ek? 

No comments: