Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Tuesday, September 27, 2011

Diary Of A Wimpy Kid (2010)

1. Pada awal cerita, Greg minum dan makan bijirin dengan tak senonoh. Korang akan dengar air susu bijirin tumpah ke lantai. Namun, dalam syot seterusnya, lantai bersih dan tiada kesan air dan bijirin.

2. Kesan susu di atas meja hilang Greg semasa berlari lepas letak ubat gigi atas berus gigi.

3. Cookies adik Greg hilang lepas tukar syot. Cookies muncul semula semasa adik Greg, Manny menjerit kearah Greg selepas dia kencing. Malah, semasa Greg datang ke meja, tangan adik Greg tidak pegang apa apa. Tukar syot, dia terus dilihat memegang roti bakar.

4. Pinggan adik Greg tiba tiba berubah kedudukan sedikit ke hadapan semasa mak ayah Greg datang ke meja makan.

5. Pelajar yang berlatih kat belakang Greg dan Rowley yang pada awalnya jauh tiba tiba berada dekat dengan tempat duduk penonton dan hampir ke kawasan berpasir secara tiba tiba semasa Greg dan Rowley hendak beredar.

6. Kotak susu yang dibuang oleh pelajar yang terjatuh atas tray Greg hilang tiba tiba apabila Fregley datang duduk bersamanya.

7. Semasa Greg kencing, Manny berjalan ke arah kanan pintu. Namun, semasa Greg terpancut kencing kat abangnya, emaknya datang sambil mendukung Manny dari arah kiri.

8. Cahay matahari tidak konsisten di antara syot.

9. Semasa Patty tundukkan Greg dalam gusti, Angie ambil gambar. Kedudukan rambut Patty turun ke bawah. Namun, semasa dalam newspaper, rambut Patty kelihatan terbang.

10. Posisi bebudak ni berubah dalam wide syot. Kelakar! Ha3. Dalam syot awal, kedudukan Greg di sebelah budak baju hijau. Kanak kanak perempuan di sebelah kiri Greg. Tetapi, syot seterusnya, kanak kanak perempuan tadi berada di katan Greg.

11. Benda di tepi Greg sekejap ada sekejap tak ada di antara syot.

12. Kedududukan alat tulis Greg berbeza kedudukan selepas tukar syot.

6 comments:

Misyahzniirf Alid said...

mcm best ajer citer ni ... tgh cari nk upload

Kleo Lalola said...

Dah tgok dah cite nie.
Best gile, kelakar :)

YOUsoF said...

Hahah nasib baik aku dak tengok cerita ni.. Kalau tak agak blur jugak la.


Cerita yang simple but funny!! ;D

Toux| said...

Aku tak tengok lagi movie,terasa nk tgk je bila ko review

awie958 said...

citer omputih pun team korang boleh perasan yer..mata apa yang korang guna ni

bintangmutiara said...

wahh..terernye leh spot...betol2 fokus ni..gud job...!!! :)