1. Sebiji pinggan berisi makanan tiba tiba berada di hadapan pinggan ayam sedangkan pada awal tadi, semasa Jack Sparrow diikat, tiada apa apa di hadapan pinggan ayam.
2. Pinggan ayam yang berada di kiri meja (dari arah Jack Sparrow duduk) berubah berada di kanan meja secara tiba tiba semasa Barbossa datang.
3. Semasa Jack Sparrow lompat dari dua kereta kuda, pada awalnya lompatan dilakukan dalam keadaan kereta kuda berada jauh antara satu sama lain. Dalam satu syot lain, kereta kuda itu berada rapat antara satu sama lain, sebelum kembali berada jauh secara tiba tiba dalam syot seterusnya.
4. Api yang berada di penghadang berhampiran kerusi Jack hilang secara tiba tiba dalam satu syot sebelum muncul kembali dalam syot seterusnya. Api yang berada di belakang itu (gambar bawah) ialah api dari arang di belakang.
5. Ikatan kepala Jack ada manik di sebelah kiri dahi dan tulang di sebelah kanan semasa Jack sedang tidur dalam kapal Blackbeard. Namun, lepas jatuh tulang berada di sebelah kiri dahi dan manik berada di sebelah kanan dahi.
6. Keadaan teduh dan cerah bersilih ganti diantara syot.
7. Rambut mermaid yang berehat di tepi perahu berubah rubah diantara syot.
8. Selepas Phillip buka water tank, mermaid letakkan tangannya di tepi tangki. Namun, lepas tukar syot, tangannya kembali berada dalam air secara tiba tiba.
9. Rambut yang berada di belakang tiba tiba kemas berada di hadapan semasa Phillip datang menyelimutkan badan Syrena.
10. Daun daun dan kotoran di kaki Syrena hilang secara tiba tiba selepas bertukar syot.
11. Blackbeard tolak kaki kayu Barbossa menyebabkan Barbossa jatuh di sebelah bongkah batu besar. Dalam syot seterusnya, Barbossa bangun tetapi kedudukannya jauh daripada kedudukan asal dia jatuh tadi.
12. Rambut Angelica melitupi telinga dalam satu syot. Dalam satu syot lain, telinga Angelica dapat dilihat dengan jelas kerana kedudukan rambut berada di belakang telinga. Kedudukan rambut kejap menutup telinga dan kejap berada di belakang telinga diantara syot.
13. Semasa budak suruhan Barbossa berikan topi, topi tersebut tidak ada bulu di atasnya. Syot seterusnya, bulu tersebut muncul secara tiba tiba di atas topi Barbossa.
2 comments:
awak teliti kan ? Thee :D
haha, terkantoi jugaa
pergh telitinye
Post a Comment