Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Thursday, April 12, 2012

7 Petala Cinta (2012)

1. AUDIO: masa awal tu, geng nyanyi2 nih elok je nyanyi sama dengan lagu. Selepas beberapa syot selepas itu, terus suara dan audio tak sama lagi. Mulut kata lain, sound pun lain. 
2. Tangan Luqman yang berada di bawah tiba tiba menggaru dagu tiba tiba selepas tukar syot. 

3. Cara Saida pegang kitab berubah semasa Nafisa tunjuk surat. 

4. Saida pegang tangan umminya erat. Tapi tukar je syot, terus dia tak pegang tangannya lagi secara tiba tiba. 
5. Tangan kanan Attar berada di bawah paha kanannya. Tiba tiba saja tangan kanannya itu berada di atas buku yang dipegang tangan kiri selepas bertukar syot. 

6. Al-Quran tu berada atas papan yang yang sedikit putih. Tukar syot, Al Quran tu berada atas papan yang sedikit hitam. 

7. Kedudukan cd di tangan Salleh berbeza selepas tukar syot. 

8. Tangan kanan Attar berada di atas lutut kiri. Tukar syot, tangan kanan Attar berada di depan lutut kiri. 

9. TRIVIA: Pak cik tersebut pandang kamera lah. Ha3.. Dan korang akan sedar selepas itu, dia berpaling dan melihat gerak geri lakonan di tengah set.

10. Tangan Yatim berubah ke hadapan secara tiba tiba selepas tukar syot. 

11. Selepas Attar kena tumbuk, satu kawasan lorong tersebut bercahaya secara tiba tiba sebelum kembali gelap selepas itu. 

12. Bayang kameraman jatuh kat atas pisau dan badan. 

13. Attar ditikam di bawah perut, tapi berdarah di bawah dada dan melihat kepada balutan juga. Lukanya juga berada di bawah dada. Macam mana tikam bawah perut berdarah kat bawah dada ya?? 

14. Kain serban atas bahu Attar jadi kemas tiba tiba selepas tukar syot. 

15. Korang akan perasan yang kain serban yang dipegang Attar berubah secara tiba tiba selepas tukar syot.

2 comments:

Terbelog said...

x tgk lg la
nanti pas tgk aku cek blk

faie mohamad said...

Menarik..
sgt peka..