1. Kedudukan baju Faceman di sebelah bahu kanan tidak konsisten di antara syot. Kejap kemas dan kejap terbuka.
2. Malah, semasa Faceman disimbah minyak pun, kedudukan bajunya masih tidak konsisten diantara syot. Perhatikan juga tali gantung berbeza kedudukan selepas bertukar syot.
3. Faceman letak tin air atas tong. Tukar syot, Faceman tin air kembali berada di tangannya secara tiba tiba.
4. Kelibat krew kelihatan di cermin mata hitam Sosa.
5. Dua benda merah atas tong di sebelah Faceman hilang secara tiba tiba.
6. Semasa Faceman tanya pemberita ‘Are you French?’, kertas di tangan pemberita hilang secara tiba tiba selepas bertukar syot.
7. Fail Hannibal sekejap terbuka dan sekejap tertutup diantara syot. Malah, kedudukan juga berubah di antara syot.
8. Sparking yang berlaku di tayar belakang kiri (akibat tayar pancit) selepas ditembak Siso tiba tiba bertukar ke tayar belakang sebelah kanan secara tiba tiba selepas bertukar syot.
9. Beg muncul di tepi Baracus secara tiba tiba selepas bertukar syot.
10. Semasa Murdock hampir terkantoi sebab officer bertanya dalam bahasa Swahili, officer yang mula ragu ragu berkata ‘this is station 6…’ tetapi, dari pandangan depan, dapat dilihat kaunter itu adalah station (kaunter) 4 dan bukannya enam seperti yang dikatakan pegawai tersebut.
No comments:
Post a Comment