Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Wednesday, December 21, 2011

Misteri Jalan Lama (2011)

 1. Kedudukan telinga cawan berubah. Perhatikan dua syot diatas, semasa Ilya mengundur diri ke pintu, telinga cawan menghala ke arahnya. Bila lampu dibuka saja, telinga cawan berada di arah lain.


2. Semasa secretary En. Iskandar bercakap pasal pengkebumian, kedua dua tangannya berada dalam poket seluar. Tetapi, syot dari belakang, semasa Indra cakap ‘apa kena mengena ni dengan saya’, korang akan perasan yang kedua dua tangannya tidak berada di dalam poket seluar sebelum kembali berada dalam poket, dalam syot seterusnya.

3. Indra selak buku koleksi berita bapanya dan tangannya berada di bawah kepingan kertas buku tersebut. Tukar syot saja, tangan yang berada di kepingan kertas sebelah kiri buku dah berada di sebelah buku secara tiba tiba.

4. Malah, perasan atau tidak, sampul surat yang berada di depan buku ini, berubah kedudukan between syot. Perhatikan logo di sampul surat yang sekejap dekat dengan buku dan sekejap sedikit jauh dari buku. 

5. Kedudukan bantal emas berubah lepas tukar syot.

6. Kedudukan kotak tisu berbeza semasa Ilya masuk tandas dan selepas flashback ibu Ilya. Padahal, Ilya tak gunakan tisu pun dalam babak ni.

7. Semasa Indra cakap ‘abah ada banyak rahsia’, biji duriannya masih ada isi. Dan bila dia makan pun, isi masih ada lagi di biji durian. Tukar syot, isi di biji durian dah licin secara tiba tiba.

8. Dari syot jauh, korang akan perasan tidak ada satu pun pelakon extra lelaki yang silangkan tangan ke belakang. Tukar syot, sorang pelakon extra lelaki sedang berjalan sambil silangkan tangannya ke belakang. 

9. Jus buah kiwi si Indra tetiba saja berkurang sebelum Indra sempat minum lagi. 

10. Seorang pelakon extra yang memandang ke arah tok / permaisuri Dewata yang memanggil Iilya tetiba saja berubah memandang kea rah Ilya yang sedang berlari selepas bertukar syot. 

11. Keris Raja Dewata yang berada di tepi jalan tiba tiba berada di tengah jalan semasa Harak nak sepak.

12. Perhatikan hulu keris Raja Dewata yang disepak Harak. Kedudukan hulunya berubah semasa Permaisuri Dewata datang menyelamatkan suaminya. 

13. Tentera Nian yang berjalan di belakang Ilya yang sedang berjalan tetiba je duduk selepas bertukar syot.

No comments: