Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Monday, April 16, 2012

Love In Perth (2010)

 1. Dalam close up, tangan diorang tak berpegangan antara satu sama lain. Dalam syot jauh pulak, mereka berpegangan antara satu sama lain. 

2. Pelakon yang memandang kea rah pramugari tiba tiba memandang ke arah tingkap selepas tukar syot. 

3. Botol yang berada depan sedikit tiba tiba berubah ke tengah sedikit. 

4. Tangan gadis di belakang sekali tiba tiba saja berada di pipi selepas tukar syot

5. Gadis yang mencari buku kat rak hilang tiba tiba selepas tukar syot dan muncul semula dalam syot seterusnya. 

6. Rambut yang berada di bahu kiri Lola hilang selepas tukar syot close up. 

7. Seorang budak kelas Dhani pandang belakang dan letak siku atas meja rakannya itu. Tukar syot, terus budak kelas tersebut pandang depan tiba tiba. 

8. Sekali lagi, dua gadis yang sedang membaca buku di rak tiba tiba bertukar jadi sorang gadis saja selepas tukar syot. 

9. Gadis baju hitam kat belakang tu berjalan dari satu rak ke satu rak lagi sambil baca buku. Semasa syot seterusnya, gadis baju hitam tu kembali berjalan semula sekali lagi dari tempat yang sama ke tempat yang sama.  
10. Tiba tiba je dua tangan berada di kayu pool selepas tukar syot. 

11. Jerawat tetiba muncul kat tepi mata Dhani x sampai beberapa saat selepas syot bertukar. 

12. Troli yang ada iklan warna oren hilang selepas tukar syot.

No comments: