
1. Kedudukan anak lelaki Dato Zakaria Hitam dan Intan Mastura sekejap dekat dan sekejap jauh di antara syot.

2. Pemegang beg Bella tiba tiba menegak sedangkan semasa Bella mengambil buku JANGAN AKU DIBURU, pemegangnya menurun ke bawah.

3. Kedudukan telefon bimbit Bella atas meja berubah ubah antara syot. Dalam syot Bella, telefonnya lebih hampir kepada bahagian meja Bella. Dalam syot Dato Hisham, telefon bimbit Bella lebih ke tengah meja.

4. Kedudukan dua anak Dato Zakaria Hitam yang berada berdekatan tiba tiba menjauh semasa Mastura dan Ari datang. Semasa seorang daripada isteri Dato kata ‘takpe, dia detektif peribadi suami saya’, dua anak Dato tadi kembali berada berdekatan. Kedudukan dua orang anak Dato ini berubah ubah berselang seli di antara syot.

5. Tuala biru yang berserabut tiba tiba terlipat kemas dalam syot close-up. Tuala biru kembali berserabut apabila Faqir keluar dari kolam mandi.

6. Kedudukan tangan Mastura berubah secara tiba tiba selepas bertukar syot.

7. Beg Bella berubah secara sendiri selepas beberapa syot tanpa siapa pun menyentuhnya.

8. Dato Salleh bagi cincin dan Mastura pakaikannya di jari. Cincin tersebut hilang / tidak kelihatan di jari Mastura dalam beberapa syot seterusnya. Namun, cincin tersebut tidak kelihatan semasa Mastura memerangkap anak Dato Zakaria. Cincin kembali berada di jarinya semasa Mastura berjumpa dengan Dato Salleh.

9. Semasa Dato Hisyam pakaikan Bella gelang bunga bunga di tangannya, ada sedikit jurai putih terlihat di hadapannya. Pada tarian pertama, jurai tersebut ada. Juraian tersebut hilang dalam tarian kedua secara tiba tiba.
1 comment:
Kamu rajin. Hehehe.. Tahniah.
Post a Comment