Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Friday, April 20, 2012

Jidin Sengal (2012)

1. Jidin yang lap mulut dengan tangan kiri tiba tiba lap mulut dengan tangan kanan lepas tukar syot. 

2. Kedudukan kepala Jidin atas bantal berubah. Perhatikan posisi kepala dan tanda amaran di dinding yang berbeza antara dua syot. 

3. Air dalam satu gelas di belakang meja Jidin berkurang tiba tiba semasa Jidin nak sergah Amy. 

4. Gelas di sebelah air kotak Yeos Jidin hilang selepas Jidin bangun dari kerusinya. 

5. Air sirap dalam gelas tiba tiba berkurang selepas tukar syot. Malah straw yang menghadap ke Jay Z berubah mengadap kea rah Bob Dobot. Air kembali bertambah bila Bob hempuk tangan atas meja. 

6. Semasa Jidin datang kat Mr. Chen, dia sedang selak selak nota. Tukar syot, dia dalam keadaan memandang Jidin dan tidak selak nota lagi. 

7. Gadis baju putih yang dok menggedik bawah rumah hilang lepas tukar syot. 

8. Jidin tutup buku skrip semasa syot jauh. Tukar syot, buku tu tetiba berada dalam keadaan terbuka semula. 

9. Semasa Jidin tulis Jidin love Piah, buku tu terbuka. Namun, semasa Jidin sedar Piah di depan matanya, buku tu tetiba berada dalam keadaan terlipat sedangkan Jidin tak lipat pun buku tu dalam mana mana syot sebelum tu. 

10. FAKTA ATAU AUTA: Bob Dobot sebenarnya suka kepada Laila Sunti. Tetapi kenapa semasa Jidin jumpa Piah, dia keluar dari pokok dalam keadaan sedang betulkan pakaiannya (which means something 18 telah dilakukan tanpa pengetahuan) bersama dengan kawan Piah? Kalau Eila Sunti yang keluar dengan Bob Dobot, itu maybe relevan.

No comments: